Kematian yang misteri

Kematian merupakan sesuatu yang pasti namun persoalan tentang bila,bagaimana dan di mana masih menjadi misteri.

Kepastian telah ada namun sehingga kini belum ada seorang pun manusia yang pernah hidup di muka bumi ini dapat menyelesaikan misteri permasalahan tersebut.

Sebagai doktor, atau dengan lebih spesifik lagi doktor forensik, saya telah menyaksikan ratusan dan mungkin ribuan kematian.

Ada yang menggantung diri, digantung, dibunuh, kematian disebabkan umur yang lanjut dan disebabkan oleh penyakit yang pelbagai.

Ada yang menggantung diri dengan hanya disebabkan perselisihan pendapat dengan ahli keluarga, kesedihan disebabkan hubungan yang tidak direstui dan ada yang ingin menamatkan kehidupan kerana merasakan diri akan menyusahkan orang lain jika terus meneruskan hayat kehidupan.

Pelbagai alasan, yang remeh di mata kita tetapi adalah realiti perit bagi segelintir yang lain.

Pengalaman menguruskan bedahsiasat mayat dan sedikit sebanyak menguruskan jenazah jelas membuka mata betapa kehidupan ini hanyalah sementara.

Lebih ramai ibu dan lebih ramai bapa yang meratapi pemergian anak berbanding yang sebaliknya.

Kenapa ? Dan bagaimana ia boleh berlaku juga masih belum difahami sepenuhnya.

Pil kuda? Heroin? Morphine?HIV? Motosikal?

Berikut hanyalah antara penyebab namun ada ketikanya memiliki keluarga yang terlalu berjaya juga mungkin menyebabkan masalah. Cuba bayangkan, seorang lelaki merangkap bapa yang telah kematian isteri, mempunyai 5 orang anak yang semuanya sangat berjaya dan tinggal di bandar. Bapa tersebut sudah semestinya lebih suka memilih untuk tinggal di kampung berseorangan daripada tinggal di kota batu walaupun anak-anak semuanya ingin menjaga ayah mereka.Seterusnya, lelaki tersebut sakit dan meninggal secara tiba-tiba, ditemui oleh jiran tetangga 3 hari kemudian dalam keadaan berulat.

Sadis bukan, namun inilah realiti.

Kehidupan dunia yang sementara ini hanyalah medan untuk kita diuji.

Teruskan menundukkan kepala kerana kita pastinya akan pulang pada Pencipta.

 

Bacaan doktor pelatih

Secara jujurnya,tugasan doktor pelatih agak memenatkan.Kebiasaannya kami akan dinafikan cuti umum dan kadang2 perlu bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti.

Untuk membaca masa juga sangat terhad.Nota yang biasa digunakan hanyalah nota2 ringkas dan buku2 yg telah diringkaskan.

Sedikit masa lagi saya akan cuba untuk membuat satu set bacaan untuk houseman bagi setiap jabatan yang perlu dilalui.

Coming soon.

Doktor hanya manusia

Sebagai seorang doktor, kami sering disalahkan jika kematian atau hal-hal yang tidak diingini berlaku.Lupakah anda bahawa doktor hanyalah manusia biasa sahaja.Tidak mampu menghidupkan  yang mati dan sebenarnya tidak juga mampu untuk menyembuhkan melainkan dengan izin Allah.

Datang hospital,tunggu lama pun marah,lambat dapat ubat pun marah.Ingatlah, sakit ni bukan hanya menduga dalam mencari penyembuhan fizikal semata, mungkin Allah juga menyuruh kita mencari penyembuhan jiwa dengan bersabar.

 
 Kalau musim durian, doktor pun makan pulut durian, kami pun ada anak dan isteri kat rumah.Ingatlah, kami bukan robot.Hanya manusia biasa yang jauh dari kesempurnaan jauh juga dari tidak membuat kesilapan.

Janganlah kami dinisbahkan ke atas semua yang berlaku pada pesakit.

Doktor pelatih dan buli serta maki hamun

Alhamdulillah, sekarang saya berada di posting ke lima dari enam posting wajib bagi seorang doktor pelatih.

