Berubat,terubat,mengubat

Dalam bidang perubatan,tidak kiralah samada perubatan moden(doktor),perubatan Islam(ustaz) atau perubatan tradisional(tok bomoh),semua pesakit perlulah mengetahui dan yakin bahawa yang menyembuhkan bukanlah doktor,ustaz atau tok bomoh tersebut.Sembuhnya segala jenis penyakit adalah dengan kurnia dan kehendak Allah,jadi…berdoalah dan bersyukurlah.

Kalau penyakit-penyakit seperti kencing ┬ámanis,darah tinggi,jantung atau kanser…rasanya berjumpa dengan doktor adalah langkah yang paling tepat.Kenapa?Sebabnya penyakit-penyakit yang sedemikian telah dikaji dengan sangat mendalam dan rawatan yang terbaru nampaknya memberi kesan yang maksimum …Insyaallah akan dapat dikawal walaupun tidak sembuh sepenuhnya.

Bagi sakit-sakit yang melibatkan unsur-unsur ghaib,rasanya cara yang terbaik adalah berjumpa dengan ustaz-ustaz.Pilihlah ustaz yang tidak ada kesangsian pada amalan pengubatannya.Perlu diingat,kadang-kadang perubatan alternatif adalah lebih mahal dari perubatan moden.

12122009(003)

Bagi bomoh tradisional pula,saya tidak menyukai dan menyarankan untuk berjumpa mereka.Bacaan mantera dan sebagainya adalah syirik.

Continue reading

Advertisements