Minat nak jadi doktor ?

Beberapa hari yang lepas keputusan SPM telah diumumkan, ada yang bergembira dengan keputusan yang cemerlang dan ada yang berduka dengan keputusan yang kurang baik.Namun,ketahuilah keputusan yang baik atau teruk bukanlah penentu mutlak kejayaan anda.Bagi yang memperolehi keputusan yang baik sudah semestinya anda selangkah lebih ke hadapan dalam mengecapi kejayaan, itu tidak boleh dinafikan.Bagi yang memperolehi keputusan yang kurang baik,anda masih mempunyai masa untuk memperbaiki keputusan anda dengan pelbagai cara.Pokok pangkalnya…janganlah sekali-kali berputus asa dan berterusan bersedih.

Bagi yang berminat untuk menjadi seorang doktor,pastikan bahawa anda betul-betul berminat.Yer….yang paling utama adalah MINAT selain keputusan akademik yang baik.

2 faktor utama yang tidak dapat dipisahkan bagi menjadi seorang pelajar perubatan yang berjaya adalah:

1-Keputusan akademik yang cemerlang.

2-Minat.

2 perkara tersebut sama sekali tidak dapat dipisahkan.Secara umumnya,saya boleh rumuskan bahawa untuk lulus semua ujian ketika menuntut sebagai pelajar perubatan adalah susah,namun tidak mustahil sama sekali.Gagal satu ujian tidak bermakna anda akan terus gagal,yang penting  adalah tidak berputus asa walaupun apa yang berlaku.

Samada belajar dalam negara atau memilih untuk belajar di luar negara,kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan.Sebagai contoh jika belajar di dalam negara,dari segi praktikal nya adalah lebih baik kerana sudah terbiasa dengan keadaan hospital-hospital di Malaysia dan sebagainya.Sebaliknya jika belajar di luar negara,keadaan hospital adalah berbeza,namun pengalaman hidup yang bakal diperolehi pastinya sangat berharga.Pilihan di tangan tuan punya diri,tiada kayu ukur yang jelas bagi menilai yang mana lebih baik.

Berkaitan biasiswa atau pinjaman pelajaran…JPA,MARA dan beberapa yayasan negeri dan zakat ada menyediakan kemudahan tersebut.Pastinya saingan juga sengit dalam mendapatkan biasiswa atau pinjaman tersebut tetapi yang layak pasti tetap akan layak.Jangan sempitkan pilihan,cuba memohon sebanyak yang mungkin dan pilihlah yang terbaik.

Bagi yang gagal dalam mendapatkan biasiswa atau pinjaman,jangan gusar.Terdapat beberapa negara yang menawarkan yuran pengajian dalam bidang perubatan dengan harga yang murah.Salah satunya adalah Rusia.Pastikan setiap universiti yang dipilih diiktiraf oleh Malaysia,jika tidak anda mungkin bermasalah di kemudian hari.

Boleh juga membaca post yang terdahulu:

https://faizalnorhalim.wordpress.com/2013/02/23/bidang-perubatan-pandangan-seorang-pelajar-tahun-akhir/

42 thoughts on “Minat nak jadi doktor ?

  1. Salam kepada semua pelawat blog ini.
    Masa belajar dulu saya memang sangat minat nak buat medic…Tapi tak layak.
    Jadi saya buat Chemistry & Business, program RPA di USM, penang…
    Budak kampung berangan besar….itulah takdir saya….sekarang saya sudah 50 an…
    Sekalung tahniah kepada semua anak bangsaku yang seagama dalam satu syahadah yang dapat menceburi bidang yang sangat mencabar ini.
    Pesananku:
    Jangan ambil mudah “Syahadah” untuk kembali…Bersungguh-sungguhlah kerana Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui rintihan hati kita kepadanya….The soul would have no rainbow had the eyes have no tears….

  2. wslm…kita cubalah buat yg terbaik walaupun dalam apa bidang sekalipun…masing2 ada peranan masing2.Semoga mendapat keberkatan dari Allah dan rahmat pada hari akhirat kelak.

