Apa Yang Aku Lihat di Nizhny,di Bilikku

Apa Yang Aku Lihat di Nizhny

Sekadar ingin berkongsi apa yang aku lihat di sini,mungkin apa yang aku lihat ‘betul’ dan mungkin juga ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang aku bakal perkatakan.Ada kemungkinan juga yang sebenarnya aku masih belum melihat dengan erti kata yang sebenar.

dsc00575

(teman2 baik,dalam bilik yang tak berkemas,ehe)

Secara keseluruhannya,semua benda kelihatan ‘ok’,tiada masalah sangatlah kalau sekadar untuk meneruskan pembelajaran tuh.Samada tempat lain lebih baik atau tidak,tu aku kurang arif la.Tapi,kemungkinan betul jugaklah kalau ada yang mengatakan,peralatan kat sini buruk2,kadang2 p hospital pun xnampak macam hospital sangat,dengan berdebunya kat area2 sebelum masuk wad tuh,dalam wad pun macam guna alat2 yang buruk je.Tapi yerlah,kena faham jugaklah,maybe kat sini memang macamtu kan.

p1017119

(ex-rumate,poyo kan,ha3)

Kalau pelajaran,bolehlah katakan kalau setakat nak pass tuh,lagi senangla kot dari tempat lain.Kalau nak katakan bilangan pelajar,agak ramai lah,semua bangsa adalah kalau yang dari Malaysia tuh,melayu,cina,india n bumiputera,kalau dari negara lain plak,dari Sri Lanka,Kenya,Mauritius n adelah beberapa negara lagi.Orang arab pun ade gak.

Kalau selain dari perkara yang melibatkan pelajaran plak,adalah persatuan2nya,yang ‘core’ utk Malaysian nya,Malaysian Student Association la rasanya,then kalau untuk Malaysian yang Muslim,ade lagi jugak Persatuan Perubatan Islam Malaysia.

Yang pasal MSA,aku kurang arifla macam mana,tapi memainkan peranan la dalam menjaga hal ehwal pelajar sume,buat Malaysian Night n adalah kot program2 lain.

Kalau PPIM plak,aku tahulah siket2,dengan dipecahkan dengan bermacam bironya,contoh macam biro ekonomi,biro penerbitan n informasi,biro tarbiah.

Kalau dari segi tarbiah plak,mungkin adalah segolongan manusia yang sibuk dok bercakap tentang tarbiah ni,n aku ni,kalau sekarang,boleh dikatakan salah seorang yang dah mula tidak bersetuju dengan apa yang dibawa,sebabnya,terlalu banyak mengganggu ruang hidup aku.

Mungkin disebabkan sikap aku kot,yang tidak suka dilihat oleh orang ketika aku ingin membuat apa2,n aku kurang senang lah bila orang lain tengok aku dalam keadaan tidur ker apa.Bagi aku,setengah benda tu,kita nak rahsiakan dari oranglain,kecuali teman2 yang tertentu la,tu faham2 lah,tapi bila ngan junior2 apa semua,bagi aku,aku agak malu la.Kalau blockmate ker,member2 rapat,no hal lah,sebab dh kenal luar dalam.

Aku baru sedarlah,kenapa ‘masjid’ dibina.Dijadikan pusat berkumpul untuk aktiviti,untuk beribadah dan sebagainya.Sebabnya memang tersangat mengganggu la,bila bilik persendirian digunakan untuk aktiviti2 sedemikian.Seolah-olah,kita tidak diberikan peluang untuk memilih,samada untuk ikut,atau tidak.Macam nak membentuk satu keimanan secara Ijbari,atau ikut tanpa pilihan.Memang tersangat mengganggu la kalau ikut pengalaman aku,nak baca quran,put put ade orang,terus tak jadi.Nak keluar bilik,ade orang dok berkumpul kat tengah menghalang lalulintas,even nak bangun dari tidur pun,ade orang dalam bilik dok berkumpul,jadi serabut n ambik selimut lingkupkan atas kepala.Memang tertekan tahap maksima la.

