Krisis Biro Pembangunan Insan,Mesir,Nizhny??

Krisis Biro Pembangunan Insan 2008/09,Mesir,Nizhny??

Aku mendapat email daripada seorang teman rapat aku yang tidak hipokrit dalam berkongsi pengajaran dan tidak jumud dalam mengakui dan menegakkan kebenaran.

Almaklum sajalah,aku suka mengambil tahu perkembangan2 yang berlaku di Mesir,bagaikan rumah ke ketiga aku lah,selepas Malaysia dan Nizhny Novgorod.Mungkin disebabkan kawan yang ramai atau mungkin jugak sebab aku memang suka bertanya tentang apa yang diorang buat kat sana.Inilah isi email yang di forward kepada aku,aku tidak melakukan perubahan pada email tersebut walau sedikitpun,tujuan aku memaparkan email tersebut bukanlah untuk masuk campur,kerana sudah pasti aku tidak akan mendapat apa2 keuntungan daripada perkara tersebut,tujuan aku memaparkan email tersebut,tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kita sama2 mengambil pengajaran.

Tatkala sibuk dengan dakwah dan tarbiah,jangalah terus2an membuatkan orang2 yang pada asalnya sangat berminat dengan perkara tersebut,akhirnya apabila ‘’common sense’’ diabaikan,perasaan minat bertukar kepada meluat.Hendak ‘hormat’,nak ‘kagum’ tu jauh sekali kepada ‘orang-orang’ yang katanya sibuk berusaha di jalan dakwah dan tarbiah.

Sangat bersetujulah kiranya pada peringkat awal dalam memulakan aktiviti tarbiah,pelajar2 diperkenalkan dengan Fiqh Awlawiyat,agar tahu yang mana lebih utama dalam keadaan seseorang.Semoga semua dapat mengambil pengajaran dan reti2kanlah untuk berfikir dan merenung sejenak.Isu yang dibangkitkan disini ialah isu penggunaan RUMAH,cuba bayangkan kalau BILIK yang digunakan,kerana mungkin disesetengah negara mungkin tidak semewah Mesir yang mampu untuk menyewa sebuah rumah.Antara isi email tersebut yang menarik perhatian aku ialah:

1-Suka untuk saya jelaskan bahawa daripada hak-hak individu (baca: ahli PERUBATAN) ialah hak untuk mereka dihormati dengan adab dan tatasusila yang digariskan oleh Islam dan adat ketimuran serta hak menjaga ‘privacy’ mereka. (Baca: sebarang urusan yang berkaitan dengan rumah mereka)


2- Kebenaran majoriti daripada ahli rumah. Kebenaran ini adalah HAK MUTLAK ahli rumah.


3- Para ahli yang terlibat dengan penganjuran sebarang program di atas nama PERUBATAN tidak seharusnya dengan sewenang-wenangnya menggunakan rumah ahli untuk aktiviti berkenaan, melainkan setelah mendapat KEBENARAN MAJORITI daripada ahli rumah. Jika hanya seorang daripada empat orang ahli rumah yang bersetuju, maka disimpulkan bahawa ahli rumah tidak bersetuju.


4- tuan rumah tidak diberi penghormatan yang sewajarnya.

5- Diharapkan pihak berkenaan mengambil berat perkara ini kerana jika dibiarkan, tuan rumah yang lain mungkin akan merasa tawar hati dan seterusnya membiarkan perasaan tidak puas hati ini dibendung oleh kebencian sehingga akhirnya boleh merosakkan ukhuwwah sesama pelajar perubatan sendiri. Kesatuan itu amat penting dalam persatuan yang besar ini supaya tiada yang berpecah belah disebabkan perkara yang kecil.

Syabas diucapkan kepada Biro Pembangunan Insan kerana menyediakan saluran yang sewajarnya bagi menyalurkan ketidakpuasan hati mana2 ahli.Jauh lebih sistematik berbanding ‘tempat lain’ yang mana ahli hanya mampu memendam rasa dalam ketidakpuasan yang membuak-buak.


Isi penuh email yang aku dapat adalah seperti di bawah:


— On Thu, 5/3/09, sifu_zwan <sifu_zwan@yahoo.co.uk> wrote:

From: sifu_zwan <sifu_zwan@yahoo.co.uk>
Subject: [perubatan_mesir] Respon kepada rungutan berhubung PENGGUNAAN rumah utk aktiviti PERUBATAN
To: perubatan_mesir@yahoogroups.com
Date: Thursday, 5 March, 2009, 9:44 AM

Kepada para ahli PERUBATAN seluruhnya,

Assalamualaikum Wbt.

