Tamatnya pengajian , akhirnya bergelar seorang doktor

Alhamdulillah,segala syukur dan puji kepada Allah yang banyak memberi nikmat dan tersangat pemurah dalam merahmati hambamu yang hina ini.Setelah berhempas-pulas selama 6 tahun lebih,akhirnya berjaya juga saya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.Bidang yang penuh pancaroba,penuh ranjau berduri.Tanpa rahmat dan pertolongan yang Maha Esa,sudah semestinya kejayaan sukar untuk digapai.

Alhamdulillah.

21361_10200880332064439_1624298008_n

Tamat pengajian satu hal,yang lebih membanggakan adalah tamat pengajian di Russia.Kenapa berkata begitu? Adakah susah belajar di Russia?

Jika hendak dikatakan susah,tidak sama sekali.’Belajar’ di Russia boleh dikatakan mudah.Namun, yang sangat susah ialah kehidupan di Russia.Tempat tinggal dan tempat belajar yang berjauhan di antara satu sama lain,cuaca teruk yang pastinya akan membuatkan anda berasa takut pada salji dan mungkin juga sikap bengis orang-orang Russia itu sendiri.

Sudah menjadi kebiasaan,pelajar-pelajar akan menggunakan pengangkutan awam samada bas,van atau trem untuk ke tempat pengajian.Sistem pengajian yang tidak berpusat pastinya mempunyai kelebihan dan juga keburukannya yang tersendiri.Setiap matapelajaran akan diajar di hospital yang berbeza dan jarak setiap hospital bukanlah dekat.Namun,hari demi hari,perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan dan bukanlah satu masalah lagi.

Antara pengalaman manis yang sukar dilupakan ialah persahabatan dengan pelajar-pelajar dari negara-negara di benua Afrika terutamanya Kenya.Secara kebetulan,kebanyakan mereka beragama Islam dan ditaja oleh seorang billionaire.Biasiswa penuh tanpa bayaran balik dan tidak perlu berkhidmat kepada kerajaan mahupun apa-apa ikatan sekalipun.Kebebasan yang sepenuhnya.Sikap dan cara pergaulan mereka jauh berbeza dengan budaya orang Melayu.Terlebih peramah,namun kebanyakan dari mereka hanya bermulut manis dan jarang menepati janji.Perkara tersebut membuatkan kebanyakan pelajar Malaysia kurang senang untuk berurusan dengan mereka.

Pengajian pun sudah tamat,surat lantikan ke jawatan Pegawai Perubatan UD 41 pun sudah diterima.Insyaallah dalam masa terdekat saya akan memulakan khidmat sebagai seorang doktor.Semoga semuanya dipermudahkan.

20130903_135826

Terima kasih Allah.Terima kasih juga kepada ibu bapa yang cekal mendoakan.

14 thoughts on “Tamatnya pengajian , akhirnya bergelar seorang doktor

  1. Assalamualaikum doktor,
    saya ingin bertanyakan soalan mengenai kos pengajian perubatan di Russia.
    Ibu saya tidak ingin mengambil pinjaman dan ingin menangung kos pengajian perubatan saya sendiri .
    jadi saya ingin mengetahui keseluruhan anggaran kos pengajian perubatan di Russia selama 6 tahun .
    -kos belajar (pengajian)
    -kos sara hidup termasuk tempat tinggal
    -kos bulanan

    Adakah kos pengajiannya lebih murah dari Jordan?

    Saya berharap doktor dapat menjawab soalan saya ini .
    sekian terima kasih

  2. Asalamualaikum..saya pun seorang hamba Allah yang berminat untuk menceburi bidang kedoktoran.Maklumlah umat Islam zaman sekarang kekurangan tabib yakni doktor. Cuma, boleh saya tanya,masa praktikal ada x uji keberanian?mcm pergi bilik mayat sorg2? Bukan apa,kalau pasal mau jadi doktor ni memang saya bersemangat. Memang minat gila2. Cuma satu saja benda yg selalu menghilangkan semangat dan mood saya secara tiba2.. Jeng,jeng,jeng, pasal MAKHLUK HALUS! Saya selalu ada terbaca blog orang, ada certain2 masukkan cerita seram yang betul2 terjadi masa diorg buat praktikal.Saya ni kadang2 penakut. So,macam mana cara nak mengatasi rasa takut yang x sewajarnya itu dari menghalang saya mencapai impian saya? Apa pendapat awak?

  3. kalau perihal makhluk halus tu saya xpasti la nak komen macam mana…tapi kalau mengikut pengalaman sendiri,saya belum pernah lagi mengalami gangguan yang sedemikian.Kita kan orang Islam,kalau niat betul Insyaallah tiada masalah.
    Mengenai kos pengajian saya rasa boleh menghubungi Russian Resources…mereka yang menguruskan pelajar2 yang datang belajar ke Rusia.Boleh google cari kontek mereka.

  4. Assalamualaikum doktor Faizal, saya nak tanya kos sara hidop di Russia especially Nizhny agak2 dalam sebulan berapa ya? Mahal sangat ke?

  5. wslm….kos sara hidup tidaklah terlalu tinggi.Semua bergantung kepada individu,samada boros atau tidak.Bagi saya RM700 sudah mencukupi sebulan.

  6. Assalamualaikum doktor, sy berminat ingin melanjutkan pelajaran ke nizhny. tapi sy tiada keberanian dan pointer sy xlah bgus sngat. sy perlukan sokong. dan bagaimana suasana khidupan di sana?
    adakah memerlukan kos hidup yg bnyak? mhon sngat2 doktor bg cadangan. .

  7. assalamualaikum doctor. .sy pelajar lepasan asasi sains. .sy berminat hndak melanjutkan pelajaran kat rusia. .tp cgpa sy sngat rendah. .xsampai 3.00 . .sy takut sy xdapat angkat subjek kat sana. .sy juga berasal dari keluarga yg sedrhana. .sy bole tak buat pinjaman ? . .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s