Percaya Untuk Berjaya

Sebagai manusia ,kita kerap kali mengharapkan kejayaan dalam semua benda yang kita lakukan namun untuk berjaya dalam sesuatu bukanlah benda yang mudah.

Sejarah membuktikan,kejayaan hanya mampu dikecapi oleh yang tertentu sahaja.Kejayaan bukanlah dicipta untuk dirasai atau dikecapi oleh setiap orang.Untuk menjadi seorang yang berjaya atau orang yang hebat,kita perlulah melengkapkan diri dengan segala macam keperluan dan kelengkapan.

Jadi,bagaimanakan hendak menjadi seorang yang berjaya?Aku seringkala bertanya kepada diri sendiri.

Antara ayat2 yang aku dengar daripada orang2 yang dikatakan telah berjaya ialah,kita perlu ‘percaya’ bahaya diri kita boleh berjaya.Orang yang percaya dengan sesuatu yang belum dilihat adalah lebih istimewa daripada orang hanya percaya apabila telah melihat sesuatu.

Jadi,bagaimanakan untuk percaya dengan sesuatu yang belum dilihat?

Aku sering mengaitkan sebagaimana orang Islam yang percaya dengan neraka dan syurga sedangkan mereka masih belum melihatnya.Macamana kita boleh percaya dengan syurga dan neraka sedangkan kita belum pernah melihatnya?Tanyalah diri sendiri,mungkin disitu terdapat jawapan yang kita cari-cari.

Hanya orang-orang yang hebat layak diterima masuk ke dalam syurga dan kita hanya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu syurga dan neraka.Jadi,adakah kita tergolong dikalangan orang-orang yang hebat?Orang yang hebat ialah orang-orang yang berjaya.

Hebat tidak disemestinya hebat dimata kawan-kawan,hebat di mata anak isteri tetapi hebat di mata Allah yang Maha Adil.

Orang yang berpotensi untuk berjaya ialah orang-orang yang melihat kegagalan yang terdahulu sebagai satu sebab untuk terus berusaha.Contoh kejayaan yang boleh kita ambil iktibar ialah kejayaan menawan Istanbul oleh tentera Islam yang dipimpin oleh seorang manusia biasa yang amat luar biasa.Adakah kejayaan tersebut dapat dikecapi dengan sekelip mata?Sudah tentu tidak.Kejayaan tersebut hanya dapat dikecapi setelah penantian selama 800 tahun selepas cita-cita tersebut disuarakan.

Janganlah kita dipengaruhi dengan satu  ‘penyakit’ yang digelar ‘Baby elephant syndrome’ yang mane kegagalan terdahulu membuatkan kita terus berputus asa dalam berusaha menggapai impian dan cita-cita kita.

Dunia yang fana ni mungkin tidak adil,tidak sempurna dan juga mungkin terlalu kejam untuk sesetengah orang.Namun,ketahuilah bahawa dunia hanya persinggahan yang sementara.Yang kita cita-citakan adalah syurga yang kekal abadi.

Jadikanlah diri kita seorang yang ‘proactive’ dalam mencapai sesuatu tujuan.Janganlah menentukan sesuatu keputusan atau pilihan ke atas benda yang  diluar kawalan kita.Tentukanlah pilihan dan keputusan kita berpandukan sesuatu yang berada dalam kawalan kita.Bertanggungjawablah dengan segala keputusan dan pilihan yang dibuat.

Jadikanlah syurga sebagai matlamat dan sasaran.Titik tolak kejayaan kita bermula di dunia yang serba tidak adil ini.Bagi mengecapi kejayaan untuk hidup kekal abadi di syurga yang penuh dengan segala kenikmatan yang kita impikan,maka perlulah kita terus-terusan berusaha untuk mencapai cita-cita kita itu.

Percayalah bahawa kita boleh berjaya dan percayalah bahawa syurga dan neraka itu adalah tempat tinggal akhir yang abadi bagi kita.Soalnya sekarang ialah di manakah kita akan ditempatkan?

Jadilah orang yang percaya kepada sesuatu walaupun masih belum pernah melihatnya dan sama-samalah kita berusaha ‘memperhebatkan’ diri kita.

p/s:syurga tak terima orang yang tak hebat yer,so,no choice,kena jadi hebat jugak!

2 thoughts on “Percaya Untuk Berjaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s