1. Perkara (subject) di atas adalah dirujuk.

2. Suka untuk saya jelaskan bahawa daripada hak-hak individu (baca: ahli PERUBATAN) ialah hak untuk mereka dihormati dengan adab dan tatasusila yang digariskan oleh Islam dan adat ketimuran serta hak menjaga ‘privacy’ mereka. (Baca: sebarang urusan yang berkaitan dengan rumah mereka)

3. Sukacita dimaklumkan kepada para ahli bahawa PENGGUNAAN RUMAH AHLI untuk sebarang AKTIVITI RASMI PERUBATAN sepatutnya melalui prosedur yang lengkap dan telus. Antara prosedur yang perlu diambil kira adalah;

a. Kebenaran majoriti daripada ahli rumah. Kebenaran ini adalah HAK MUTLAK ahli rumah.
b. Pemberitahuan lebih awal. Pendefinisian perkara ini bergantung kepada bentuk program. Namun dinasihatkan                                           sekurang-   kurangnya adalah LIMA HARI.
c. Membantu ahli rumah mengemaskan rumah untuk program. (sebelum dan selepas)
d. Beberapa lagi prosedur yang spesifik bagi setiap rumah [bergantung kepada tuan rumah]

4. Para ahli yang terlibat dengan penganjuran sebarang program di atas nama PERUBATAN tidak seharusnya dengan sewenang-wenangnya menggunakan rumah ahli untuk aktiviti berkenaan, melainkan setelah mendapat KEBENARAN MAJORITI daripada ahli rumah. Jika hanya seorang daripada empat orang ahli rumah yang bersetuju, maka disimpulkan bahawa ahli rumah tidak bersetuju.

5. Kenyataan ini adalah respon kepada rungutan kepada sesetengah ahli yang tidak berpuas hati’ dengan penggunaan sewenang-wenangnya (tanpa kebenaran) rumah mereka. Hal ini jelas boleh diklasifikasikan sebagai melanggar hak individu.

6. Kami di Biro Perumahan masih mengusahakan pencarian pusat aktiviti PERUBATAN. Kami berharap agar ahli dapat bersabar lantaran isu Keselamatan, geografi (strategik) dan Kewangan adalah menjadi isu utama di dalam pencarian pusat ini. Jika usaha ini berhasil, maka kami mengharapkan agar tiada lagi kedengaran rungutan-rungutan sedemikian.

7. Tiada penafian, bahawa Allah memuliakan orang yang memudahkan orang lain menuntut ilmu (pinjamkan rumah), apatah lagi untuk penyebaran ilmu Agama. Namun, di sana juga tiada penafian bahawa hak ‘meminjamkan’ itu adalah 100% di tangan ahli rumah.

8. Seruan biro perumahan, Pinjamkanlah rumah selagi mana yang meminjam itu mengikut Prosedur yang betul. Siapa lagi yang ingin menyokong persatuan kalau bukan para ahli sendiri??

Moga Allah merahmati ahli rumah yang meminjamkan rumah untuk kegiatan ilmiah, dan moga Allah memberi hidayah kepada mereka yang tidak pandai untuk minta izin bila nak pinjam rumah.

Sekian.
———— ——— ——— ——— —-

MOHAMMAD IZWAN MOHD ISA
Ketua,
BIRO PERUMAHAN PERUBATAN.

Biro Pembangunan Insan 2008/2009.

PERUBATAN.

MENJANA MUKMIN DOKTOR

MENGUNGGULI KECEMERLANGAN, MENGERAT KEBERSAMAAN


From: fie_1987 <fie_1987@yahoo. com>
To: perubatan_mesir@ yahoogroups. com
Sent: Thursday, March 5, 2009 21:39:03
Subject: [perubatan_mesir] Peringatan untuk BPI pasal kelas agama mingguan

Salam.