Maki hamun,caci maki,dimalukan,diherdik menjadi makanan ruji ketika bekerja.Sesuatu yang saya tak pernah lihat ketika belajar di luar negara.

Baru saya sedar,untuk menjadi doktor di Malaysia pencapaian yang baik dalam bidang akademik sahaja tidak mencukupi untuk menjadi seorang doktor di Malaysia.

Biasakan diri dengan ayat ajaib yang akan diulang-ulang puluhan bahkan ratusan kali oleh orang-orang atasan anda.Perkataan keramat “during my time”.

Cekalkan hati dan pekakkanlah telinga.

Baru-baru ini ada doktor pelatih yang kemalangan, ada yang cedera parah,ada yang meninggal.Bahkan postcall MVA telah menjadi satu kebiasaan.Biasakanlah untuk tertidur di lampu isyarat atau ketika memandu sekalipun.

Bekerja lebih 100jam seminggu adalah kebiasaan dan dinafikan untuk bercuti walaupun sekali seminggu pun adalah perkara biasa. Doktor pelatih kerjanya lebih teruk dan akan dihina lebih dari mamat bangla buat bangunan.

Tak perlulah untuk percaya berita-berita dalam surat khabar tu,kenyataan menteri pun hanya karut semata-mata dan tiada fakta di dalamnya serta tidak menggambarkan perkara sebenar.

Tamatnya pengajian , akhirnya bergelar seorang doktor

Alhamdulillah,segala syukur dan puji kepada Allah yang banyak memberi nikmat dan tersangat pemurah dalam merahmati hambamu yang hina ini.Setelah berhempas-pulas selama 6 tahun lebih,akhirnya berjaya juga saya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.Bidang yang penuh pancaroba,penuh ranjau berduri.Tanpa rahmat dan pertolongan yang Maha Esa,sudah semestinya kejayaan sukar untuk digapai.

Alhamdulillah.

21361_10200880332064439_1624298008_n

Tamat pengajian satu hal,yang lebih membanggakan adalah tamat pengajian di Russia.Kenapa berkata begitu? Adakah susah belajar di Russia?

Jika hendak dikatakan susah,tidak sama sekali.’Belajar’ di Russia boleh dikatakan mudah.Namun, yang sangat susah ialah kehidupan di Russia.Tempat tinggal dan tempat belajar yang berjauhan di antara satu sama lain,cuaca teruk yang pastinya akan membuatkan anda berasa takut pada salji dan mungkin juga sikap bengis orang-orang Russia itu sendiri.

Sudah menjadi kebiasaan,pelajar-pelajar akan menggunakan pengangkutan awam samada bas,van atau trem untuk ke tempat pengajian.Sistem pengajian yang tidak berpusat pastinya mempunyai kelebihan dan juga keburukannya yang tersendiri.Setiap matapelajaran akan diajar di hospital yang berbeza dan jarak setiap hospital bukanlah dekat.Namun,hari demi hari,perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan dan bukanlah satu masalah lagi. Continue reading

Seronok Belajar Oversea ? Belajar Luar Negara Bagus Sangat ?

Perubatan ? Kejuruteraan ? Akauntan ? Farmasi ? dan banyak lagi bidang boleh diceburi bagi yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan seterusnya.

Persoalan yang mungkin timbul ialah isu pemilihan universiti dan seterusnya samada universiti dalam atau luar negara.Apabila melibatkan isu pemilihan universiti luar  negara , ada baiknya jika pelajar-pelajar membuat sedikit kajian dan seterusnya membuat keputusan yang terbaik.

Antara perkara yang  perlu difikirkan ialah:

1-Kursus pengajian .

Setiap negara mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dalam kursus-kursus pengajian yang ditawarkan.Sebagai contoh, Rusia banyak menawarkan kursus perubatan dan sebahagian kecil pelajar memilih kursus kejuruteraan.Dari segi yuran  pengajian,saya difahamkan bahawa Rusia adalah negara yang tergolong dalam negara yang menawarkan yuran pengajian yang rendah.Namun,dari segi sara hidup, boleh dikatakan agak tinggi.

2-Cuaca.

