Bidang Perubatan : Pandangan Seorang Pelajar Tahun Akhir

Tulisan saya kali ini adalah sebagai kesinambungan bagi post yang terdahulu,mungkin agak lama tetapi dari feedback2 yang saya perolehi,ramai yang berminat untuk mengetahui tentang pengalaman belajar dalam bidang perubatan ni.

Berikut adalah post saya yang terdahulu:
https://faizalnorhalim.wordpress.com/2012/04/12/bidang-perubatanpandangan-seorang-pelajar-perubatan-tahun-5-di-nizhny-novgorod-state-medical-academyrussia/

Dalam post terdahulu saya menulis bahawa belajar dalam bidang perubatan ini adalah susah.Susah tapi bukanlah masalah bagi yang betul2 berminat dan sanggup berusaha keras.Antara kualiti yang perlu ada adalah minat,semangat yang kuat dan tidak mudah berputus asa.Kebiasaannya bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam SPM,dari segi akademik nya anda adalah layak.Namun,persoalan yang mungkin timbul adalah adakah anda mempunyai minat?JIika berminat,persoalan yang seterusnya ialah adakah anda sanggup berusaha keras?

Jika jawapan bagi kedua-dua persoalan tersebuat ialah ”Ya”,maka bolehla mengambil langkah pertama untuk belajar dalam bidang perubatan.

Amaran Keras: Jangan ambil bidang perubatan atas desakan orang lain!

kartun doktor

Jika anda membuat keputusan untuk mengambil bidang ini atas desakan orang lain,akan sampai satu masa nanti apabila anda akan menggunakan alasan tiada minat sebagai alasan untuk berhenti dari belajar,Pendek kata,berhenti dari belajar dan seterusnya bertukar ke bidang lain.Apabila ia terjadi,masa akan terbuang dan wang ringgit juga akan melayang.Maka timbullah bermacam-macam masalah dengan penaja anda samada JPA,MARA dan sebagainya.

Ingat!Apabila ada minat dan sanggup untuk berusaha barulah proceed untuk jadi seorang doktor.

Saja nak buat kelainan,kali ni saya selitkan sedikit terjemahan dalam English,lama sangat dah tak buat essay english…nak kena polish balik dah…

I’m writing this  as a continuation of the previous post, perhaps a bit ” long”  but from the feedback received, many are interested to know about the experience of studying in the medical field.

Here is my previous post:

https://faizalnorhalim.wordpress.com/2012/04/12/bidang-perubatanpandangan-seorang-pelajar-perubatan-tahun-5-di-nizhny-novgorod-state-medical-academyrussia/
In the  previous post,  I wrote that  studying  in this field  is difficult. Difficult, but it is not a problem for those who are really interested and willing to work hard. Among the qualities that should be there is interest, a strong will and do not give up easily. Typically for students who get good results in SPM(A-Level etc), academically you are eligible. However, the question that may arise is whether you have the interest and passion? If interested, the next question is whether you are willing to work hard?

If the answer to both these questions is” Yes​​”, then  you can proceed to be a medical student.

Warning! :  Do not study medicine at the insistence of others!

If you decide to study medicine at the insistence of others, one day you are going to use the excuse of “no interest” as an excuse to stop learning. When it happens, time and money will be wasted.

Remember, when there is interest / passion and are willing to work hard…. then you can proceed to be a medical student and finally a good doctor.

14 thoughts on “Bidang Perubatan : Pandangan Seorang Pelajar Tahun Akhir

  1. Pingback: Minat nak jadi doktor ? | Faizalnorhalim's Blog

  2. salam. boleh saya bertanya,. sy tidak minat bidang kedoktoran tapi i’m willing to work hard.. and my mom do want to see me to be a doctor. btw. i believe that passion and interest boleh dipupuk. but, i am afraid when many people said that: kalau tak minat,jangan! adakah minat memang sangat penting? but do trust me, i’m not that type of person who give up easily because i love my mom. please give me your opinion.. thanks

  3. wslm,pada pandangan saya kalau masih belum ada kecenderungan kepada mana-mana bidang…ikut sahaja keinginan your mom sebab Insyaallah dapat keberkatan.But,kalau u dah ada minat yang mendalam kat mana2 bidang selain medik…jalan terbaik adalah pujuk your mom untuk izinkan u ambik bidang yang u nak sebabnya yang akan belajar dan stuck dalam profession ni for the rest of youur life is you..not your mom.Kalau ikutkan pengalaman,terlalu ramai yang kecundanga masa pengajian disebabkan hanya mengikut kata2 ibubapa sedangkan diri sendiri tiada minat langsung.Semasa belajar dalam bidang perubatan ni,100% sure yang u akan temui ”kesusahan” sebabnya perubatan ni bidang yang susah…dan bila sampai waktu tu ramai yang gunakan alasan tiada minat dan hanya mengikut kata2 ibubapa untuk drop out dan seterusnya gagal dalam pengajian.