Saya sebagai ahli perubatan yang prihatin ingin menyumbangkan sekadar beberapa peringatan untuk ditatap bersama. Sebagaimana yang kita semua maklum kelas mingguan agama sebelum ini selalu diadakan di Istana Presiden atau nama lain rumah abg Israk. Sekarang tempat untuk kelas agama telah bertambah, contohnya rumah saya. Asalnya kelas itu diadakan tanpa sebarang bantahan atas kerelaan ahli bait. Sehingga sekarang, banyak yang tidak berpuas hati dan hanya mendiamkan perkara ini. Antaranya saya. Saya tidak menentang perkara ini, bahkan saya sokong untuk diadakan kelas agama. Tapi, cara pihak yang menganjurkan kelas ini membuatkan saya merasa tawar hati. Rumah saya ade 7 orang ahli bait, dan sepatutnya pihak yang berkenaan perlu berjumpa dan meminta kebenaran dengan ketujuh-tujuh ahli bait ini. Jika tidak mendapat kebenaran, cari sahaja rumah lain atau batalkan sahaja kelas itu. Mungkin pada hari yang sama ada tetamu yang datang yang akan menyukarkan tuan rumah untuk melayannya, atau tuan rumah perlukan masa bersendirian untuk belajar dan membaca buku tanpa gangguan orang lain. Walhal, fardu ain bagi pelajar perubatan adalah ilmu perubatan itu sendiri.

Setelah diteliti gerak kerja BPI selama ini, saya dapat lihat bahawa tuan rumah tempat kelas agama mingguan dijalankan agak tidak berpuas hati dengan keadaan rumah mereka selepas kelas dijalankan.

Antara contoh-contoh perkara yang dibangkitkan adalah seperti;
-ajk bpi tidak ikhlas dalam membersihkan rumah yang ditumpang selepas kelas
-lewat memaklumkan tuan rumah tentang kelas tersebut
-tuan rumah yang mesti menyediakan rumah itu untuk kelas dan bukan ajk BPI sendiri
-tuan rumah tidak diberi penghormatan yang sewajarnya

Diharapkan pihak berkenaan mengambil berat perkara ini kerana jika dibiarkan, tuan rumah yang lain mungkin akan merasa tawar hati dan seterusnya membiarkan perasaan tidak puas hati ini dibendung oleh kebencian sehingga akhirnya boleh merosakkan ukhuwwah sesama pelajar perubatan sendiri. Kesatuan itu amat penting dalam persatuan yang besar ini supaya tiada yang berpecah belah disebabkan perkara yang kecil.

Akhirnya, semoga tiada yang terguris hati apabila membaca emel ini.

Salam.

— On Tue, 10/3/09, baihaqi hassan <baihaqi_ibnusina@yahoo.com> wrote:

From: baihaqi hassan <baihaqi_ibnusina@yahoo.com>
Subject: Re: [perubatan_mesir] Peringatan untuk BPI pasal kelas agama mingguan
To: perubatan_mesir@yahoogroups.com
Date: Tuesday, 10 March, 2009, 1:50 PM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Assalalamulaikum , harap semua ahli PERUBATAN sihat dan ceria selalu dipayungi rahmat Allah SWT sentiasa.

Merujuk kepada tajuk emel di atas dan isinya, secara fitrahnya, hati siapa yang tidak terguris. Namun, ajaran Islam menggalakkan penganutnya berlapang dada dan sentiasa berfikir secara positif. Sebagai exco Biro Pembangunan Insan 2008/2009, saya amat-amat menghargai nasihat daripada saudara fie_1987. Nasihat yang diberikan menandakan saudara inginkan PERUBATAN memperbaiki segala kelemahan dan boleh melangkah lebih maju ke hadapan.

Saya memohon jutaan kemaafan daripada saudara fie_1987 dan ahli-ahli rumah secara rasmi atas segala kesilapan yang dibuat. Saya juga memohon jutaan kemaafan daripada rumah saudari ayu serta ahli beit dan rumah saudari siti nor redzuani serta ahli bait, sekiranya masalah di atas juga berlaku. Tidak lupa kepada mana-mana ahli PERUBATAN yang pernah menyediakan perkhidmatan rumah untuk ditumpang dan digunakan bagi aktiviti BPI.

Untuk makluman semua, PERUBATAN masih belum mendapat rumah yang sesuai untuk dijadikan lokasi program atas faktor keselamatan, kewangan dan geografi, seperti yang dijelaskan oleh saudara Izwan Bin Isa, exco Biro Perumahan 2008/2009. Kami telah mengusahakan untuk mencari tempat lain seperti masjid, tetapi gagal. Oleh sebab itu,kami masih menggunakan rumah-rumah ahli PERUBATAN sebagai lokasi kelas-kelas pengajian. Insya Allah, kami akan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang dinyatakan oleh saudara fie_1987 dan akan cuba mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh saudara Izwan bin Isa.

