Seronok Belajar Oversea ? Belajar Luar Negara Bagus Sangat ?

Perubatan ? Kejuruteraan ? Akauntan ? Farmasi ? dan banyak lagi bidang boleh diceburi bagi yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan seterusnya.

Persoalan yang mungkin timbul ialah isu pemilihan universiti dan seterusnya samada universiti dalam atau luar negara.Apabila melibatkan isu pemilihan universiti luar  negara , ada baiknya jika pelajar-pelajar membuat sedikit kajian dan seterusnya membuat keputusan yang terbaik.

Antara perkara yang  perlu difikirkan ialah:

1-Kursus pengajian .

Setiap negara mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dalam kursus-kursus pengajian yang ditawarkan.Sebagai contoh, Rusia banyak menawarkan kursus perubatan dan sebahagian kecil pelajar memilih kursus kejuruteraan.Dari segi yuran  pengajian,saya difahamkan bahawa Rusia adalah negara yang tergolong dalam negara yang menawarkan yuran pengajian yang rendah.Namun,dari segi sara hidup, boleh dikatakan agak tinggi.

2-Cuaca.

Walaupun nampak remeh,namun ramai pelajar yang gagal meneruskan pengajian disebabkan oleh faktor perubahan cuaca.Samada disebabkan penyakit seperti ”Asthma” atau mungkin juga disebabkan gagal menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk.Percaya atau tidak,cuaca yang sejuk bagaikan magnet yang membuatkan tidur lebih lena dan selimut menjadi teman sejati dan seterusnya kelas entah ke mana.Di Rusia,cuaca ketika musim sejuk boleh mencecah sehingga -40 degree celcius di bawah paras beku dan cuba bayangkan apabila anda berjalan di luar dalam suhu yang sedemikian.Bibir akan mula merekah,kaki dan cuping telinga akan mula berasa sakit dan sudah semestinya tempat yang paling selesa ialah di dalam selimut yang tebal di atas katil yang empuk.

bbq 2

3-Ketahanan mental dan fizikal.

Sesetengah pelajar boleh dikatakan terlalu emosional apabila berjauhan dari rumah dan orang-orang terdekat.Tatkala takbir dilaungkan (dari corong laptop) di pagi Aidilfitri,ramai yang tewas berendam dengan air mata.Mungkin bagi pelajar-pelajar lelaki perkara tersebut bukanlah satu masalah yang  besar, namun bagi “anak emak” perkara tersebut pasti mendatangkan masalah.Perkara tersebut adalah subjektif , dorongan keluarga dan kawan-kawan dengan mudah dapat mengatasi perkara tersebut.Salah satu faktor penting yang perlu dititik berat oleh ibubapa yang ingin menghantar anak-anak belajar di luar negara ialah dengan mengambilkira keinginan pelajar itu sendiri.Keluar dari zon yang selesa bukanlah semudah yang disangka dan faktor penentu kejayaan seseorang pelajar adalah keinginan serta keazaman pelajar itu sendiri.Paksaan kebiasaannya tidak akan membuahkan hasil yang baik.

Continue reading

Advertisements