Seronok Belajar Oversea ? Belajar Luar Negara Bagus Sangat ?

Perubatan ? Kejuruteraan ? Akauntan ? Farmasi ? dan banyak lagi bidang boleh diceburi bagi yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan seterusnya.

Persoalan yang mungkin timbul ialah isu pemilihan universiti dan seterusnya samada universiti dalam atau luar negara.Apabila melibatkan isu pemilihan universiti luar  negara , ada baiknya jika pelajar-pelajar membuat sedikit kajian dan seterusnya membuat keputusan yang terbaik.

Antara perkara yang  perlu difikirkan ialah:

1-Kursus pengajian .

Setiap negara mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dalam kursus-kursus pengajian yang ditawarkan.Sebagai contoh, Rusia banyak menawarkan kursus perubatan dan sebahagian kecil pelajar memilih kursus kejuruteraan.Dari segi yuran  pengajian,saya difahamkan bahawa Rusia adalah negara yang tergolong dalam negara yang menawarkan yuran pengajian yang rendah.Namun,dari segi sara hidup, boleh dikatakan agak tinggi.

2-Cuaca.

Walaupun nampak remeh,namun ramai pelajar yang gagal meneruskan pengajian disebabkan oleh faktor perubahan cuaca.Samada disebabkan penyakit seperti ”Asthma” atau mungkin juga disebabkan gagal menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk.Percaya atau tidak,cuaca yang sejuk bagaikan magnet yang membuatkan tidur lebih lena dan selimut menjadi teman sejati dan seterusnya kelas entah ke mana.Di Rusia,cuaca ketika musim sejuk boleh mencecah sehingga -40 degree celcius di bawah paras beku dan cuba bayangkan apabila anda berjalan di luar dalam suhu yang sedemikian.Bibir akan mula merekah,kaki dan cuping telinga akan mula berasa sakit dan sudah semestinya tempat yang paling selesa ialah di dalam selimut yang tebal di atas katil yang empuk.

bbq 2

3-Ketahanan mental dan fizikal.

Sesetengah pelajar boleh dikatakan terlalu emosional apabila berjauhan dari rumah dan orang-orang terdekat.Tatkala takbir dilaungkan (dari corong laptop) di pagi Aidilfitri,ramai yang tewas berendam dengan air mata.Mungkin bagi pelajar-pelajar lelaki perkara tersebut bukanlah satu masalah yang  besar, namun bagi “anak emak” perkara tersebut pasti mendatangkan masalah.Perkara tersebut adalah subjektif , dorongan keluarga dan kawan-kawan dengan mudah dapat mengatasi perkara tersebut.Salah satu faktor penting yang perlu dititik berat oleh ibubapa yang ingin menghantar anak-anak belajar di luar negara ialah dengan mengambilkira keinginan pelajar itu sendiri.Keluar dari zon yang selesa bukanlah semudah yang disangka dan faktor penentu kejayaan seseorang pelajar adalah keinginan serta keazaman pelajar itu sendiri.Paksaan kebiasaannya tidak akan membuahkan hasil yang baik.

Continue reading

Advertisements

Minat nak jadi doktor ?

Beberapa hari yang lepas keputusan SPM telah diumumkan, ada yang bergembira dengan keputusan yang cemerlang dan ada yang berduka dengan keputusan yang kurang baik.Namun,ketahuilah keputusan yang baik atau teruk bukanlah penentu mutlak kejayaan anda.Bagi yang memperolehi keputusan yang baik sudah semestinya anda selangkah lebih ke hadapan dalam mengecapi kejayaan, itu tidak boleh dinafikan.Bagi yang memperolehi keputusan yang kurang baik,anda masih mempunyai masa untuk memperbaiki keputusan anda dengan pelbagai cara.Pokok pangkalnya…janganlah sekali-kali berputus asa dan berterusan bersedih.

Bagi yang berminat untuk menjadi seorang doktor,pastikan bahawa anda betul-betul berminat.Yer….yang paling utama adalah MINAT selain keputusan akademik yang baik.

2 faktor utama yang tidak dapat dipisahkan bagi menjadi seorang pelajar perubatan yang berjaya adalah:

1-Keputusan akademik yang cemerlang.

2-Minat.

2 perkara tersebut sama sekali tidak dapat dipisahkan.Secara umumnya,saya boleh rumuskan bahawa untuk lulus semua ujian ketika menuntut sebagai pelajar perubatan adalah susah,namun tidak mustahil sama sekali.Gagal satu ujian tidak bermakna anda akan terus gagal,yang penting  adalah tidak berputus asa walaupun apa yang berlaku.

Samada belajar dalam negara atau memilih untuk belajar di luar negara,kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan.Sebagai contoh jika belajar di dalam negara,dari segi praktikal nya adalah lebih baik kerana sudah terbiasa dengan keadaan hospital-hospital di Malaysia dan sebagainya.Sebaliknya jika belajar di luar negara,keadaan hospital adalah berbeza,namun pengalaman hidup yang bakal diperolehi pastinya sangat berharga.Pilihan di tangan tuan punya diri,tiada kayu ukur yang jelas bagi menilai yang mana lebih baik.

Berkaitan biasiswa atau pinjaman pelajaran…JPA,MARA dan beberapa yayasan negeri dan zakat ada menyediakan kemudahan tersebut.Pastinya saingan juga sengit dalam mendapatkan biasiswa atau pinjaman tersebut tetapi yang layak pasti tetap akan layak.Jangan sempitkan pilihan,cuba memohon sebanyak yang mungkin dan pilihlah yang terbaik.

Continue reading