Bidang Perubatan:Pandangan Seorang Pelajar Perubatan Tahun 5 di Nizhny Novgorod State Medical Academy,Russia

Pertanyaan dan Andaian

Kerapkali saya ditujukan dengan pelbagai pertanyaan tentang bidang perubatan dan acapkali juga saya dihidangkan dengan andaian-andaian yang tatkala betul dan kebiasaannya kurang tepat tentang bidang ini.

Antara persoalan utama yang diajukan adalah samada susah atau tidak untuk lulus?kena belajar siang malam?no life? dan sebagainya yang berkaitan dengan proses pembelajaran dalam bidang ini yang dikatakan antara yang paling susah jika dibandingkan dalam bidang-bidang lain di universiti.

Bagi menjawab persoalan ini,eloklah kiranya saya memperkenalkan sedikit sebanyak tentang diri saya…who am i?

Siapakah saya?

Saya merupakan pelajar perubatan tahun 5 tajaan JPA yang pada waktu dan saat ini sedang menuntut di Nizhny Novgorod State Medical Academy.Telah berkelana di bumi sejuk ini sejak 6 tahun yang lepas,sepatutnya saya berada di tahun 6(tahun akhir),namun perancangan Allah lebih mantap.Saya telah diberikan tambahan 1 tahun untuk berada di ceruk dunia ini disebabkan masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan seterusnya telah menyebabkan saya menjalani pembedahan yang agak besar bagi memperbaiki apa yang patut.Maka,apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi,pemerhatian dan rumusan yang mungkin akan ada bersependapat dengan saya atau juga sebaliknya.

Sebelum terlupa,saya jugak telah berkahwin,belum dikurniakan cahaya mata dan isteri saya juga Insyaallah akan bergelar seorang doktor.

Mudah atau susah belajar?

Jawapannya sangat mudah dan ringkas,bagi seorang pelajar yang normal dan tidak mempunyai sebarang kecacatan otak dan sebagainya,proses pembelajaran dalam bidang perubatan adalah SUSAH.Kenapa?

Untuk menghuraikan tentang kenapa,saya akan cuba menerangkannya pada penulisan yang akan datang Insyaallah.

(minat menulis ini hanyalah untuk perkongsian di kala mempunyai kelapangan,setelah sekian lama tidak menulis saya tidak mengharapkan orang membaca tulisan saya,namun jika ada yang membaca mungkin anda adalah seorang yang sedang tercari-cari jawapan tentang isu ini dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk menulisnya)

21 thoughts on “Bidang Perubatan:Pandangan Seorang Pelajar Perubatan Tahun 5 di Nizhny Novgorod State Medical Academy,Russia

  1. assalamualaikum, entry kamu byk yg menarik. isteri kmu subhanallah comel🙂 semoga bahagia dan kedua2 oleh mu menjdi seorg doktor muslim yg hebat kelak ameen..🙂

  2. I want to know more about this cos. Some people says to me that being a doctor is difficult ? Realllyy ???

  3. Pingback: Bidang Perubatan : Pandangan Seorang Pelajar Tahun Akhir | Faizalnorhalim's Blog

  4. Assalamualaikum..saya ada sedikit pertanyaan tentang bidang perubatan,, adakah peluangbagi pelajar yang tidak mengambil aliran sains tulen untuk melanjutkan pelajaran kedoktoran

  5. secara jujurnya saya secara personal xpenah jumpa lagi pelajar yg x ambil sains then sambung perubatan.Untuk maklumat lebih tepat rasanya boleh tanya pihak university atau agen2 yang menguruskan pelajar perubatan.Di setengah2 negara,utk menyambung bidang perubatan..hanya kelayakan minimun dan duit diperlukan..so..pandai2 lah pilih.Perlu diingat,tanpa kelayakan akademik yg kukuh,walaupun diterima masuk oleh mana2 universiti…untuk meneruskan pengajian bukan mudah…bila2 masa boleh ditendang jika anda gagal dalam mana2 peperiksaan

  6. assalam,saya nak tanya jika awak diberi peluang untuk menyambung pelajaran di rusia dan egypt mana satu yang awak akan pilih.dan berikan sebab kenapa awak pilih tempat itu ?

