Seronok Belajar Oversea ? Belajar Luar Negara Bagus Sangat ?

Perubatan ? Kejuruteraan ? Akauntan ? Farmasi ? dan banyak lagi bidang boleh diceburi bagi yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan seterusnya.

Persoalan yang mungkin timbul ialah isu pemilihan universiti dan seterusnya samada universiti dalam atau luar negara.Apabila melibatkan isu pemilihan universiti luar  negara , ada baiknya jika pelajar-pelajar membuat sedikit kajian dan seterusnya membuat keputusan yang terbaik.

Antara perkara yang  perlu difikirkan ialah:

1-Kursus pengajian .

Setiap negara mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dalam kursus-kursus pengajian yang ditawarkan.Sebagai contoh, Rusia banyak menawarkan kursus perubatan dan sebahagian kecil pelajar memilih kursus kejuruteraan.Dari segi yuran  pengajian,saya difahamkan bahawa Rusia adalah negara yang tergolong dalam negara yang menawarkan yuran pengajian yang rendah.Namun,dari segi sara hidup, boleh dikatakan agak tinggi.

2-Cuaca.

Walaupun nampak remeh,namun ramai pelajar yang gagal meneruskan pengajian disebabkan oleh faktor perubahan cuaca.Samada disebabkan penyakit seperti ”Asthma” atau mungkin juga disebabkan gagal menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk.Percaya atau tidak,cuaca yang sejuk bagaikan magnet yang membuatkan tidur lebih lena dan selimut menjadi teman sejati dan seterusnya kelas entah ke mana.Di Rusia,cuaca ketika musim sejuk boleh mencecah sehingga -40 degree celcius di bawah paras beku dan cuba bayangkan apabila anda berjalan di luar dalam suhu yang sedemikian.Bibir akan mula merekah,kaki dan cuping telinga akan mula berasa sakit dan sudah semestinya tempat yang paling selesa ialah di dalam selimut yang tebal di atas katil yang empuk.

bbq 2

3-Ketahanan mental dan fizikal.

Sesetengah pelajar boleh dikatakan terlalu emosional apabila berjauhan dari rumah dan orang-orang terdekat.Tatkala takbir dilaungkan (dari corong laptop) di pagi Aidilfitri,ramai yang tewas berendam dengan air mata.Mungkin bagi pelajar-pelajar lelaki perkara tersebut bukanlah satu masalah yang  besar, namun bagi “anak emak” perkara tersebut pasti mendatangkan masalah.Perkara tersebut adalah subjektif , dorongan keluarga dan kawan-kawan dengan mudah dapat mengatasi perkara tersebut.Salah satu faktor penting yang perlu dititik berat oleh ibubapa yang ingin menghantar anak-anak belajar di luar negara ialah dengan mengambilkira keinginan pelajar itu sendiri.Keluar dari zon yang selesa bukanlah semudah yang disangka dan faktor penentu kejayaan seseorang pelajar adalah keinginan serta keazaman pelajar itu sendiri.Paksaan kebiasaannya tidak akan membuahkan hasil yang baik.

4-Pandangan bekas-bekas pelajar atau yang telah tamat pengajian di universiti yang berkaitan.

Pandangan dan nasihat daripada bekas-bekas pelajar pastinya sangat membantu dalam banyak perkara.Contohnya, barang-barang yang perlu dibawa,cara belajar,nota-nota dan perkara-perkara yang mungkin perlu dielakkan ketika berada di negara pengajian.Adat serta cara hidup sudah pastinya berbeza dan sudah semestinya sedikit panduan akan banyak membantu.Sebagai contoh,di Rusia pensyarah-pensyarah lebih suka dipanggil dengan nama penuh mereka daripada dipanggil dengan gelaran ”doktor” atau ”professor”.

5-Tahap keselamatan dan kemudahan yang disediakan.

