Gossip gals

Suka mengadu suka memfitnah

Lepas sembahyang magrib semalam,aku tunggulah sekejap dengar tazkirah pendek.Malas2 pun dengar jerlah dah alang-alang dah duduk bersila lepas sembahyang tuh kan.Tazkirahnya pendekla sangat tapi kalau diamati baik2 banyak pengajaran yang boleh diambil.Baik untuk diri aku sendiri n maybe bolehla jugak kot untuk dikongsi bersama.

Tajuk atau topik yang disentuh ialah sikap orang yang suka mengadu domba dan menyebarkan fitnah.Kalau tengokkan tajuknya memang tajuk boring yang sentiasa kita dok dengar la kan.For sure biase dengar ,memang tahu,tapi rasenye xpenah ambik peduli untuk jauhi.

Macamana sebenarnye mengadu domba ni ye?Antara isi yang aku sempat tangkap ialah,cthnya macam kita bercerita tentang oranglain dan orangtu tak suka ngan benda diceritakan tu.So,as simple as that benda tu termasuklah dalam mengadu domba.Kalau fitnah plak,sengaja mengada-ngada kan cerita yang sebenarnye xpenah berlaku pun.

Even,dalam program keagamaan sekalipun,cth nya macam dalam dakwah ker,dalam usrah ker,mengadu domba n fitnah tu memang ade berlaku.Sampai macam tu sekali kan,tapi bila dah dakwah pun tertukar ngan dakyah itulah yang berlaku.Ada pape berlaku,cepat2 mengadu kat ustaz siap tambah2 lagi ngan opinion sendiri.Bila sikap poyo menguasai diri itulah yang berlaku.Maka lahirlah golongan2 ustaz,golongan2 orang yang poyo kononya paham agama dan melantik diri sendiri sebagai leader dalam benda2 yang melibatkan aktiviti2 agama ni.Kalaulah contoh yang aku reka tadi tu berlaku,maka itulah yang dinamakan adu domba n fitnah.

Simple tapi banyak pengajaran,kadang2 kalau dengar ceramah berjela pun xguna,elok2 je paham bila bercampur banyak2 benda smua benda jadi lupa.

Kadang2 aktiviti agama pun boleh jadi maksiat gak,contohnya kalau langgar waktu solat ker ape ker,yer tak?Aku tak tau sangatlah sebab aku bukannya alim ulama ala2 profesor serba tahu ni.Sekadar dengar2,tengok2 camtu jerlah kan.Kalau melambat-lambatkan isya’ tu aku penahla jugak dengarnya tapi bila melambat-lambatkan zohor ker,melambat-lambatkan magrib tu xpernahlah plak aku dengar.Tapi apa yang berlaku,bila ade program agama la kononnya,nak habiskan program punye pasal,waktu solat pun tinggal macam nyawa2 ikan je,sembahyang pun tergesa-gesa.Tu aku terpikir,program agama ker program maksiat.

Sama-sama pikirlah,kadang-kadang sembahyang xtinggal,puasa zakat pun ok,tapi kerja nya dok mengganggu orang jer pun xboleh jugak.Respek2 orang jugakla,nak wat benda tu kena tengok kiri kanan belakang depan jugakla.Nanti xpasal buat orang benci jer.Ukhuwwah ntah kemana,sahabat ntah kemana.Hidup ni kalau xleh nak menyenangkan oranglain pun,cuba sedaya upaya untuk tidak mengganggu n menyusahkan oranglain pun cukuplah yer……..

14 thoughts on “Gossip gals

  1. “Hidup ni kalau xleh nak menyenangkan oranglain pun,cuba sedaya upaya untuk tidak mengganggu n menyusahkan oranglain pun cukuplah yer…”

    Ayat yg cukup sinonim ngn Dr. Faizal nih. Anyway, thanks for the reminder. May Allah keep us away from the sins of backbiting, gossip and slander. Ameen.

  2. salam wrt, saudara… hmm, bg saya blog saudara ini agak menarik.
    tapi saya hairanlah juga, saudara menceritakan ni, tidak dikira jugakah sebagai mengadu domba dan menyebarkan fitnah? pada pendapat saya, saudara sendiri tidak tahu apa yang disampaikan oleh orang itu kepada org lain mcm contohnya ustaz tu kan? hmm, bukan berprasangka burukkah itu?

    maaf, mungkin bukan tempat saya untuk berkata-kata sebegini tetapi berlapang dadalah ya. mungkin kita boleh meluahkan apa yang kita mahu di tempat kita sendiri, tetapi saudara kena ingat, di kala saudara sedang menulis ini, Allah masih melihat dan masih juga mengetahui. Jangan disangkakan perbuatan kita di alam maya, hanya tinggal maya.

    wallahu’alam.

    perigtn juga utk saya =)

  3. sebabtulah aku tulis kat situ contoh,n sebahagiannya memang sbiji dari tazkirah yg diberi n dgn bnda yg btol2 brlaku,sometimes kita memang dh kenal orgtu n memang tahu ape yg die kata

  4. ooh, begitu… maaf saya mempersoalkan niat saudara.

    “…Jika kamu nyatakan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikan, niscaya Allah memperhitungkannya (tentang perbuatan itu) bagimu…”
    2:284

    Wallahu’alam.

  5. tulisan2 tu lebih kpd utk mengingatkan diri sndri je,kalau rase terperli ker ape,better pandang pada sudut yang berbeza siketla,jgn sempitkan fikiran,if sengaja buruk yg dicari,aku pn boleh kata,saye bagi ayat 2:284 tu utk perli aku,but,if tgk dari sudut utk ingat mengingatkan antara satu sama lain,so,benda tu jadi satu benda yang sangat berguna n tidak wujud rase terperli atau yang sewaktu dengannya,sapelah kita ni nak jadi tukang bagi dosa tukang bagi pahala,hadis no 4 dalam buku hadis 40 tu pn dah jelas sangat bagitau kat kita pasal bnda tu smua,neraka syurga tu sape tentukan

  6. kalau post2 ni bg perigtn bg saudara, maka saya katakan ayat 2:284 itu juga perigtn bg saya.. saya tk rasa terperli pun cuma saya kurg setuju dgn cara saudara mengutarakan pendapat. bg saya, saudara juga perlu berfikiran terbuka, saya membaca post2 saudara dari sudut pandang yg berbeza. semestinya saya tiada hak utk mengatakan siapa yg berdosa siapa yg tak, cuma seperti saudara, saya hanya pemberi peringatan.

    maaf kalau buat saudara rasa terperli.

  7. owh,kalo camtu xpelah,even antara ulama pun ade yg berselisih pendapat,berlainan cara,for sure ade hikmahnya,if smua sama je cara,mane nak menyeluruhnya penyampaian dakwah,certain cara for certain target

  8. hmm.. setuju2. kalau kita sama2 mempunyai tujuan yg sama, maka tidak perlulah berbalah atau berselisihan. jikalau kita sendiri yang bergaduh-gaduh dan menuding jari, dapatkah kita bersama-sama mengajak org lain kepada Allah? cara saudara dgn cara saudara. cara saya dgn cara saya. mungkin pendapat dan cara fikir kita berbeza tetapi saling menghormati itu juga perlu.

    saya ternanti-nanti post saudara yg seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s