Manifesto Pakatan Rakyat PRU13 – Melibatkan kemudahan kesihatan / perubatan.

Antara intipati yang dapat dilihat dari manifesto pakatan rakyat yang mempunyai hubung kait dengan perubatan ialah JAMINAN KEMUDAHAN KESIHATAN ASAS PERCUMA.Pakatan Rakyat menyatakan setiap rakyat Malaysia berhak pergi ke mana-mana hospital kerajaan bagi mendapatkan kemudahan kesihatan yang percuma dan cekap.Berikut merupakan sedikit sebanyak ringkasan berkaitan hal tersebut:

manifesto

1. Menolak sebarang usaha untuk mengenakan cukai kesihatan seperti yang dicadangkan melalui 1Care

2. Menjamin kemudahan kesihatan percuma kepada semua rakyat Malaysia melalui hospital kerajaan, sementara memberi galakan sepenuhnya kepada sektor swasta menawarkan khidmat kesihatan pada kadar yang berpatutan

3. Menawarkan perkhidmatan wad percuma kepada semua rakyat di semua hospital kerajaan dengan menghapuskan bayaran wad Kelas 2 dan Kelas 3

4. Menghapuskan monopoli pembekalan ubat, pembinaan hospital dan kelengkapan hospital oleh beberapa syarikat yang berkait rapat dengan elit kekuasaan yang mengaut keuntungan melampau

5. Penjimatan dari penghapusan monopoli akan digunakan untuk menawarkan rawatan pakar percuma kepada golongan berpendapatan rendah termasuklah pembedahan jantung, pembedahan ganti dan lain-lain

6. Memenuhi sasaran seorang doktor bagi setiap 550 rakyat dalam tempoh penggal pertama pentadbiran, berbanding nisbah sekarang seorang doktor bagi setiap 800

Untuk maklumat lanjut boleh juga rujuk di :

http://www.husammusa.com/v10/index.php?option=com_content&view=article&id=662:baca-dan-sebar-manifesto-pakatan-rakyat-pru-13-&catid=1:latest-news

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s