Ramadhan al-Mubarak

Selamat Menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan bagi semua umat Islam.Sama-samalah kita memanfaatkan bulan ini sepenuhnya dengan melipatgandakan lagi amalan kita.

Sama-samalah kita bersyukur kerana dengan limpah dan nikmatnya dapat kita menjalani ibadah puasa sekali lagi.Kesempatan yang amatlah berharga bagi orang-orang yang betul-betul memahami nilai Ramadhan itu sendiri.

Lipat gandakan amalan semoga kita mendapat rahmat dari-NYA.

Advertisements

Nizhny Novgorod State Medical Academy

Nizhny Novgorod State Medical Academy merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang perubatan yang terdapat di Russia.

Terletak di Nizhny Novgorod,beberapa ratus KM dari Moscow,lebih kurang satu jam perjalanan dengan jalan udara atau 5@6 jam dengan kereta bergantung kepada keadaan.

Setelah hampir 5 tahun berada di Academy ni,apa yang boleh disimpulkan tentang pengajian disini ialah jika anda bercita-cita untuk datang ke sini,lupakanlah.

Diulangi sekali lagi,jika anda bercita-cita untuk menyambung pelajaran di sini,LUPAKANLAH!!

Sebabnya mudah sahaja,banyak lagi tempat lain yang lebih bagus.Namun,anda mungkin boleh datang belajar di sini jika sudah berada di tahap ‘terpaksa’ atau ‘terdesak’.Pendek kata,kalau dah tempat lain tak nak terima,datanglah ke sini.Kalau tempat lain pun menawarkan peluang pengajian yang sama,pertimbangkanlah untuk ke tempat lain atau mungkin anda akan berasa menyesal apabila telah sampai dan belajar di sini.

Kenapa saya berkata demikian?Mungkin berdasarkan pengalaman peribadi dan pandangan peribadi semata-mata.Setiap orang mungkin mempunyai pandangan yang berbeza tapi saya yakin pasti ramai pelajar di sini yang bersetuju dengan pandangan saya.

Kenapa?Jawapan yang tepat hanya ada pada orang yang telah melalui pengalaman belajar di sini,mungkin pada orang yang berurusan dengan ‘orang-orang Russia’ di sini.Kadang-kadang terlintas di fikiran.Orang Russia ni ‘orang’ ker???

Semua Pasti Melalui Kematian

Kematian merupakan satu kemestian,satu perkara yang wajib bagi hidupan yang bernyawa.Hakikat yang semestinya diterima dan diakui oleh semu orang tak kira bangsa atau agama.

Bagi orang-orang kebanyakan macam aku ni,mungkin cita-cita menggunung,nak buat tu nak buat ni bilamana jasad masih bernyawa ni.Bagi sesetengah orang,kematian mungkin jugak merupakan satu detik yang ditunggu-tunggu.

Mempercayai bahawa kehidupan selepas kematian merupakan kehidupan yang kekal abadi.Hidup selesa penuh rahmat dan kenikmatan bagi manusia-manusia yang menerima buku amalan mereka melalui tangan kanan dan hidup merana penuh duka,seksa,dipenuhi palitan nista bagi mereka yang menerima catatan amalan mereka melalui tangan kiri.

Hidup duniawi,yeah…penuh onak berduri.Ranjau,mungkin jugak kadang-kadang lautan berapi perlu kita rentasi.Sering aku bertanya,apakah kesudahan diri yang penuh dosa bila ajal datang menjemput.Tatkala malaikat maut merentap nyawa aku ni.Adakah dengan penuh kelembutan atau keras kejam yang pastinya gagal digambarkan.

Dua kali ‘menghampiri’ maut,sedikit sebanyak mengajar diri yang pada aku,masih belum insaf sepenuhnya¬† daripada melakukan pelbagai dosa.

Kelantan Darul Naim tempat bermastautin,katanya negeri serambi mekah.Erm…..yerlah sangat tu…

Tak kira dimana kita berada,yang penting bagaimana kita mempersiapkan diri,memperbaiki dan memulihara hati dari segala godaan syaitan laknatullah yang saban hari berusaha keras memesongkan jiwa raga manusia.

Ingatlah wahai diri,mati adalah pasti.Esok ker lusa tiada siapa yang tahu.Yang pasti,bekalan untuk mati perlu disiapkan,sikit atau banyak terpulang.

Sedikit sebanyak bukalah mata hati,tak lain tidak bukan hanyalah untuk mengenal Ilahi.

Bak kata seorang bekas Imam kampung aku,katanya tak apelah Galas dan Batu Sapi PAS kalah sebabnya nanti Pasir Mas pula ada pilihan raya.Tercengang beberapa hamba Allah,erm…..bila masa pula Pasir Mas nak PRK?Jawab si bekas Imam ni,yerlah tak lama lagi Ibrahim Ali kan pula nak mati.Bagus betul si bekas Imam ni kan,bila parti yang disokong kalah,sibuk pula mencari alasan.Kematian orang pula¬† diminta-minta.