Aku kurang fahamlah,kalau jasa baik yang dicari,pergilah bergilir2 ngan orang lain jugak,tukar2 la bilik,asyik nak buat kat bilik yang sama tu apa hal.Jasa baik ni,orang mintak jarang2,kalau setiap hari atau beberapa kali setiap hari,tu bukan jasa baik rasenya.Tu paksaan dan gangguan.

Aku sekarang dah sampai tahap dah tak boleh ikut dah,even bila untuk solat berjemaahpun aku dah jadi macam tak nak join sekali,sebabnya perasaan yang tertanam bahawa mereka2 ni lah yang sering mengganggu aku.Macamana aku nak ikut orang2 macamni.

Betapa ruginya aku,betapa rosaknya hati aku.Aku berdoa,semoga adalah sesiapa yang dapat menasihatkan aku dan berikan penyelesaian yang terbaik.

dsc01147

(winter,tapi pakai centu,nasibbaik kuar kejap,tu pun kesejukan)

Bagi aku,privasi sangat penting,sebabnya mudah,diri ini tidak sempurna,kadang2 kita dok tgk muvi,tgk kartun ker,tapi tiba2 junior masuk,atau orang yang kita tak berapa rapat masuk,tengok kita buat benda2 camtu kan,rase tak selesa lah.Kadang2 benda2 yang melibatkan kita dengan Allah ni,cukuplah hanya Allah je yang tahu,tak perlulah berada dalam pengetahuan orang lain.Lainlah kalau kesalahan yang aku buat tu melibatkan orang ramai,tak kisahlah kalau orang lain pun tahu.

Kalau sebuah rumah,dipisahkan dengan bilik2 dan ruang2 yang berbeza,namun,sekarang ni aku bercakap tentang sebuah bilik.Sebuah bilik kecil yang dikongsi.Maknanya tidak dipisahkan oleh sebarang tabir atau yang sewaktu dengannya.Maka aku rasa aku sangat berhak untuk tidak diganggu samada dengan pencemaran bunyi atau dengan gangguan lalulintas.Ha3,lucu kan bunyinya,tapi itulah hakikatnya.Yang tak kurang mengganggunya,bila lampu dipasang bila kita tengah nyenyak tido,terasa macam diberikan kejutan letrik plak.Hish,memang hampeh betullah.Yang pasti,jika sememangnya aku berhak ke atas bilik aku selagimana tidak mengganggu hak2 bersama,maka,aku tidak pernah redha,dan tidak akan redha dengan segala benda yang dibuat.

Dulu,aku mungkin kurang memahami,sebab aku pun kurang menghormati hak oranglain rasanya,tapi Alhamdulillah la,ada orang yang macam menyedarkan aku la.Dia memang sibuk giler la ngan kebersihan tandas,susun barang dalam petinya,basuh microwave nye dan lain2.Pada mulanya,aku memang rasa macam serabutlah,mak aku pun tak suruh buat benda2 camtu kan.Tapi bila lama2 siket,memang dah nampak dahla kepentingannya.

Kira macam syukur jugaklah dapat datang kat sini,n kenal dengan ramai orang.Banyak belajar benda baru.

Kalau mula2 datang,yang paling nampak sangat,n mungkin dah jadi macam tradisi,aktiviti ‘menjilat’ junior.Aku guna perkataan ‘jilat’ sebab tu lah perkataan yang budak2 ni cakap bila ade orang macam bodek2 cikgu sume.Ha3.Memang habis2an r junior2 ni akan dijilat oleh pihak2 tertentu.Tapi tengoklah,bila dah masuk atas2 siket,korang pasti akan diabaikan.Begitulah yang berlaku biasanya.Kononya,dengan alasan,taknak buang masa kepada orang2 yang taknak.Taknak kepada apa yang mereka namakan tarbiah.Tapi pada hakikatnya,n memang ade jugak orang2 yang boleh dikatakan ‘naqib’ atau ‘naqibah’ yang tidak bersetuju dengan benda tuh.Diorang kata,baru je nak kenal ngan anak2 usrah,dah suruh tukar2 dah.For me,terpulanglah,orang yang bawa tu lebih mengetahui samada perlu tukar atau tidak.