  7. wslm,jika saya diberi pilihan yang sedemikian saya akan memilih Mesir jika keadaan di sana aman.Mengikut situasi semasa kemungkinan besar saya akan memilih Rusia.Antara sebab saya memilih Mesir adalah penguasaan Bahasa Arab dan mungkin suasana yang lebih Islamik.

  8. Assalamualaikum ,, ..saya berumur 16 tahun . saya sangat berminat ingin menjadi seorang doktor . daripada saya kecil lagi saya memang meminati bidang perubatan . tapi hanya satu masalah yang saya hadapi , iaitu saya begitu takut untuk melihat darah atau proses pembedahan yang dilakukan terhadap pesakit2 .. tapi saya sangat meminati bidang kedoktoran dan saya juga begitu cemerlang dalam bidang akademik . Adakah saya layak utk menjadi seorang doktor ?

  9. Assalamualaikum adik..akak ada anak yang amat berminat sejak darjah 4 dia cakap nak jadi doktor dia sebut pakar bedah otak kat akak..masalahnya akak tak ada lagi adik beradik yang jadi doktor..nak nak bidang yang dia sebut tu..sebagai ibu akak tetapkan dan selalu bagi semangat kat dia… so dia ni neorologist la kut nama nya bidang yang anak kak nak tu amin..nak tanya org yang lebih pengalaman dalam bidang ni macamana cara dan apakah subjek yang dia perlu cemerlang dalam SPM dan IGCSE dia…harap adik dapat bantu e mail akak qasrumbalqis@hotmail.com. terima kasih.

  10. Assalamualikum.
    Saya bakal menyambung pengajian perubatan di kursk university
    Apakah yg perbezaan yg ketara tentang cara hidup org rusia dgn org malaysia yg boleh buat diri saya culture shock?
    Sbb saya bukan dri boarding school.

  11. wslm…kalau dari segi cara hidup memang sangat berbeza.Orang rusia boleh dikatakan agak kasar dan bukannya macam orang Malaysia.Insyaallah takkan culture shock.Saya sendiri pun dari sekolah menengah harian biasa sahaja.

  12. wslm,biarlah dia membesar dulu kak.Cita-cita boleh berubah.Untuk menjadi seorang neurologist kita perlu menjadi doktor biasa dulu pada awalnya

  13. Salam, sy student thun akhir dlm jurusan sains kesihatan, diploma teknologi cardiovascular di ipts. Dijangka tamat pengajian bulan 11 thun ni, dan sy mempunyai rancangan untk smbung perubatan, kerana sy nampak bahagian perubtan sngat besr peluan pkerjaan, tapi msa kat sekolah dulu sy bukan budak aliran sains tulin, bolh kh sy ambil perubatan? Klu blh, mcm mna caranya dan bagimana pula dengan segi pinjaman? Harap tuan dpt memberitahu sedikit info…..

  14. salam, saya pelajar spm 2014. dan bakal menduduki spm awal november ini. ingin bertanya, apa syarat kelayakan untuk lanjut pelajaran ke russia? maksud saya dari segi pencapaian spm dan segi kewangan diperlukan. mohon penjelasan.

  15. assalammualaikum.. benarkah bidg perubatan mnjd stu krjaya yg bkl mmpunyai penganggur yg bnyk…sbnrya kt m’sia ni doktor msih bnyk diperlukn or x.
    dan apkh koko mmpengaruhi twrn scholarship??

  16. assalamualaikum.i’m 18 and still waiting for my spm result this march.saya nak tanya,negara2 yang mungkin abg nak recommend kat saya untuk medic course.mungkin dari segi kemudahan pembelajaran atau suasana yang best utk blaja,atau any other aspect that u prefer.for example,people says,India is great for its facilities for medic study,like dead bodies.

  17. dari segi tempat,ada kelebihan dan kekurangan masing2,saya cadangkan untuk ambil medik dalam malaysia,tu yang terbaik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s