Minat nak jadi doktor ?

Beberapa hari yang lepas keputusan SPM telah diumumkan, ada yang bergembira dengan keputusan yang cemerlang dan ada yang berduka dengan keputusan yang kurang baik.Namun,ketahuilah keputusan yang baik atau teruk bukanlah penentu mutlak kejayaan anda.Bagi yang memperolehi keputusan yang baik sudah semestinya anda selangkah lebih ke hadapan dalam mengecapi kejayaan, itu tidak boleh dinafikan.Bagi yang memperolehi keputusan yang kurang baik,anda masih mempunyai masa untuk memperbaiki keputusan anda dengan pelbagai cara.Pokok pangkalnya…janganlah sekali-kali berputus asa dan berterusan bersedih.

Bagi yang berminat untuk menjadi seorang doktor,pastikan bahawa anda betul-betul berminat.Yer….yang paling utama adalah MINAT selain keputusan akademik yang baik.

2 faktor utama yang tidak dapat dipisahkan bagi menjadi seorang pelajar perubatan yang berjaya adalah:

1-Keputusan akademik yang cemerlang.

2-Minat.

2 perkara tersebut sama sekali tidak dapat dipisahkan.Secara umumnya,saya boleh rumuskan bahawa untuk lulus semua ujian ketika menuntut sebagai pelajar perubatan adalah susah,namun tidak mustahil sama sekali.Gagal satu ujian tidak bermakna anda akan terus gagal,yang penting  adalah tidak berputus asa walaupun apa yang berlaku.

Samada belajar dalam negara atau memilih untuk belajar di luar negara,kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan.Sebagai contoh jika belajar di dalam negara,dari segi praktikal nya adalah lebih baik kerana sudah terbiasa dengan keadaan hospital-hospital di Malaysia dan sebagainya.Sebaliknya jika belajar di luar negara,keadaan hospital adalah berbeza,namun pengalaman hidup yang bakal diperolehi pastinya sangat berharga.Pilihan di tangan tuan punya diri,tiada kayu ukur yang jelas bagi menilai yang mana lebih baik.

Berkaitan biasiswa atau pinjaman pelajaran…JPA,MARA dan beberapa yayasan negeri dan zakat ada menyediakan kemudahan tersebut.Pastinya saingan juga sengit dalam mendapatkan biasiswa atau pinjaman tersebut tetapi yang layak pasti tetap akan layak.Jangan sempitkan pilihan,cuba memohon sebanyak yang mungkin dan pilihlah yang terbaik.

Continue reading

Advertisements

Berubat,terubat,mengubat

Dalam bidang perubatan,tidak kiralah samada perubatan moden(doktor),perubatan Islam(ustaz) atau perubatan tradisional(tok bomoh),semua pesakit perlulah mengetahui dan yakin bahawa yang menyembuhkan bukanlah doktor,ustaz atau tok bomoh tersebut.Sembuhnya segala jenis penyakit adalah dengan kurnia dan kehendak Allah,jadi…berdoalah dan bersyukurlah.

Kalau penyakit-penyakit seperti kencing ¬†manis,darah tinggi,jantung atau kanser…rasanya berjumpa dengan doktor adalah langkah yang paling tepat.Kenapa?Sebabnya penyakit-penyakit yang sedemikian telah dikaji dengan sangat mendalam dan rawatan yang terbaru nampaknya memberi kesan yang maksimum …Insyaallah akan dapat dikawal walaupun tidak sembuh sepenuhnya.

Bagi sakit-sakit yang melibatkan unsur-unsur ghaib,rasanya cara yang terbaik adalah berjumpa dengan ustaz-ustaz.Pilihlah ustaz yang tidak ada kesangsian pada amalan pengubatannya.Perlu diingat,kadang-kadang perubatan alternatif adalah lebih mahal dari perubatan moden.

12122009(003)

Bagi bomoh tradisional pula,saya tidak menyukai dan menyarankan untuk berjumpa mereka.Bacaan mantera dan sebagainya adalah syirik.

Continue reading

Final Year Final Sem

Akhirnya sudah bermula sem terakhir bagi pembelajaran 6 tahun di Rusia ni dan Insyaallah dalam bulan Julai ni akan habis belajar.Boleh balik Malaysia dengan hati yang tenang Insyaallah,semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

dsc02606

Balik ni dah ada baby yang menunggu,kalau diikutkan kiraan umur,mungkin bulan Julai nanti dah dalam 3 bulan lebih umurnya.

Beberapa bulan lepas,pelajar-pelajar dekat sini dikejutkan dengan kematian dua orang pelajar yang menaiki van atau dekat sini student dan orang2 Rusia panggil ”mashrut”.Mashrut ni size dia macam Toyota Unser,Alphard lebih kurang macam tu.Kalau yang baru memang selesa lah tapi kalau yang buruk memang menyeksakan.Jarak dari Moscow ke Nizhny Novgorod tu bukan dekat…lebih dari 400km juga .Memang ajal diorang ,ape lagi nak dikatakan…kelalaian driver yang dikatakan tertidur menyebabkan kemalangan tersebut terjadi.Ini adalah kemalangan maut pertama yang melibatkan pelajar di Rusia.Tentang ulasan-ulasan dari ”pegawai2′ tentang kenapa student pilih naik mashrut,kenapa tak naik flight dan bermacam2 lagi tu rasanya tak payah ambil peduli sangatlah.Jelas mereka tak tahu tentang situasi pelajar.Mereka golongan2 VIP yang mempunyai pelbagai kemudahan yang percuma dan mereka hanya ada kat Rusia ni untuk beberapa tahun sebelum ditukarkan.So,bila mereka2 ni mengeluarkan kenyataan,jelas nampak ketidakcerdikan mereka ni,membuatkan orang2 yang dah lama belajar kat Rusia ni tersenyum sahaja.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120903/dn_34/Dua-pelajar-Malaysia-maut-lima-cedera-dalam-nahas-di-Rusia

Continue reading

Tahun 6 Dalam Bidang Perubatan ….. tak sabar nak kerja

Pejam celik pejam celik akhirnya sekarang dah masuk final year of my student life dan Insyaallah akan tamat lah pengajianku di Nizhny Novgorod State Medical Academy.To tell the truth…6 tahun tu terasa sangat cepat dan masih terbayang kali pertama menjejakkan kaki di bumi bekas Soviet ni.

Lama tak menulis blog dan lama juga tidak menjenguk blog, tapi nampaknya agak ramai yang minat untuk mengetahui tentang kehidupan seorang pelajar perubatan dan seterusnya kehidupan seorang doktor.Rasanya,saya akan menulis kembali,walaupun mungkin hanya beberapa patah perkataan…mungkin bermanfaat untuk orang-orang yang berminat untuk menjadi seorang doktor.

Continue reading