  4. Assalamulakum, sy nk tnya ujian tapisan aptitud utk course medic ni mcmmna ye? boleh saudara tolong jelaskan? terima kasih..

  5. wslm…saya kurang update tentang ujian2 yang terbaru di Malaysia..tapi seingat saya saya pernah mengambil ujian objektif utk mengetahui sikap kita.Lebih kepada formality sahaja,tiada pelajar yang gagal.

  6. Assalamualaikum , saya merupakan pelajar tahun akhir perubatan dan sy sebenarnya tidak melepasi final exam hari tu .disebabkan itu , saya merasa sngt stress dan tekanan yang amat sngat .jika diimbas kembali pada awal saya masuk ,sy memang memperoleh pointer yg tinggi ketika di matrikulasi tetapi sy memang tidak meminati perubatan ,tetapi sy tetap meletakkan perubatan di tempat keempat selepas peguam ,farmasi dan kewartawanan .sejujurnya sy terkejut apabila sy mendpt bidang perubatan yg bukan prority saya .lepas jadi mcm ni. Sy rasa sngat sedih .saya bertanya dimana hikmahnya ,tidak minat tetapi dipih dan akhirnya sy tidak lepas langsung ..sedih

  7. wslm…nasihat saya,teruskanlah sampai dapat ijazah dan selepas tu bolehla buat keputusan samada nak terus menjadi seorang doktor atau menceburi bidang lain.

  8. salam saya bakal menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di moscow medical academy pada bulan september ini.. memang tidak dinafikan saya berasa amat gementar, tatkala bila mahu menimba ilmu di negara orang.. macam2 saya dengar tentang kehidupan di moscow, sama ada masyarakat, cuaca mahupun keadaan.. jelas sekali saya tidak dpt menggambarkan situasi di sana, ini membuatkan saya agak berasa bimbang.. boleh saudara kongsikan bersama dengan saya situasi sana atau nasihat dari saudara? Terima kasih..

  9. frh:saya pun bersetuju..teruskan pngajian shingga ijazah..wpun sy x amik medic tp sy blaja akaun di usm and accountancy is also my fourth choice…dan xminat plak tuh..wpun kputusn sy x brape baik di usm dsbbkn stress tp unbelievable,saya dh bergelar account executive for almost 5 years rite now..alhmdulillah,skrg sy makin selesa dgn akaun dan berminat nak smbg ke ACCA..accountancy adlh pilihan parents.

  10. saya sebagai ibu pd seorang anak yg baru F1 sering bertanya pd anak ” did you want to be a doctor like your cousin???? ……. sebab dalam benak fikiran aunty selalu kata ” kan bagus ikut jejak dia ???….. tapi sebenarnya dalam benak fikiran aunty ada niat nak memaksa supaya anak minat bidang medic ……mudah-mudahan akan menyebabkan dia setuju tapi akhirnya aunty fikir lebih baik ikut apa kata hati nya sebab dia minat bidang “pilot”….. kalau dia minat ok teruskan namun jika “tidak” lebih baik tidak ………soalan : adakah Faizal juga terdorong atas kerana desakan ibubapa Faizal dahulu atau kerana ikut rakan-rakan ???

  11. Minat Insyaallah boleh dipupuk,saya bukanlah pelajar yang ”terlalu” meminati bidang perubatan pada awalnya.Namun,selepas tamat SPM keputusan yang diperolehi agak baik dan ditawarkan biasiswa JPA dalam bidang perubatan, saya terus menerima tawaran tersebut.Sebelum menerima tawaran tersebut sebenarnya saya telah mendaftar di UNITEN dan sempat berada di sana selama seminggu lebih.Di pendekkan cerita,perancangan dan keinginan kita kadang-kadang tak semuanya berlaku seperti yang kita hendaki.Insyaallah kalau puan pupuk minat anak puan betul-betul,minat akan timbul dengan sendirinya.

  12. Jika masih ada tawaran lain bagi menyambung pelajaran dalam bidang perubatan,saya nasihatkan sila terima tawaran tersebut.Jika ingin ke Rusia,sila rendahkan expectation anda,bayangkan anda berada 10 tahun terkebelakang dari Malaysia.Semua kerusi,meja dan kemudahan adalah buruk.Satu sahaja yang pasti,pergi Rusia Insyaallah pasti lulus jika berjaya masuk ke tahun akhir.

  13. anak mcik minat medic ke rusia (rsmu) .dia akan beljr jan-sep di kolej sblm terbng. utk mohon loan dia mesti dapat gred yg cemerlang. pd pengalaman anda bagaimn peluang peljr persendirian utk mendpt loan? percubaannya 7a dan 2b.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s