Walaupun nampak remeh,namun ramai pelajar yang gagal meneruskan pengajian disebabkan oleh faktor perubahan cuaca.Samada disebabkan penyakit seperti ”Asthma” atau mungkin juga disebabkan gagal menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk.Percaya atau tidak,cuaca yang sejuk bagaikan magnet yang membuatkan tidur lebih lena dan selimut menjadi teman sejati dan seterusnya kelas entah ke mana.Di Rusia,cuaca ketika musim sejuk boleh mencecah sehingga -40 degree celcius di bawah paras beku dan cuba bayangkan apabila anda berjalan di luar dalam suhu yang sedemikian.Bibir akan mula merekah,kaki dan cuping telinga akan mula berasa sakit dan sudah semestinya tempat yang paling selesa ialah di dalam selimut yang tebal di atas katil yang empuk.

bbq 2

3-Ketahanan mental dan fizikal.

Sesetengah pelajar boleh dikatakan terlalu emosional apabila berjauhan dari rumah dan orang-orang terdekat.Tatkala takbir dilaungkan (dari corong laptop) di pagi Aidilfitri,ramai yang tewas berendam dengan air mata.Mungkin bagi pelajar-pelajar lelaki perkara tersebut bukanlah satu masalah yang  besar, namun bagi “anak emak” perkara tersebut pasti mendatangkan masalah.Perkara tersebut adalah subjektif , dorongan keluarga dan kawan-kawan dengan mudah dapat mengatasi perkara tersebut.Salah satu faktor penting yang perlu dititik berat oleh ibubapa yang ingin menghantar anak-anak belajar di luar negara ialah dengan mengambilkira keinginan pelajar itu sendiri.Keluar dari zon yang selesa bukanlah semudah yang disangka dan faktor penentu kejayaan seseorang pelajar adalah keinginan serta keazaman pelajar itu sendiri.Paksaan kebiasaannya tidak akan membuahkan hasil yang baik.

Continue reading

Minat nak jadi doktor ?

Beberapa hari yang lepas keputusan SPM telah diumumkan, ada yang bergembira dengan keputusan yang cemerlang dan ada yang berduka dengan keputusan yang kurang baik.Namun,ketahuilah keputusan yang baik atau teruk bukanlah penentu mutlak kejayaan anda.Bagi yang memperolehi keputusan yang baik sudah semestinya anda selangkah lebih ke hadapan dalam mengecapi kejayaan, itu tidak boleh dinafikan.Bagi yang memperolehi keputusan yang kurang baik,anda masih mempunyai masa untuk memperbaiki keputusan anda dengan pelbagai cara.Pokok pangkalnya…janganlah sekali-kali berputus asa dan berterusan bersedih.

Bagi yang berminat untuk menjadi seorang doktor,pastikan bahawa anda betul-betul berminat.Yer….yang paling utama adalah MINAT selain keputusan akademik yang baik.

2 faktor utama yang tidak dapat dipisahkan bagi menjadi seorang pelajar perubatan yang berjaya adalah:

1-Keputusan akademik yang cemerlang.

2-Minat.

2 perkara tersebut sama sekali tidak dapat dipisahkan.Secara umumnya,saya boleh rumuskan bahawa untuk lulus semua ujian ketika menuntut sebagai pelajar perubatan adalah susah,namun tidak mustahil sama sekali.Gagal satu ujian tidak bermakna anda akan terus gagal,yang penting  adalah tidak berputus asa walaupun apa yang berlaku.

Samada belajar dalam negara atau memilih untuk belajar di luar negara,kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan.Sebagai contoh jika belajar di dalam negara,dari segi praktikal nya adalah lebih baik kerana sudah terbiasa dengan keadaan hospital-hospital di Malaysia dan sebagainya.Sebaliknya jika belajar di luar negara,keadaan hospital adalah berbeza,namun pengalaman hidup yang bakal diperolehi pastinya sangat berharga.Pilihan di tangan tuan punya diri,tiada kayu ukur yang jelas bagi menilai yang mana lebih baik.