  3. salam, saya lepasan spm baru2 ni, dan berminat dgn medic, saya apply quite a number of scholarship,alhamdulillah ditawarkan beberapa biasiswa dan salah satu yg saya shortlist adalah biasiswa petronas ke UK, yg lain ditolak.. chemical eng, itu second choice saya slps medic.. just nk tnya pandangn, saya minat medic, tp rasa “tak sedap” jika tolak biasiswa petronas, takut myesal di kemudian hari. selain istikharah, saya juga nk tnya pendapat …

  4. wslm,dulu saya pun dalam dilema juga..and saya pernah masuk Uniten selama seminggu sebelum tergesa2 join medik JPA.Apa yang boleh saya katakan,just follow your passion..kalau memang dah minat medik..teruskan saja ambik medik.Apalah sangat biasiswa petronas tu….takde apa yang nak disayangkan….minat medik..tapi takkan nak jadi engineer pulak.Lainlah kalau memang dari awal tiada kecenderungan kepada mana2 bidang..

  5. Salam Abg Faizal, mahu tanya.. Saya baru sahaja habis zaman persekolahan, saya memang minat mahu seorang doktor perubatan yg berjaya tetapi keputusan spm saya kurang memuaskan sbb saya gagal dlm subjek yg melibatkan science.. Tp saya nak jugak jadi doktor sebab minat saya dari dulu lagi.. Adakah saya perlu ambil spm semula untuk realisasikan cita-cita saya atau tak??

  6. wslm…minat sahaja tidak cukup..kemampuan dari segi akademik juga sangat penting.Untuk menjadi seorang doktor anda perlu mempunyai kemampuan yang baik dari segi akademik kerana sukatan pembelajaran pelajar perubatan bukanlah mudah…kalau SPM pun boleh gagal…peluang untuk lulus dalam bidang perubatan pun sangat tipis..SPM adalah terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan perubatan

  7. salaam.nak tanya .. bezakah bidang perubatan dan bidang kedoktoran? kalau neurologi pulak under bidang apa??🙂

  8. sama sahaja kedua-dua bidang tersebut,dalam bidang perubatan pun kita memang ada belajar subjek neurology dan memang ada neurologist dan neurosurgeon.

  9. salam ,, saya lepasan diploma pharmacy dengan cgpa 3.7 boleh x saye nak masuk university nie ??? dan macam mane dengan fees dye ??? adakan kite kne bayar dulu untuk 1st year atau boleh wat pinjaman or biasiswa ?

  10. Wslm,Insyaallah boleh.Saya pernah melihat keputusan kawan saya yang sangat teruk tapi masih boleh belajar di sana.Boleh rujuk agen yang menguruskan kemasukan,cuba search Russian Resources.Pihak mereka yang banyak menguruskan kemasukan pelajar.

  11. Assalamualaikum bang. Currently I am applying for medicine in UK. Tapi based on the list of universities provided by JPA, saya perlu spend so much money just for the application. Duit tu satu hal, lagi satu drpd 10 universiti provided in the list, 3 of them memerlukn sy utk fly ke UK just to go for the interview. mau habis beribu jgk. bagi seorg budak drpd kluarga yg xbrapa kaya sy xrasa saya dpt pergi ke UK just to go through for the interview. Sbb in my opinion mcm sesaja nk burn duit je. interview pulak susah -_-
    sampaikan rasa mcm nk tukar kos ambk biomed or chem eng. (sbb passion sy terhdp medicine blh dikatakan xbrapa kuat sgt hehe)

  12. oh lagi satu blh tak listkan ape pros cons for both blajar medic kt local and overseas? sbb kalau sy nk stick to medic pn sy xkisah whether local or overseas.
    dgr kata kalau buat medic kt UK xleh nk pegang patient pn. I think that is such a big disadvantages:/

  13. Insyaallah boleh ambik medik,tentang yuran pengajian boleh berurusan dengan Russian Resources,mereka lebih arif.Untuk pengetahuan,yuran belajar di Russia adalah antara yang termurah.

  14. Bagi saya,minat amatlah penting jika ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.Minat perlu ada walaupun sedikit,Insyaallah boleh dipupuk untuk menjadi lebih mantap.Tentang kebaikan dan keburukan belajar di luar negara ni,apa yang boleh saya katakan ialah jika saudara berkelayakan dan diterima belajar dalam negara,sila teruskan pengajian di dalam negara.Pelajar dalam negara lebih mahir dari segi praktikal dan boleh juga dikatakan lebih bagus dari segi teori.

