Seronok Belajar Oversea ? Belajar Luar Negara Bagus Sangat ?

Perubatan ? Kejuruteraan ? Akauntan ? Farmasi ? dan banyak lagi bidang boleh diceburi bagi yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan seterusnya.

Persoalan yang mungkin timbul ialah isu pemilihan universiti dan seterusnya samada universiti dalam atau luar negara.Apabila melibatkan isu pemilihan universiti luar  negara , ada baiknya jika pelajar-pelajar membuat sedikit kajian dan seterusnya membuat keputusan yang terbaik.

Antara perkara yang  perlu difikirkan ialah:

1-Kursus pengajian .

Setiap negara mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dalam kursus-kursus pengajian yang ditawarkan.Sebagai contoh, Rusia banyak menawarkan kursus perubatan dan sebahagian kecil pelajar memilih kursus kejuruteraan.Dari segi yuran  pengajian,saya difahamkan bahawa Rusia adalah negara yang tergolong dalam negara yang menawarkan yuran pengajian yang rendah.Namun,dari segi sara hidup, boleh dikatakan agak tinggi.

2-Cuaca.

Walaupun nampak remeh,namun ramai pelajar yang gagal meneruskan pengajian disebabkan oleh faktor perubahan cuaca.Samada disebabkan penyakit seperti ”Asthma” atau mungkin juga disebabkan gagal menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk.Percaya atau tidak,cuaca yang sejuk bagaikan magnet yang membuatkan tidur lebih lena dan selimut menjadi teman sejati dan seterusnya kelas entah ke mana.Di Rusia,cuaca ketika musim sejuk boleh mencecah sehingga -40 degree celcius di bawah paras beku dan cuba bayangkan apabila anda berjalan di luar dalam suhu yang sedemikian.Bibir akan mula merekah,kaki dan cuping telinga akan mula berasa sakit dan sudah semestinya tempat yang paling selesa ialah di dalam selimut yang tebal di atas katil yang empuk.

bbq 2

3-Ketahanan mental dan fizikal.

Sesetengah pelajar boleh dikatakan terlalu emosional apabila berjauhan dari rumah dan orang-orang terdekat.Tatkala takbir dilaungkan (dari corong laptop) di pagi Aidilfitri,ramai yang tewas berendam dengan air mata.Mungkin bagi pelajar-pelajar lelaki perkara tersebut bukanlah satu masalah yang  besar, namun bagi “anak emak” perkara tersebut pasti mendatangkan masalah.Perkara tersebut adalah subjektif , dorongan keluarga dan kawan-kawan dengan mudah dapat mengatasi perkara tersebut.Salah satu faktor penting yang perlu dititik berat oleh ibubapa yang ingin menghantar anak-anak belajar di luar negara ialah dengan mengambilkira keinginan pelajar itu sendiri.Keluar dari zon yang selesa bukanlah semudah yang disangka dan faktor penentu kejayaan seseorang pelajar adalah keinginan serta keazaman pelajar itu sendiri.Paksaan kebiasaannya tidak akan membuahkan hasil yang baik.

Continue reading

Advertisements

Bidang Perubatan : Pandangan Seorang Pelajar Tahun Akhir

Tulisan saya kali ini adalah sebagai kesinambungan bagi post yang terdahulu,mungkin agak lama tetapi dari feedback2 yang saya perolehi,ramai yang berminat untuk mengetahui tentang pengalaman belajar dalam bidang perubatan ni.

Berikut adalah post saya yang terdahulu:
https://faizalnorhalim.wordpress.com/2012/04/12/bidang-perubatanpandangan-seorang-pelajar-perubatan-tahun-5-di-nizhny-novgorod-state-medical-academyrussia/

Dalam post terdahulu saya menulis bahawa belajar dalam bidang perubatan ini adalah susah.Susah tapi bukanlah masalah bagi yang betul2 berminat dan sanggup berusaha keras.Antara kualiti yang perlu ada adalah minat,semangat yang kuat dan tidak mudah berputus asa.Kebiasaannya bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam SPM,dari segi akademik nya anda adalah layak.Namun,persoalan yang mungkin timbul adalah adakah anda mempunyai minat?JIika berminat,persoalan yang seterusnya ialah adakah anda sanggup berusaha keras?

Continue reading

Berubat,terubat,mengubat

Dalam bidang perubatan,tidak kiralah samada perubatan moden(doktor),perubatan Islam(ustaz) atau perubatan tradisional(tok bomoh),semua pesakit perlulah mengetahui dan yakin bahawa yang menyembuhkan bukanlah doktor,ustaz atau tok bomoh tersebut.Sembuhnya segala jenis penyakit adalah dengan kurnia dan kehendak Allah,jadi…berdoalah dan bersyukurlah.

Kalau penyakit-penyakit seperti kencing  manis,darah tinggi,jantung atau kanser…rasanya berjumpa dengan doktor adalah langkah yang paling tepat.Kenapa?Sebabnya penyakit-penyakit yang sedemikian telah dikaji dengan sangat mendalam dan rawatan yang terbaru nampaknya memberi kesan yang maksimum …Insyaallah akan dapat dikawal walaupun tidak sembuh sepenuhnya.

Bagi sakit-sakit yang melibatkan unsur-unsur ghaib,rasanya cara yang terbaik adalah berjumpa dengan ustaz-ustaz.Pilihlah ustaz yang tidak ada kesangsian pada amalan pengubatannya.Perlu diingat,kadang-kadang perubatan alternatif adalah lebih mahal dari perubatan moden.

12122009(003)

Bagi bomoh tradisional pula,saya tidak menyukai dan menyarankan untuk berjumpa mereka.Bacaan mantera dan sebagainya adalah syirik.

Continue reading