Final Year Final Sem

Akhirnya sudah bermula sem terakhir bagi pembelajaran 6 tahun di Rusia ni dan Insyaallah dalam bulan Julai ni akan habis belajar.Boleh balik Malaysia dengan hati yang tenang Insyaallah,semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

dsc02606

Balik ni dah ada baby yang menunggu,kalau diikutkan kiraan umur,mungkin bulan Julai nanti dah dalam 3 bulan lebih umurnya.

Beberapa bulan lepas,pelajar-pelajar dekat sini dikejutkan dengan kematian dua orang pelajar yang menaiki van atau dekat sini student dan orang2 Rusia panggil ”mashrut”.Mashrut ni size dia macam Toyota Unser,Alphard lebih kurang macam tu.Kalau yang baru memang selesa lah tapi kalau yang buruk memang menyeksakan.Jarak dari Moscow ke Nizhny Novgorod tu bukan dekat…lebih dari 400km juga .Memang ajal diorang ,ape lagi nak dikatakan…kelalaian driver yang dikatakan tertidur menyebabkan kemalangan tersebut terjadi.Ini adalah kemalangan maut pertama yang melibatkan pelajar di Rusia.Tentang ulasan-ulasan dari ”pegawai2′ tentang kenapa student pilih naik mashrut,kenapa tak naik flight dan bermacam2 lagi tu rasanya tak payah ambil peduli sangatlah.Jelas mereka tak tahu tentang situasi pelajar.Mereka golongan2 VIP yang mempunyai pelbagai kemudahan yang percuma dan mereka hanya ada kat Rusia ni untuk beberapa tahun sebelum ditukarkan.So,bila mereka2 ni mengeluarkan kenyataan,jelas nampak ketidakcerdikan mereka ni,membuatkan orang2 yang dah lama belajar kat Rusia ni tersenyum sahaja.
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120903/dn_34/Dua-pelajar-Malaysia-maut-lima-cedera-dalam-nahas-di-Rusia

Sekarang ni,yang cedera pun nampaknya dah makin sehat,kuat semangat pelajar-pelajar perempuan ni.Hopefully selepas ni tak delah benda2 macam ni berlaku lagi.Untuk jalan paling selamat ialah tempah kenderaan yang baru daripada syarikat2 tertentu dan bukannya kepunyaan individu.

Belajar dekat luar negara ni,macam2 boleh berlaku dan banyak kena berdikari.So,sebelum datang belajar tu ambillah sedikit masa untuk memikirkan kebaikan dan keburukannya.Jangan terlalu gopoh dalam menerima tawaran dan akhirnya menyesal apabila sesuatu yang kurang anda senangi berlaku.Saya tidaklah melarang bahkan menggalakkan pelajar untuk belajar di luar negara,tetapi ambillah sedikit masa untuk berfikir sebelum membuat sebarang keputusan.

meteor

Yang terbaru pula,meteor dikatakan terhempas di kawasan Ural.Actually,kat tempat belajar sini memang tiada apa2 kesan pun.Rusia ni terlalu luas.

http:kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Kesimpulannya,ajal maut di tangan Allah.Kita sebagai manusia ni hanya menggunakan akal dalam membuat keputasan yang dirasakan terbaik,banyakkan berdoa dan bertawakallah.Insyaallah selamat di mana pun anda berada.

4 thoughts on “Final Year Final Sem

  1. nak kata terlalu susah tu tak jugalah…lebih kepada rajin n usaha keras…tak boleh mengharapkan otak yang cerdik semata2

  2. Betul ker ada org cakap kerja doktor nie takboleh ada sosial life….? saya baru jer nak bercita2 nak jadi doktor… (Spm candidates 2013)

  3. tak lah…mengarut jer tuh…mungkin time housemanship bz la..lepas2 tu makin ok je…yang jenis xde life tu memang pilihan diorang utk jadi camtu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s