Jebon,babun dan babi dalam Pas


Artikel yang aku copy paste….macam ade betulnya jugak,judge sendiri la,jgn sempitkan fikiran sudah…:)

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/04/kalau-orang-pas-rasuah-hampa-terajang.html

Beberapa pengundi Cina di dalam kawasan parlimen Bukit Gantang berkata, “Undi PAS. Talak lasuah punya!” Dengar tu wahai orang PAS sekelian, depa undi PAS sebab depa yakin PAS tak rasuah!

Saya tak kata semua pengundi bukan Melayu mengundi PAS kerana mereka yakin PAS tidak rasuah. Masing-masing mungkin ada sebab masing-masing. Mana aku tau hati perut depa.

Yang saya nak tekankan di sini ialah mengenai sebahagian pengundi Cina yang mengundi PAS kerana mereka yakin PAS tidak rasuah. Orang-orang PAS bukan maksum. Dalam PAS pun mungkin ada banyak jebon, babun dan babi. Maksudnya jebon, babun dan babi dari segi perangai.

Contohnya kalau betul ada orang PAS yang bagaikan duduk atas riba pemimpin tertentu kerana laparkan balak, setan lapar balak tu tentulah berperangai seperti babi. Menyondol sana-sini mencari peluang.

Tetapi, apa sekalipun kelemahan orang-orang PAS, jangan terbiang nak melantak rasuah. Semua ahli dan penyokong PAS menjadi pasukan pemantau untuk memastikan para pemimpin PAS yang menjadi pemegang jawatan di dalam kerajaan tidak mentekedarah rasuah.

Kalau ada dan terbukti pemimpin PAS yang menjadi pemegang jawatan di dalam kerajaan yang mentekedarah rasuah tanpa sebarang keraguan yang munasabah, ahli-ahli dan para penyokong PAS mesti pakat-pakat ludah, tendang, sepak, terajang dan pijak-pijak itu binatang.

Jangan sama sekali mengamalkan ‘asabiyyah. Saya petik hadith dari sumber mazhab Sunnah wal Jemaah mengenai ‘asabiyyah:

Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna ‘asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.’a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: “(‘Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman” (Riwayat Abu Daud)

“Sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana ‘asabiyyah, menyeru orang lain agar bersikap ‘asabiyyah atau membantu golongan asabiyyah, lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah” (Riwayat Muslim)

Jangan hanya pandai lawan Umno sahaja. Jika ada syaitan di dalam PAS, yang itu mesti diperangi dahulu. Ingat dan jangan lupa sama sekali, antara sebab orang sokong PAS ialah kerana mereka yakin PAS tak rasuah.

Tu satu perkara. Perkara kedua ialah mengenai undi yang diperolehi PAS dalam pilihan raya Bukit Gantang itu. Kenapa majoriti pengundi Cina mengundi PAS? Saya diberitahu oleh salah seorang pekerja pilihan raya PAS bahawa antara punca meningkatnya undi Cina ialah kerana para pemimpin DAP berkerja begitu kuat. Bak kata orang utara, mereka pulun sungguh. Tidak hairanlah undi Cina meningkat.

Pekerja pilihan raya PAS itu juga mengkritik para pemimpin PAS yang berlagak seperti negarawan. Tidak bergelumang bersama rakyat seperti yang dilakukan oleh, contohnya, para pemimpin PAS peringkat pertengahan dari Kelantan dan beberapa negeri lain. Malah, ada pemimpin PAS yang datang sebagai pelancong pilihan raya. Tau-tau nak tanya laporan perkembangan semasa. Jenis macam tu patut bubuh penampaq sampai dia pitam!

Saya pernah mengkritik mengenai sikap sebahagian pemimpin PAS yang berlagak seperti negarawan dan enggan bergelumang dengan rakyat dan pengundi dalam satu tulisan yang disiarkan akhbar Siasah selepas pilihan raya Pengkalan Pasir dahulu. Apa nak buat, kalau dah jenis berlagak, takkan habis perangai suka berlagaknya.

Para pemimpin PAS tidak berkerja sekuat para pemimpin DAP dalam pilihan raya Bukit Gantang itu. Itu yang diberitahu kepada saya oleh salah seorang petugas pilihan raya PAS. Saya tak tau benar atau tidak. Itu yang dilaporkan kepada saya. Lagi pun, saya bukan petugas PAS. Macam mana nak jadi petugas, saya hanya setakat penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS sahaja.

Saya hanya cari adik-beradik dan kawan-kawan saya di dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang itu dan merayu mereka mengundi PAS.

Seorang petugas PAS yang lain pula mendakwa kepada saya bahawa Timbalan Presiden PAS memberitahu satu taklimat tengah malam selepas majlis-majlis ceramah bahawa PAS mungkin kalah. Saya tak tahu sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Hanya Allah dan mereka yang mendengarnya sahaja yang tahu. Saya harap sangat tidak benar. Tetapi, kalau benar pemimpin tertinggi PAS bercakap macam Ketua Pemuda Umno cawangan, apa kelayakan beliau untuk menjadi pemimpin?!!

Kesimpulannya, jika PAS kehilangan undi yang sepatutnya ia perolehi, ia berpunca dari sikap berlagak negarawan, pemalas dan enggan turun padang habis-habisan beberapa pemimpin PAS.

Percayalah, kalau pemimpin rajin, kita nak buat perangai pemalas pun naik malu. Saya beri contoh dalam pilihan raya kecil Anak Bukit dan Pendang selepas Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang dikasihi pulang ke pengkuan Kekasihnya.

Waktu itu, bila kami tengok Tok Guru Mursyidul Am berjalan dari rumah ke rumah untuk berkempen (masa itu beliau berkempen kepada masyarakat Cina), kami malu teramat malu nak tengok dari jauh sahaja atau menjadi penonton sambil duduk-duduk atas kereta yang berhawa dingin sahaja.

Kalau setakat nak berlagak negarawan dan malas bergelumang dengan rakyat dan pengundi, berhentilah jadi pemimpin PAS. Buat semak ja!!

One thought on “Jebon,babun dan babi dalam Pas

  1. erm..betul2x.Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga…syaitan dalam pas?? ish..ish…tak bolehlah samakan manusia ngan syaitan huh.Kedudukan manusia jauh mulia dari laknatullah tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s