Semua Pasti Melalui Kematian

Kematian merupakan satu kemestian,satu perkara yang wajib bagi hidupan yang bernyawa.Hakikat yang semestinya diterima dan diakui oleh semu orang tak kira bangsa atau agama.

Bagi orang-orang kebanyakan macam aku ni,mungkin cita-cita menggunung,nak buat tu nak buat ni bilamana jasad masih bernyawa ni.Bagi sesetengah orang,kematian mungkin jugak merupakan satu detik yang ditunggu-tunggu.

Mempercayai bahawa kehidupan selepas kematian merupakan kehidupan yang kekal abadi.Hidup selesa penuh rahmat dan kenikmatan bagi manusia-manusia yang menerima buku amalan mereka melalui tangan kanan dan hidup merana penuh duka,seksa,dipenuhi palitan nista bagi mereka yang menerima catatan amalan mereka melalui tangan kiri.

Hidup duniawi,yeah…penuh onak berduri.Ranjau,mungkin jugak kadang-kadang lautan berapi perlu kita rentasi.Sering aku bertanya,apakah kesudahan diri yang penuh dosa bila ajal datang menjemput.Tatkala malaikat maut merentap nyawa aku ni.Adakah dengan penuh kelembutan atau keras kejam yang pastinya gagal digambarkan.

Dua kali ‘menghampiri’ maut,sedikit sebanyak mengajar diri yang pada aku,masih belum insaf sepenuhnya  daripada melakukan pelbagai dosa.

Kelantan Darul Naim tempat bermastautin,katanya negeri serambi mekah.Erm…..yerlah sangat tu…

Tak kira dimana kita berada,yang penting bagaimana kita mempersiapkan diri,memperbaiki dan memulihara hati dari segala godaan syaitan laknatullah yang saban hari berusaha keras memesongkan jiwa raga manusia.

Ingatlah wahai diri,mati adalah pasti.Esok ker lusa tiada siapa yang tahu.Yang pasti,bekalan untuk mati perlu disiapkan,sikit atau banyak terpulang.

Sedikit sebanyak bukalah mata hati,tak lain tidak bukan hanyalah untuk mengenal Ilahi.

Bak kata seorang bekas Imam kampung aku,katanya tak apelah Galas dan Batu Sapi PAS kalah sebabnya nanti Pasir Mas pula ada pilihan raya.Tercengang beberapa hamba Allah,erm…..bila masa pula Pasir Mas nak PRK?Jawab si bekas Imam ni,yerlah tak lama lagi Ibrahim Ali kan pula nak mati.Bagus betul si bekas Imam ni kan,bila parti yang disokong kalah,sibuk pula mencari alasan.Kematian orang pula  diminta-minta.

Muhasabahla diri,kemusnahan orang janganlah kita doakan.Yang terbaik bagi semua sama-samalah kita doakan.Muhasabahla hati,bersihkan jiwa…..mati mati mati…..Persiapkanlah diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s