Tamatnya pengajian , akhirnya bergelar seorang doktor

Alhamdulillah,segala syukur dan puji kepada Allah yang banyak memberi nikmat dan tersangat pemurah dalam merahmati hambamu yang hina ini.Setelah berhempas-pulas selama 6 tahun lebih,akhirnya berjaya juga saya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.Bidang yang penuh pancaroba,penuh ranjau berduri.Tanpa rahmat dan pertolongan yang Maha Esa,sudah semestinya kejayaan sukar untuk digapai.

Alhamdulillah.

21361_10200880332064439_1624298008_n

Tamat pengajian satu hal,yang lebih membanggakan adalah tamat pengajian di Russia.Kenapa berkata begitu? Adakah susah belajar di Russia?

Jika hendak dikatakan susah,tidak sama sekali.’Belajar’ di Russia boleh dikatakan mudah.Namun, yang sangat susah ialah kehidupan di Russia.Tempat tinggal dan tempat belajar yang berjauhan di antara satu sama lain,cuaca teruk yang pastinya akan membuatkan anda berasa takut pada salji dan mungkin juga sikap bengis orang-orang Russia itu sendiri.

Sudah menjadi kebiasaan,pelajar-pelajar akan menggunakan pengangkutan awam samada bas,van atau trem untuk ke tempat pengajian.Sistem pengajian yang tidak berpusat pastinya mempunyai kelebihan dan juga keburukannya yang tersendiri.Setiap matapelajaran akan diajar di hospital yang berbeza dan jarak setiap hospital bukanlah dekat.Namun,hari demi hari,perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan dan bukanlah satu masalah lagi. Continue reading

Advertisements