Dakwah ker dakyah ni?

Dilema antara dakwah atau dakyah?

Yer….tatkala umur pun dh makin ‘’lanjut’’ siket ni,hati ni seolah-olah makin terbuka luas dalam cuba mengenal sedikit sebanyak apekah itu dakwah,tarbiah atau apa-apa sahaja yang seerti dengannya.

Namun,jawapan yang dicari tentang persoalan-persoalan yang bermain-main difikiran aku ni seolah-olah makin menjauh la pulak dari jawapan.Unsur-unsur dakwah yang dicari,tidak lebih dari ‘’dakyah’’ yang aku temui.

Dakwah,tarbiah atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya pada pemahaman aku adalah untuk semua,namun apa yang berlaku dan sedang berlaku kelihatan ianya adalah milik ekslusif pihak-pihak tertentu semata-mata.Mungkin apa yang aku fahami berbeza sedikit dengan apa yang sesetengah pihak fahami.Mungkin aku dididik dengan katanya ‘’program oriented?”,yang mana memerlukan masa yang panjang,tenaga yang banyak atau dengan kata lainnya,masuk jerlah sekolah agama.Sedikit berbeza dengan kehidupan di university yang konon-kononnya tidak sesuai dalam menggunakan cara tersebut memandangkan masa yang ada sangatlah terbatas.Mungkin ada kebenarannya juga.Tapi bukalah sedikit ruang dakwah itu,janganlah makan ‘’sorang-sorang’’ kalau boleh.Kalau ada oranglain nak join,bagi jerlah.

Ingat cukup ker bila nak berdakwah ni,mungkin dengan ‘’sedikit ‘’ akhlak yang baik dan sedikit ilmu yang dikaji secara ‘’tebuk-tebuk’’.

Mungkin hebat rase diri kan bila boleh sedikit sebanyak bercakap pasal agama kan,cakap pun ala-ala arab siket,padahal nahu soraf pun xlepas.

Bila benda-benda dakwah pun dijadikan hak ekslusif,buat senyap-senyap utk orang-orang tertentu je sedangkan peluang utk membuatnya secara terbuka,utk yg lebih rmai adalah terbuka luas,dakwah tersebut kelihatan lebih kepada dakyah semata-mata.

Nak dikatakan boleh menjadikan mana-mana pihak sebagai contoh tu,aiii,jauh sekali lah.Kalau kat sekolah lama aku dulu,adelah jugak orang-orang yang mana kita lihat ni terasa diri ni rendah sangat-sangat,hina sangat-sangat,dengan akhlaknya yang baik,bila bercakap tu dengan nada yang sangat baik,bila terjumpa kat mana-mana tuh terus bagi salam smua,bila berpakaian pun kena  dengan tempat dan peranan mereka yang membawa nama dakwah serta menjadi ‘’ikon’’ dakwah.

Tapi,itulah boleh dikatakan kali pertama dan kali terakhir aku melihat ‘’ikon’’ dakwah yang sedemikian.BIla dah masuk uni ni,yang dilihat,jauh berbeza sekali.Ntah.kira macam kurang senang hati lah,bila orang yang sibuk dok buat kerja dakwah pun bukan main lagi,at least jagalah penampilan siket.Betullah apa yang dikatakan tu,nak berdakwah,nak buat kerja Islam xsemestinya kena pakai jubah n serban.Tapi,kalau yer pun tak nak pakai jubah n serban,xsemestinya kena ‘’rock’’ sangat kan.Kalau sederhana pun boleh jugak kan?Jaga-jagalah siket,ramai mata yang memandang terutama kepada yang membawa nama dakwah tu sendiri.

Diri ni lemah,kalau Quran dan Hadis kita xpegang elok-elok,habislah.Syurga yang dimimpi-mimpi neraka yang menanti.Banyak silap paham yang berlaku,banyak benda yang disalahtafsirkan bila kepentingan sendiri yang dijaga.

Janganlah menjadi manusia yang hanya merasakan diri sendiri sahaja yang betul,kalau ade yang menegur terima sajelah kalau misal ada kebenarannya.Kalau benda tu tak benar,so,abaikan sahajalah.Macam aku ni,memang dah manusia yang lemah sangat,banyak sangat benda yang tak tahu.Tapi,kalau nak ‘join’ orang-orang serba tahu kat tempat aku ni,memang patah hati lama dah,serik dah aku join,cukup-cukuplah,tulah kali pertama dan kali terakhir aku melibatkan diri.Cukup2lah aku dok ‘’meraban’’ ngan geng-geng yang serba tak tahu ni setiap minggu.At least rase rendah diri tu ade,xdelah dok sibuk membincangkan segala kepincangan orang lain.

Tapi,kalau yer pun sibuk study oversea lah katakan,semayang Jumaat tu janganlah lupa pergi yer.Bukan ada kelas pun,kalau betul ada lecture pun,bukannya pergi pun.Takutlah kat Allah ni,Allah ni bukan tengok kita time kita dok kat Malaysia jer.Ehe.Ingat benda ni ikut warganegara ker?Even,kalau undang-undang dunia pun boleh minta ekstradisi kalau lari ke luar negara pun.

Kita sama-samalah jaga diri,xleh jaga banyak,kita jaga siket,tapi janganlah xjaga langsung.Semua benda ni memang start dari tak tahu,start dari sikit.Yer x?

2 thoughts on “Dakwah ker dakyah ni?

  1. salam,
    senang hati baca hihi,zup zap gedebuk gedebak masuk dalam hati.Thanks!..’meraban’? apakah itu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s