Berubat,terubat,mengubat

Dalam bidang perubatan,tidak kiralah samada perubatan moden(doktor),perubatan Islam(ustaz) atau perubatan tradisional(tok bomoh),semua pesakit perlulah mengetahui dan yakin bahawa yang menyembuhkan bukanlah doktor,ustaz atau tok bomoh tersebut.Sembuhnya segala jenis penyakit adalah dengan kurnia dan kehendak Allah,jadi…berdoalah dan bersyukurlah.

Kalau penyakit-penyakit seperti kencing  manis,darah tinggi,jantung atau kanser…rasanya berjumpa dengan doktor adalah langkah yang paling tepat.Kenapa?Sebabnya penyakit-penyakit yang sedemikian telah dikaji dengan sangat mendalam dan rawatan yang terbaru nampaknya memberi kesan yang maksimum …Insyaallah akan dapat dikawal walaupun tidak sembuh sepenuhnya.

Bagi sakit-sakit yang melibatkan unsur-unsur ghaib,rasanya cara yang terbaik adalah berjumpa dengan ustaz-ustaz.Pilihlah ustaz yang tidak ada kesangsian pada amalan pengubatannya.Perlu diingat,kadang-kadang perubatan alternatif adalah lebih mahal dari perubatan moden.

12122009(003)

Bagi bomoh tradisional pula,saya tidak menyukai dan menyarankan untuk berjumpa mereka.Bacaan mantera dan sebagainya adalah syirik.

Selama lebih kurang 6 tahun di Rusia,pernah beberapa pesakit meminta saya menjampi mereka.Katanya mereka pernah melihat tentang perubatan-perubatan alternatif di Asia Tenggara melalui dokumentari di televisyen.Biasalah,orang sakit akan mencari pelbagai cara untuk sembuh,so…mungkin menjadi peranan keluarga untuk mengawal apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

Menjadi pelajar perubatan ni,lebih kepada kesabaran,usaha keras dan tidak berputus asa.Kalau nak bergantung kepada akal yang cerdik semata-mata rasanya tidak akan kemana.Belajar perubatan dan seterusnya menjadi doktor adalah bagi orang-orang yang cekal,tidak berputus asa,bekerja keras dan ikhlas.Otak yang genius,cepat pick up dan sebagainya hanyalah aksesori yang boleh mempermudahkan anda memahami dan seterusnya membantu dalam kerjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s