Ahli PERUBATAN yang dikasihi,

Saya memandang isu ini sebagai isu hubungan persaudaraan dan kasih sayang yang agak pudar di kalangan ahli PERUBATAN. Sekiranya kasih sayang dan hati-hati saling berpaut sesama ahli PERUBATAN, masalah yang diutarakan di atas tidak akan berlaku. Sikap saling meredhai berlapang dada, saling membantu dan menjaga hati sesama ahli hanya akan terbit dari hati yang saling berpaut dan berkasih sayang.

Sabda Rasullullah SAW:

“Demi Allah yang diriku dalam kuasaNya, kamu tidak akan masuk syurga, sebelum kamu beriman. Dan kamu tidak beriman, sebelum kamu cinta mencintai dan sayang menyayangi satu sama lain.” (riwayat Muslim).

Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya dan ahli PERUBATAN semua, bersempena dengan sambutan maulidur rasul ini, kita tingkatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang sesama kita. Perluaskan kesamaan dan perkecilkan perbezaan. Sempitkan jurang antara kita.

Selain itu, kehilangan common sense juga menjadi virus yang menyebabkan kudis dalam lapangan dakwah pada hari ini. Virus inilah yang menyerang kami, di pihak biro. Hakikatnya, saya dan AJK-AJK BPI yang lain, yang diamanahkan untuk mentarbiah ahli-ahli PERUBATAN sendiri masih kurang mantap dan mempunyai banyak kelemahan. Untuk itu, saya memohon bantuan daripada ahli PERUBATAN agar sentiasa menegur kami, terutamanya saya selaku ketu biro.

Adalah diharapkan agar semua unit pembangunan insan di muhafazah khususnya serta  biro-biro dan unit-unit masing-masing yang lain agar menjadikan isu ini sebagai pengajaran. Untuk semua ahli PERUBATAN yang disayangi, adalah diharapkan, kita semua dapat membantu persatuan dalam melaksanakan amanah masing-masing dengan memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan. Adab dalam menumpang dan menggunakan rumah peribadi ahli-ahli PERUBATAN bukanlah satu perkara remeh yang boleh dipandang sebelah mata sahaja.

Bersama-samalah kita menyelesaikan isu  ini dengan saling menegur dan saling membantu sesama sendiri. “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”(An-Nahl:125) Para ahli boleh menyatakan teguran kepada kami di pembangunan_ insan@perubatan. org atau terus  kepada saya baihaqi_ibnusina@ yahoo.com atau timbalan BPI wamemberlula@ yahoo.com atau terus ke talian saya 011-8627262 dan timbalan 011-8439168.

Sekali lagi, saya memohon jutaan kemaafan daripada saudara fie_1987 serta ahli rumah beliau dan ahli-ahli PERUBATAN  yang lain, sekiranya pernah terguris hati semasa setiap program BPI. Jutaan terima kasih atas teguran. Terima kasih juga kepada mereka yang sudi menumpangkan rumah. Ayuh, eratkan lagi hubungan kasih sayang sesama kita serta saling membantu untuk kebaikan bersama.

“Manusia itu adalah makhluk yang berAQAL dan berPERASAAN “

Sekian….

Ahmad Baihaqi bin Hassan.

Biro Pembangunan Insan 2008/2009.

PERUBATAN.

MENJANA MUKMIN DOKTOR

MENGUNGGULI KECEMERLANGAN, MENGERAT KEBERSAMAAN

5 thoughts on “Krisis Biro Pembangunan Insan,Mesir,Nizhny??

  1. salam.
    aku setuju ngan apa yang diutarakan ni. perkara cam ni agak serius. jangan pendamkan perasaan. kalau tak puas hati cakap. jangan simpan. tak baik untuk kesihatan. boleh bawa berbincang. sometimes orang tak faham. kita kena bagi faham.

  2. susah nak bagi faham nih,akhirnya kita juga akan dipandang sinis,dipandang salah,dipandang sebagai orang yang tak sokong Islam,padahal apa yang ada dalam hati,Allah lebih mengetahui

  3. 🙂 famous smpi sini email ni upernya
    siap ade nama abg izwan tu..glamourla exco bhome..smpi ke sini
    ni mesti rentetan dari isu penggunaan bilik..
    yeap betul kita kena pk. tak leh wat remeh.dalam nk buat benda baik, kena juga pk benda lain.. everyone has limit🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s