Kenapa bakar gereja n surau?

Akhir-akhir ni,agak mendukacitakan jugaklah bila baca berita kat akhbar,tak habis2 lagi dengan bakar gereja nya.Lepas bakar gereja,timbul pula isu bakar surau.

Apalah hasilnya dengan bergaduh macamtu?Alangkah baiknya kalau masing2 menghormati agama masing-masing dan Islam sendiri menegah penganutnya daripada memusnahkan rumah-rumah ibadat penganut2 agama lain.

Aku percaya,orang-orang yang sibuk nak mengancam rumah-rumah ibadat agama lain tu sebenarnya bukanlah penganut Islam yang betul-betul faham Islam atau mungkin juga bukanlah penganut Islam,who knows?.Kalau betul nak perjuangkan Islam,itu bukanlah caranya.

Berperang ada tempat dan masanya,berdamai ada tempat dan masanya juga.Selain tempat dan masa yang memerlukan,berperang juga ada etika-etika yang perlu diikuti.Bukan sekadar main bunuh jer atau musnahkan tempat-tempat ibadat semua.

Elok-elok aman damai,sengaja nak burukkan keadaan buat apa?

Gereja kena bakar dapat RM500,000,so,harap-harapnya surau yang terbakar tu dapatlah gantirugi RM1000,000 atau lebih.Sendiri mau ingatlah,penganut Islam kat Malaysia ni berapa kali ganda lebih  tinggi dari penganut Kristian kan.

Cukup2lah bergaduh ni,berdamailah.Ambillah masa yang digunakan untuk bergaduh tu untuk memajukan negara.Tak payahlah jadi macam sesetengah ahli politik tuh,tak habis2 dengan bermacam2 isu.Diorang tak pelah nak bertekak sampai ke pagi pun,diorang bertekak dapat ‘duit’.Kalau  rakyat yang bertekak dapat apa?Kerja tak jalan,silaturrahim terputus,anak bini kat rumah kelaparan.

Orang politik bertekak makin kaya raya,kita rakyat ni,kalau asyik bertekak makin papa kedanalah jadinya.

Buatlah segala kerja ikhlas kerana Allah,tak perlulah nak gaduh2 kan.Setiap benda n amalan yang kita buat berkait rapat dengan niat.Niat betul Insyaallah Allah bagi ganjaran yang setimpal.Kalau niat tak betul,Insyaallah Allah akan bagi ganjaran yang setimpal juga.

One thought on “Kenapa bakar gereja n surau?

  1. kalau orang islam tak bakar…jadi siapa yang bakar?tak akan tarik orang yang tak kena mengena ngan hal ni.rules is rules.kalau churh kena bakar p.m sudah bayar rm500000,kalau masjid bakar pun samalah.barulah nampak seri sama.kalau kasi lebih tu sudah kira pilih kasih tu..bukan 1 MALAYSIA lagi.hak mesti sama punya.jangan tengok komuniti berapa?tengok dia orang punya dedication.pakai mulut cakap 1 MALAYSIA bolehlah..tapi bila kita sini semua kira setiap kaum sebagai sanak saudara kita, tuhan adalah satu kepada kita, hak adalah sama kepada kita barulah ianya jadi kenyataan.setiap hari pagi sampai malam cakap 1 MALAYSIA!!! siapa siapa pun boleh, cakap saje kan.tak de susah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s