Level melevel ni memang selalu kedengaran lah,kalau tujuan melevel tu untuk memudahkan proses ‘tarbiah’,baguslah rasanye,sebab kita perlu prepare bahan2 yang bersesuaian.Tapi kalau tujuan melevel tu,diiringi dengan perasaan yang merasakan diri sendiri lebih bagus dari orang lain,rasanya tak perlulah rasanya.Gelaran yang suka digunapakai,biasanya,MC=Muslim Comitted,MD=Muslim Dakwah dan sebagainya.Tapi bagi aku,kalau sibuk dok melevel orang dengan merasakan diri lagi bagus,maka selayaknya letak kat diri sendiri sebagai,MP=Muslim Poyo.

Bila sebut tentang2 aktiviti yang melibatkan usrah sume tu kan,bagi aku,benda tu tersangatlah penting.Memang agak hanyutlah kalau benda2 camtu diabaikan.Tapi macam peliklah bila dengar cerita,dulu diajak masuk usrah kan,ikut ustaz ni kan,lama2 adalah anak usrah yang kenal ngan ustaz lain,dan lebih cenderung ikut ustaz itu,bila tiba satu masa,yang dok biasa usrah sekali,tiba2 dah tak diajak sekali dah.Seolah2 macam lain2 ustaz ni,ajar lain2 agama jer.Setahu aku,ajar Islam jugak,tapi mungkinlah sedikit berbeza pendekatannya.Aku pun kurang surelah apa yang berlaku sebenarnya,cume terkeliru,kalau sape2 dapat berikan jawapan,bestnya rasanya utk mengetahui perkara yang sebenar.

Segala yang aku cerita tuh,hanya lebih kepada pandangan peribadi semata-mata.Jika aku silap,aku bersedia menerima teguran.

Wallahua’lam.

4 thoughts on “Apa Yang Aku Lihat di Nizhny,di Bilikku

  1. Ahaha peja. Most of the things yg ko cakap kat atas tu, aku dah pun merasainya sedari awal dulu. perit untuk mengakui, tetapi itu jugalah yang “aku lihat di nizhny, di bilikku (sekitarku)” =)

  2. aku igt perasaan aku jer,tapi rupe2nya ade orglen pun same,mknanye maybe ade kbenarannya jugaklah

  3. complicated jga ye..
    nak masuk campur sush gak sbb tak tau waqie3 sana
    but pasal bilik tu..suarakan je la..
    nyatakan hak..tak pun ckp je saranan yg ada..
    masjid ana kedai makan ada..nk kumpul smbil wat usrah ke
    smpikan tazkirah ke..tak de masalah..no big deal..sng je

    kalau diorg paham..patutnya diorg hormat kita..
    mereka yg PAHAM islam, Dakwah n Tarbiyah kena la pandai hormat dan kasih org lain juga..ambil kira perasaan org lain..but masg2 ada kelemahan n mungkin terlepas pandang..Wallahu3alam

  4. ckp pun mcm xcakp,still teruskan jugak,kdg2 time sgt penat la yg jdi mslh,kalau time kelas start pukol 830 n habis pkol 5 p.m skali ngn lecture,balik,lepas solat mgrib dh terlelap,igt nk tdo la beberapa jam,tpi konfem trjga blik,bla dh trjga,phm2lh,mcm ssh nk tdo balik n kpala jd serabut.Mgkin smua disebabkan kelemahan diri sendiri tapi still perlukan masa utk berubah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s