  15. Saya pelajar lepasn spm 2013.tp spm sy x la cemerlang sgt.subjek yg pling sy ske xdpt a pun,, sy sdeh sgt sbb selama ni klu x a ,, b. Jadi sy hrap spm sy a dlm biologi. Tp xdpt pn. Kwn2 cadangkn saya ambik matriks,, then strugle btol2.tp mk saya mcm xhrap dgn kptusan spm sy.mk sruh ambik tesl. Sy x minat.sy nk sgt jd doktor sb dri kcil lg sy cintakn subjek sains dan setiap hri sy feel dgn sbjek tu.kdg2 ad jgk trpikir nk ambik diploma ke matrik,,klu asasi dlm bdang prubatan msti xdpt pnya.skrg saya buntu.

  16. spm dapat berapa?..kalau teruk sangat mungkin kalau ambik matriks pun susah untuk dapat medik..kena ikut kemampuan jugalah.Subjek sains ni luas bidangnya,tak semestinya medik,mungkin boleh ambil bidang yang lebih ringan.

  17. secara jujurnya saya pun bukanlah pelajar yang baik,yang penting usahalah dulu ikut kemampuan kita.Selebihnya berserah dan berdoa sajalah.

  18. Spm saya bkn lah teruk sgt, cuma sbjek biology b+ saja.dan yg paling mnyedihkan kimia saya hanya dapat c+ saja.saya pun tak mnduga yang kimia saya tiba2 dapat c spm.kalau nk jadi doktor ni bukan kene mahir bio je tapi kimia pun sama kn?. Terima kasih atas info, saya rasa mungkin saya akan cuba sedaya upaya dulu, tapi klu mmg tak ada rezeki saya redha.

  19. Bang nk tye lah,kalau kita graduate medic dri kolej swasta,then agak2 dpt x cont med ke luar ngare or dlm ngare n jd doc.?

  20. Hubungi saya dan Pihak kami cuba menolong dan membantu pelajar yang berminat dalam Medic terutama yang ingin melanjutkan pelajaran ke Moscow..Insya’allah

  21. salam. sy pelajar lepasan stpm 2013. sy minat sgt dgn medic. spm sy 7a3b1c stpm sy 2.75. blh x sy further study in medic? if not apa kos yang sesuai and eventually will lead me to become a doctor? really need your help.

  22. Assalam, saya seorang pelajar lepasan spm 2014. Saya juga meminati bidang perubatan seperti abang. Result spm saya alhamdulillah. Saya nak Tanya. Subjek bio data taklaa dapat a+ setakat a sahaja. Pada pendapat abang, mampukah says menceburi bidang perubatan ini. Says berasa sedikit risau kerana bidang ini sememangnya mencabar. Satu lagi soalan, adakah Cara pembelajaran dlm bidang perubatan sama dengan peringkat spm. Maksud saya kaedah pmbelajaran seperti Peta minda and etc. Abang dulu, selepas spm sambung mana? Matrik/asasi/a level?

  23. As’salam a.faizal..sy nk tnye..result sc sy dlm spm ok larr..xp sy trsngkut dkt subjt bi..sy dpt d..agak2 la,,klau sy ambk stpm,,ad hrpn x untk sy ambk bidang prbtn lpas ni??

  24. wslm….kalau boleh masuk matrik…mungkin boleh masuk matrik dulu.Kalau nak sambung stpm pun boleh.Insyaallah boleh. Usaha tangga kejayaan.

  25. wslm, Insyaallah boleh.Cara pembelajaran di peringkat universiti sangat berbeza dengan peringkat sekolah.Dulu saya terus buat persediaan,tak masuk matrik.

  26. wslm….bidang perubatan bukanlah satu-satunya bidang yang boleh diceburi.Pada pendapat saya masih banyak bidang2 lain yang boleh diceburi.Lainlah kalau minat tu terlalu mendalam.

  27. Salam..sya juga merupakan salah seorang pelajar untuk tahun nie yg dapat sambung belajar di moscow, russia..n sya pergi under agen mmandangkan pngk matrikulasi sya cume 3.60..jdi..untuk kwan2 yg ingin mngguna kan agen yg bpngalaman mnghantar plajar ke luar negara boleh mnghubungi en azhar di no tersebut.. 013-3885536 ..🙂

  28. Assalam abg Faizal. sy dapat offer dari kolej swasta untuk buat medic di Kursk . tapi kena buat foundation and dapat scholarship. sy memang minat sangat nak buat medic dari dulu . but since ramai yg ckp doktor yg byk sgt kt malaysia so sy tukar untuk ambil chem engine . tp baru baru niy sy sedar yg sy mmg nk ambik medic jugak . masalah sy skrg adalah mak sy takleh nk lepas sy pegi oversea . pastu kalau sy niy dari swasta , lepas grad nanti sy keja dgn kerajaan ke dgn swasta jugak? kalau belajar di Kursk guna bahasa apa ye? thanks abang .

