”Musor”

Penyokong politik bersih

Aku bukanlah nama-nama besar yang ‘’menghiasi’’ persatuan2 pelajar atau pemimpin2 hebat yang ‘’mengisi’’ kekosongan kepimpinan negara.

Aku hanyalah seorang pelajar yang Insyaallah akan menamatkan pelajaran tidak lama lagi.

Namun,yang pasti,’’my vote is valid!’’.Sering ku dengari,’’jemaah islamiyah tidak memerlukan kita,tapi kita yang memerlukan jemaah islamiyah’’.Aku tidak mempunyai apa2 bantahan dan bersetuju 100% dengan kenyataan tersebut.

Tapi,jika anda terjumpa budak tadika sekalipun dan bertanya apakah yang mereka mahukan,aku percaya,akan ada di kalangan mereka  yang menjawab bahawa ‘’saya mahukan politik yang bersih’’.Menjadi harapan setiap orang supaya mereka dipimpin oleh orang2 yang betul2 layak memimpin.Bukan perompak2 duit rakyat,katak2 yang suka melompat,pemimpin yang tidurnya lena tatkala menyuarat bermula,yang mengkayakan anak bini sendiri atau yang sewaktu dengannya.

Kaya sebelum masuk politik mungkin boleh di consider bersih,tapi kalau yang jenis kaya raya(rumah besar,kereta besar,bini besar dan anak2 yang’’ besar’’ kepala) hanya selepas masuk politik,itu boleh dikatakan ‘’musor’’(bahasa rusia).

Ada kawan aku yang bercerita,kisah di sebuah negara Islam(bukan Malaysia).Katanya hampir semua orang2 yang kaya kat sana ada pertalian kekeluargaan.Even berkahwin pun ramai dengan keluarga2 terdekat sebab nak menjaga harta keluarga.Orang2 kaya pula pasti takkan kena tangkap polis walaupun edar dadah and bunuh orang tetapi mana2 polis yang menangkap si kaya terbabit pasti akan dibuang.Bagi aku,perkara tersebut jelas menunjukkan haiwan pun lagi bertamadun.Samada perkara tersebut benar2 berlaku atau tidak,pasti ada sedikit sebanyak pengajaran yang boleh kita ambil supaya kita takkan terjerumus dalam perkara2 tersebut.

Bagi aku,untuk menjadi pemimpin yang hebat,ilmu mestilah mantap.Bukan sekadar mempunyai mulut yang sangat hebat dalam mengumpat.

Sekadar  segulung ‘’ijazah’’ dalam genggaman,maka,itu bolehlah dikatakan cukup untuk menjaga ayam2 di reban.Pemimpin kepada mak ayam dan anak2nya.

Maksud ilmu yang hebat,bukanlah semestinya hanya dengan belajar di universiti,maybe juga di ‘’pondok2’’ atau mana2 pusat pembelajaran yang menjadikan ilmu sebagai keutamaan.Bukan pusat penyebaran propaganda songsang yang dipenuhi sampah politik.

Ustaz aku pernah berkata,’’nak dapat kejayaan di dunia ni mudah’’.Sekali lagi aku sangatlah bersetuju dengan kenyataan tersebut.Memang!Berjaya di dunia memang mudah.Namun,akhirat???Hidup di dunia ni,mungkin maksimum 70 tahun.Kat akhirat pulak adalah eternity.So,aku sangatlah kurang faham bila sesetengah manusia sibuk menyeleweng di dunia ni hanya utk kesenangan sementara.

Akhirat yang kekal abadi pula dipandang sebelah mata.

Jika kejayaan di dunia dikatakan mudah,maka sudah semestinya untuk mendapatkan pengiktirafan dunia juga sangatlah mudah.So,kesimpulannya,hopefully ahli2 politik ni,at least ada PHD.Sekadar hati yang baik tak mencukupi.Jangan sekadar lulus jadi ustaz ker,atau ijazah yang ntah apa2 yang nak cari kerja pun tak laku,tapi sibuk2 nak jadi ahli politik.Bila menang,jadi exco ker apa,even jadi menteri sekalipun,tapi apa gunanya.Ekonomi tak reti,nak cakap english mustahil,akhirnya,kena kencing dengan penasihat masing2.

Orang agama tak menipu.Aku sangatlah percaya bahawa orang2  yang mengamalkan agama ni tak menipu.Itu yang sering aku katakan bila timbul penyelewengan yang melibatkan tokoh2 agama samada nepotisme atau yang sewaktu dengannya.

Namun,orang agama mungkin’’ kurang pandai’’ dalam certain2 perkara.Yang mana mereka mungkin diperbodohkan oleh penasihat masing2.Tatkala itulah,pentingnya ilmu dalam menjadi pemimpin yang mantap!

Semoga pemimpin2 kita menjadi lebih bersih,maka menjadi tanggungjawab kitalah untuk memilih yang mana lebih bersih di antara mereka.

Aku bukanlah fanatik dalam berpolitik,jauh sekali taksub kepada pemimpin.

Yang mana lebih bersih,walaupun tidak suci,maka cukuplah itu untuk memenangi undi aku.

Ingatlah Allah selalu,pasti,kita akan takut untuk melakukan kesalahan.Ingatlah neraka selalu,nescaya menggeletarlah tubuh tatkala terlintas untuk melaksanakan cela.Ingatlah syurga selalu,pasti hati akan berbunga2 mengharap nikmat yang kekal abadi.

p/s:’’musor”=sampah,’’kurang pandai’’=bodoh.

One thought on “”Musor”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s