Berkaitan biasiswa atau pinjaman pelajaran…JPA,MARA dan beberapa yayasan negeri dan zakat ada menyediakan kemudahan tersebut.Pastinya saingan juga sengit dalam mendapatkan biasiswa atau pinjaman tersebut tetapi yang layak pasti tetap akan layak.Jangan sempitkan pilihan,cuba memohon sebanyak yang mungkin dan pilihlah yang terbaik.

Continue reading

Susahnya Nak Beranak

Seperti hari-hari yang sebelumnya,hari ini pun kelas bermula dalam pukul 9 pagi dan berakhir sedikit awal .Topik yang dibincangkan pada  hari ini sedikit menggerunkan iaitu ”Forceps Delivery”.Tatkala Doktor Artyom sedang rancak menerangkan tentang topik tersebut,salji makin lebat turun menyelimuti tanah dan bangunan sekeliling.Katanya,sekarang sudah masuk ”Spring” tapi cuacanya masih seakan-akan ”Winter” ,biasalah di bumi Rusia ni semua benda boleh berlaku.

Teknik ini masih digunakan jika kelahiran secara semulajadi tidak dapat diteruskan disebabkan oleh masalah-masalah yang tertentu.Sebenarnya banyak teknik untuk membantu kelahiran bayi contohnya ”Vacuum Delivery” atau ”C-sec”.Besar pengorbanan seorang ibu,menahan kesakitan dan pelbagai risiko ketika melahirkan anak.

forceps

Sebagai seorang doktor,kita dilatih  untuk buat keputusan yang memberikan lebih banyak manfaat daripada mudarat.Untuk makluman,setiap prosedur yang dilakukan sedikit sebanyak memang ada kesan negatif ,mustahil wujudnya  teknik yang 100% memberi kesan positif .Sedikit sebanyak memang ada kesan negatif contohnya ‘terkoyak’ ,pendarahan dan sebagainya.Namun,kesan-kesan yang sedemikian amatlah minima dan hanya mengambil sedikit masa untuk pulih.

Continue reading

Manifesto Pakatan Rakyat PRU13 – Melibatkan kemudahan kesihatan / perubatan.

Antara intipati yang dapat dilihat dari manifesto pakatan rakyat yang mempunyai hubung kait dengan perubatan ialah JAMINAN KEMUDAHAN KESIHATAN ASAS PERCUMA.Pakatan Rakyat menyatakan setiap rakyat Malaysia berhak pergi ke mana-mana hospital kerajaan bagi mendapatkan kemudahan kesihatan yang percuma dan cekap.Berikut merupakan sedikit sebanyak ringkasan berkaitan hal tersebut:

manifesto

1. Menolak sebarang usaha untuk mengenakan cukai kesihatan seperti yang dicadangkan melalui 1Care

2. Menjamin kemudahan kesihatan percuma kepada semua rakyat Malaysia melalui hospital kerajaan, sementara memberi galakan sepenuhnya kepada sektor swasta menawarkan khidmat kesihatan pada kadar yang berpatutan

3. Menawarkan perkhidmatan wad percuma kepada semua rakyat di semua hospital kerajaan dengan menghapuskan bayaran wad Kelas 2 dan Kelas 3

Continue reading

Bidang Perubatan : Pandangan Seorang Pelajar Tahun Akhir

Tulisan saya kali ini adalah sebagai kesinambungan bagi post yang terdahulu,mungkin agak lama tetapi dari feedback2 yang saya perolehi,ramai yang berminat untuk mengetahui tentang pengalaman belajar dalam bidang perubatan ni.

Berikut adalah post saya yang terdahulu:

Bidang Perubatan:Pandangan Seorang Pelajar Perubatan Tahun 5 di Nizhny Novgorod State Medical Academy,Russia

Dalam post terdahulu saya menulis bahawa belajar dalam bidang perubatan ini adalah susah.Susah tapi bukanlah masalah bagi yang betul2 berminat dan sanggup berusaha keras.Antara kualiti yang perlu ada adalah minat,semangat yang kuat dan tidak mudah berputus asa.Kebiasaannya bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam SPM,dari segi akademik nya anda adalah layak.Namun,persoalan yang mungkin timbul adalah adakah anda mempunyai minat?JIika berminat,persoalan yang seterusnya ialah adakah anda sanggup berusaha keras?

Continue reading