Pilihlah negara pengajian yang mempunyai tahap keselamatan yang baik samada dari segi kestabilan politik dan jenayah secara umumnya.Cuba elakkan daripada menyambung pengajian ke negara-negara yang bergolak dan mempunyai kadar jenayah yang tinggi.Kebanyakan universiti kebiasaannya menjaga keselamatan pelajar-pelajar mereka dengan baik dan mempunyai pasukan keselamatan mereka sendiri sebagai sokongan.

group o

Secara peribadi,saya sangat bertuah kerana diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan keluar dari zon selesa.Insyaallah saya dapat rasakan saya lebih berdikari,lebih berani dan  lebih pandai memasak daripada lelaki-lelaki yang belajar di Malaysia(he3).

18 thoughts on “Seronok Belajar Oversea ? Belajar Luar Negara Bagus Sangat ?

  1. wslm…saya pun bukanlah pelajar yang terbaik.Sekadar flow with the flow jer…tips yang paling penting ialah jangan berputus asa walaupun apa yang berlaku..kena sentiasa mencuba.Mungkin dah biasa dengar..tapi itulah hakikatnya..never give up.

  2. Salam saya nak sambung medic rusia rmsu sebagai langkah pertama saya perlu translate semua dokumen ke rusia. Masalah saya disitu.

  3. wslm…boleh rujuk russian embassy…tanya dekat kaunter bawah..ada sorang mak cik india

  4. sempat lagi tak nak all up dalam masa 2 bulan dan SPM bagi mereka yang tak score dan dia berubah saat akhir

  5. bagi saya,Insyaallah sempat jika bekerja keras…cuma subjek-subjek bahasa mungkin memerlukan masa yang lebih lama.Cubalah sedaya-upaya dan semoga anda berjaya.

  6. tak semua doktor belajar luar negara tak reti buat kerja,kebanyakan kawan-kawan saya yang grad dari luar negara hanya memerlukan masa sebulan bagi satu posting untuk menyesuaikan diri dengan sistem hospital di Malaysia.

  7. salam , boleh tk abg faizal cerita details sikit mcm mn life dekat Nizhny novgorod dgn moscow . Kalau ada pilihan , moscow ke nizhny novgorod yg menjadi pilihan (atau volgo kursk ) . Tempat mn yg lagi best (dah google image tp kalau ada gambar kawan2 yg pernah tinggal kat sana lg membantu ) & lg satu RSMU takda english medium ke?

  8. wslm,life di Nizhny boleh dikatakan biasa sahaja.Pengangkutan untuk ke kelas ialah bas kebiasaannya.Masjid ada,bahan mentah halal seperti ayam,daging sangat mudah didapati terutamanya di supermarket yang besar-besar.Jarak antara kelas dan tempat tinggal tidak menentu,ada yang sangat dekat dan ada yang jauh.Jika diberi pilihan mungkin saya akan cadangkan Nizhny kerana tidaklah terlalu kampung dan tidak jugak terlalu sibuk seperti bandaraya.Sesuai rasanya kalau untuk belajar jika dibandingkan universiti lain di Russia.Mungkin juga boleh consider volgograd.Moscow pula bandar,terpulanglah kepada tuan punya badan.Kelebihan berada di Moscow pula ialah kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik dan tak perlu travel untuk pulang ke Malaysia,boleh terus ambil flight di Moscow.Kalau Nizhny tau Volgo,perlu ambil flight ke Moscow dulu sebelum balik ke Malaysia.RSMU rasanya pada 3 tahun pertama guna English,then tahun seterusnya guna bahasa Russia.

  9. belajar di luar negara lebih senang berbanding dalam negara.Kalau dari segi praktikal lebih bagus dalam negara

  10. assalamualaikum. kalau saudara sudi, boleh tak kongsikan info yg lebih detail cara2 nak study abroad ni. saya sangat berminat nak tahu. tq..

  11. As Salam…. abg, kalau belajar kat negara yang bukan menggunakan bahasa inggeris, contoh korea, russia, china n lain… maksudnye sebelum fly ke negara tersebut kena belajar bercakap, menulis n membaca dalam bahasa negara tu ke?? n kalau ya, bila kita akan belajar bahasa tu? sebelum fly ke? sori konfius ckit..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s