”Nasionalisme” bercanggah dengan Islam

Percanggahan Nasionalisme Dengan Agama Islam

Macam biasalah,bosan2,aku akan baca buku,bacalah apa2 buku sekalipun,ehe,novel jiwang,cerpen,buku2 agama dan apa2 sajalah.Dalam banyak2 buku yang aku baca,agak tertariklah dengan isi dalam salah sebuah buku yang aku sedang baca sekarang,sebahagian isi buku itu membincangkan tentang ‘’Nasionalisme”.

Isu yang sering dibangkitkan oleh ahli-ahli politik,orang2 yang kononya pencinta negara,perajurit2 lah kononnya,namun bila aku fikirkan kembali tatkala meneliti apa yang dibincangkan dalam buku tersebut,nyatalah apa yang sering dilaung2kan oleh sesetengah orang selama ini adalah ‘’hampeh’’ semata-mata.Pengertian karut yang jelas tak sesuai dan kurang selaras untuk dipegang oleh akal insan yang menganut agama Islam.

Jelas sekali,semangat ‘’Nasionalisme’’ bercanggah dengan agama Islam!

Pengertian Nasionalisme :

Menurut Encyclopedia Britannica atau Encyclopedia America menyebut,’’Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest.It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance.In the religious context,for example:the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community.Modern phenomena.

Takrif ini menjelaskan bahawa Nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan manusia hanya pada negaranya sendiri melebihi kepentingan peribadi atau kepentingan negara lain.Fahaman ini bertitik tolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa.Fahaman ini diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seperti Machiavelli,Rosussea dan Johan Gottfried.Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada perjuangan masyarakat Barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran kezaliman kuasa gereja.

Dengan kata lain,Nasionalisme merupakan ikatan yang berbentuk sekular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutama di Barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian.Ia adalah merupakan satu daripada panduan cara hidup sekular yang dikemukakan di zaman ini sebagai menggantikan panduan dari sumber agama.Pentakrifan ini menjelaskan bahawa Nasionalisme itu pada hakikatnya adalah fahaman penyatuan manusia yang berasaskan mendahulukan kepentingan bangsa dan negara di atas segala kepentingan orang lain.

Bersambung………………..

Renung-renungkan

Asas Zionisme dan Freemasonry

Asas tersebut dikenali sebagai ‘’Khams Qanun” ataupun rukun yang lima dalam Bahasa Melayu.

Lima Rukun bagi Gerekan Freemasonry ialah:

1-Monotheisme:Kesatuan tuhan atau tuhan yang maha esa.

2-Nasionalisme

3-Humanisme:Kemanusian yang adil dan beradab.Rukun ini berdasarkan ajaran Talmud yang berbunyi:

‘’Takluklah dan binasakanlah mereka kerana mereka akan merampas hakmu,kamu adalah semulia-mulia bangsa seumpama menara yang tinggi.Berlemah-lembutlah ketika mengahadapi saudaramu,kerana mereka keturuna Ya’kub(Israel).Bersikap kasarlah kamu ketika menghadapi lawanmu kerana mereka adalah kambing-kambing ternakan dan harta mereka adalah hartamu,rumah mereka adalah rumahmu dan tanah mereka adalah tanah milikmu.”

4-Democratisme:Penyatuan suara.Berdasarkan kitab Talmud yang berbunyi:

“Bermesyuarat dan bertukar fikiranlah semoga mendapat kesepakatan kerana kesepakatan(suara banyak) itu adalah suara tuhan”

5-Sosialisme:Keadilan sosial adalah untuk Yahudi atau Yahudi menjadi pemimpinnn di mana ia berada.Perkara ini dirujuk kepada Kitab Talmud yang berbunyi:

“Cinta pada tanah air itu sebahagian daripada iman”

Lima Rukun bagi Zionisme pula ialah:

1-Internasionalisme

2-Nasionalisme

3-Sosialisme

4-Monotheime Cultural

5-Democratisme

Jelas di sini bahawa asas atau rukun yang dipakai oleh kedua-dua pihak ini adalah sama.Apa yang membezakan antara keduanya hanyalah dari segi tertib dan pemahaman rukun-rukun tersebut sahaja.

Di sini,sukalah aku menyenaraikan rukun-rukun yang digunapakai oleh negara-negara tertentu.Adakah semua ini adalah ‘’kebetulan’’ semata-mata?Fikir-fikirkanlah….banding-bandingkanlah…..ehe

1)Rukun Pridi Banoyong(Thailand)

1-Nasionalisme(kebangsaan)

2-Democratisme

3-Sosiolisme

4-Religious

2)Rukun Aquinaldo(Filipina),disusun oleh Andres Bonifacio 1893M

1-Nasionalisme

2-Democratisme

3-Religious

4-Sosialisme

5-Humanisme Filipina

3)Rukun Soekarno(Indonesia)

1-Kebangsaan

2-Kemanusiaan

3-Musyawarah

4-Keadilan

5-Beragama/Beriman

4)Rukun Negara Malaysia

1-Kepercayaan kepada tuhan.

2-Kesetiaan kepada raja dan negara.

3-Keluhuran perlembagaan.

4-Kedaulatan undang-undang.

5-Kesopanan dan kesusilaan.

Banding-bandingkanlah.

Adakah setiap rukun mempunyai maksud yang hampir sama dengan menggunakan perkataan yang berlainan?Atau sememangnya ia sangat berbeza?

Fikir-fikirkanlah kerana kita semua dianugerahkan oleh Allah otak.Aku tak berhak untuk menyatakan bahawa ianya adalah ‘’sama bulat2’’ atau ianya adalah berbeza.Semuanya terletak kepada penilaian individu yang berakal.

Fakta menarik

Gelaran ‘’Sultan’’ yang masih digunapakai sehingga hari ini adalah rentetan daripada raja-raja Melayu dahulu yang meminta persetujuan daripada Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk memakai gelaran tersebut.

Hebatkan Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Ketahuilah seseungguhnya menegakkan ‘’Khilafah” adalah ‘’Wajib” menurut hukum Islam.Dalam hal ini Imam Nawawi rahimahullah telah berkata dalam di dalam syarahnya kepada shahih Muslim dengan ucapan yang bermaksud:

“Para ulamak telah ijmak di atas kewajipan muslimin melantik khalifah”

P/s:penulis buku yang aku baca tuh ialah ex maahad muhammadi lelaki,ehe,hebat2 budak sekolah aku ni.maahad muhammadi perempuan pun hebat jugak!Terbaik spm!pembetulan buat TV3,bukan budak skolah Naim k?!Dan pembetulan buat paper2 yang tulis,bukan SMKA k?!SMU(A)!Di bawah Yayasan Islam Kelantan!Maahad hebat sokmo!Ehe

4 thoughts on “”Nasionalisme” bercanggah dengan Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s