  29. semua kena kerja dengan kerajaan untuk doktor pelatih,2 tahun pertama untuk dapatkan pendaftaran penuh,kursk pun ada yang english

  30. Assalammualaikum..abg faizal sy merupakan pelajar lepasan matrikulasi..pointer sy 3.5 ke ats..adakah sy lyk utk ambil medic sedangkan spm sy tidak melayakkan sy..di matrik sy berjaya dpt A dlm subjek sn yg dlu sy xdpt di spm..adakah agent yg membawa pelajar malaysia utk menyambung dlm bidang perubatan..???

  31. Salam…saya student pasum…saya cdg nak smbg blaja kat luar ngara…nak try minx dulu kat uni luar …n then bile dh dpat tmpat baru nak try cri scholarahip…blh xkalu saya gune cara nie untk study overseas??? N kalu ok uni mne sesuai sbb kalu bleh saya nak ade malaysian dlm uni n kos yg saya ceburi tu..

  32. Assalamualaikum abg faizal . Saye masih budak sekolah . Baru form 2 . And next year , saya akan ambik exam PT3 . So , saya nak buat persiapan dari awal untuk exam nnty. Saya minat dlm bidang sanis , sebelum tuh , saya nk minta sikit tips2 dari abg faizal untuk lulus PT3 untuk ambil kelas Sains .

  33. Assalamualaikum abang Faizal…Sy ni terlalu minat nak jadi doktor mmg minat giler2.Sampai sy selalu bayangkan diri sy ni jadi seorang doktor haha.Tapi result SPM sy tahun lepas boleh kata teruk especially subjek kimia dgn add math.Sy lemah sngt subjek tu.Stahu sy untuk menjadi seorang doktor kedua2 subjek tu mmg kna betol2 mahir kan.Dulu sy banyak buang masa,main2 dan x focus belajar.Banyak sibukkan diri dgn benda2 lain n banyak lalai dgn bnda2 berdosa.Sy ada cita2 tapi sy x belajar sungguh2.Kimia sy dpt C dan add math E hmmm😦 Tapi masa SPM sy minat giler subjek Biologi.Antara subjek sains yg selalu score.Time exam sy dpt A dgn B je.So skrg sy berada di tingkatan 6 di SMK Ismail Petra aliran sains.Sy masuk tingaktan 6 atas tujuan nk tebus balik SPM sy dlu.Sy tolak tawaran IPTA dan bertekad nk berubah,nak belajar betol2 di tingkatan 6 sbb sy nk ambik medic.Skrg sy mula ubah cara belajar,cara sy urus masa,hubungan dgn Allah n everything.Tapi sy fikir sempat ke sy nk belajar untuk sy dapat pointer 4.0 sedangkan basic masa SPM still berterabur.STPM ni pon agak susah.Pembelajaran pon jauh mendalam berbanding SPM.Banyak coursework yg sy perlu siapkan.Belajar cuma setahun setengah jadi sy takot x sempat.Sy mengaku sy ni kurang pandai tpi sy bercita2 tinggi.jadi mcm mne sy perlu buat untuk sy faham balik basic masa SPM dlu dan mahir subjek2 STPM ni.So sy nk mntak pendapat abang Faizal tips2 belajar n sedikit nasihat.Sy betol2 nk jadi doktor…Sekian🙂

  34. Jangankan sempitkan pilihan,selain doktor banyak lagi kerjaya lain yang mungkin sesuai,jangan bercita2 nak jadi doktor semata mata sebab ikut orang lain.Perlu tahu keburukan kerjaya doktor.Untuk pengetahuan,kerjaya doktorlah yg mungkin kerjaya paling tidak profesional di malaysia,anda akan dimalukan,dikeji,dimaki hamun depan org ramai,pesakit dan lain2.Selain tu,kena bekerja waktu cuti umum,kerja lebih masa tanpa bayaran dan mcm2 lagi.Kerja dia lagi teruk dari kuli bangla dan anda akan dipandang lebih hina dari peminta sedekah.Tu antara keburukan,kebaikan tu blh fikir sendiri lah.Fokus stpm dululah,then kalau result ok blhla ambik medik,kalau x ok xpayahla.Medik ni start dari belajar lagi susah,so kalau kemampuan akademik x seberapa xperlulah cuba.Banyak lagi kerjaya lain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s