Muhasabahla diri,kemusnahan orang janganlah kita doakan.Yang terbaik bagi semua sama-samalah kita doakan.Muhasabahla hati,bersihkan jiwa…..mati mati mati…..Persiapkanlah diri.

Kita Merancang Allah Menentukan

Agak lama tidak update blog,mungkin malas atau mungkin juga ketiadaan idea.Selepas aku dibedah pada 1/5/2010 yang lepas,sehingga hari ini masih lagi bercuti di Malaysia.Insyaallah pada 15/2/2011 ini aku akan berangkat balik ke Rusia bagi menyambung pengajian yang tertangguh.

Pada asalnya,tarikh tamat pengajian ialah pada 2012,namun kita hanya merancang,yang menentukan segalanya tetaplah Yang Satu.

Redha dan pasrah,itu sajalah yang boleh aku lakukan.Sakit ni bukan benda yang kita minta.Sakit datang tidak diundang dan susahnya pergi walaupun kita menghalau.Selepas beberapa aku tertonggeng tertiarap,meja bedah juga penyelesaiannya dengan izin Allah Taala.

3 hari dalam ICU dan seterusnya +- 2 minggu dalam wad,berehat dalam +- seminggu dekat bilik lepastu terus terbang pulang ke Malaysia.

Natijahnya,beberapa xm tertangguh,beberapa cycle terlepas dan kemuncaknya membawa kepada penangguhan pengajian selama setahun.

Yang pasti dan yang paling aku yakini,setiap benda yang berlaku ada hikmahnya.Di mana dan apa,sehingga sekarang aku masih belum temui.

Mungkin tahap kesabaran telah sedikit meningkat,mungkin juga sekarang aku lebih menghargai waktu2 sihat.

Jelas terpapar siapakah kawan ketika susah.Yang lain…yeah….kawan juga,kawan apabila tiada benda2 yang menyusahkan berlaku.

Hari ini 4/11/2010,bersamaan dengan hari PRK di Galas dan Batu Sapi,semoga yang layak menang akan menang.

 

 

Bersatulah Melayu,tgk namewee rilek jer buat semua benda…

Bila tengok si Namewee tu rilek jer duk buat macam2 video hina orang melayu,aku terfikir,berani nya cina ni.Bila amati betul2,memanglah dia berani sebab diorang ni bersatu,bunyi jer nak kena tangkap siket ker ape,dah tersedia dah segala peguam untuk membela.

Kalau yang nak kena tangkap tu Melayu?…jangan harapla ada orang nak terus sediakan peguam ker apa2…meringkuk la dulu dalam lokap…bila haritu ada blogger2 melayu kena tangkap..siap bergari lagi….mak aiii….besar betul penangan ‘Ah’ ni yer…semua melayu tukarlah nama,letak ‘Ah’ kat depan,Ah Man,Ah San,Ah Long dan berbagai2 Ah lagi.Nanti buat apa2 ada orang bela.

Sekadar nak menyalahkan orang tak guna juga kan.Seelok-eloknya orang-orang Melayu ni bersatulah,kalaulah Melayu ni bersatu dan mencapai gagasan 1Melayu,nak memimpin dunia pun boleh punya.Kalau macam sekarang ni,tak tahulah berapa puluh pecahan melayu yang ada.Capai dulu 1Melayu,lepastu baru fikir macamana nak capai 1Malaysia.

Kalau tercapailah cita-cita nak jadikan Malaysia ni negara 1Malaysia,maka akan jadi sangat hebatlah Malaysia ni.Memang elok sangatlah kalau semua bangsa bersatu padu sebabnya setiap bangsa ada kelebihan masing-masing.

Janganlah jadikan moto hidup anda ”Racist diutamakan Melayu dipinggirkan”.

Namewee lagi…

Hangat kembalilah nama seorang rakyat Malaysia yang menggunakan nama ”Namewee” ni….mencarut2 di Youtube…Sebagai salah seorang warga melayu Islam yang memegang kerakyatan Malaysia,sedikit sebanyak agak berdukacita jugalah dengan tindakan dia ni.

Tak serik2 lagiker?Kenapalah suka sangat bikin isu jadi panas.Aku yang Melayu ni pun fikir banyak kali kalau nak cakap apa2 yang menyentuh isu2 perkauman ni.Ini negara Malaysia,Melayu India Cina dan Lain2 duduk sekali,makan sekali,belajar sekali,kerja pun sekali.

Dah elok-elok berbaik2 buat apalah nak gaduhkan.

Sampai puasa orang Islam pun nak dipermainkan,ini dah melampau!Memanglah bukan semua orang kena puasa,cina ker india ker tak payahlah puasa bulan Ramadan ni tapi semua Melayu Islam yang cukup syaratnya Wajib berpuasa…

Harap2nya…si ”Namewee” ni dikenakan tindakan yang sewajarnya jika benar2 didapati bersalah.

Belajarlah berbaik2 dengan semua orang yer…….jangan nak maki hamun mencarut2 jer reti…