Moga Mampus Cepat

Moga Mampus Cepat

Sejak akhir-akhir ni,makin menjadi-jadi la pulak isu2 politik ni.Siapa yang betul?Aku pun tak tahu.Dari kaca mata orang-orang yang tak tahu macam aku ni,aku hanya mampu berdoa agar yang benar akan tertegak dan yang batil akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.

dsc02601

Sama-samalah kita berdoa dan berusaha bagi mereka yang mampu untuk berusaha bagi menegakkan keadilan.Kalau sekadar menuding jari semata-mata,rasanya tiada masalah yang akan selesai dan mangsanya adalah rakyat jelata(kita2 ni la kot).

‘’Meeting ‘’ bawah pokok pun,meeting la bawah pokok asalkan perbuatan tersebut ikhlas demi kepentingan yang hak.Ada sesetangah manusia yang mengatakan bahawa perkara tersebut ‘’tidak bertamadun’’ namun aku lebih suka mengatakan bahawa manusia2 yang sengaja menelanjangi tubuh badan mereka sendiri adalah lebih tidak bertamadun.Mengalahkan orang-orang zaman paleolitik.

Kalau dunia sibuk dengan krisis ekonominya,bankrup sana bankrup sini,Malaysia pula lebih banyak menghidangkan kepada rakyatnya dengan sajian sandiwara politik yang berencahkan tipu helah dan saling tuduh menuduh.

Aku sering tertanya-tanya ,siapakah yang benar sebenarnya.Namun,sampai sekarang aku masing gagal mencari jawapannya.Mungkin kerana aku tidak pernah terlibat secara langsung dengan ahli-ahli politik atau mana-mana pemimpin,maka mungkin disebabkan perkara tersebut aku lebih suka menyifatkan diri aku sebagai seorang yang tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Satu2nya sumber yang mampu aku terokai ialah melalui pendedahan media massa semata-mata.Namun,bagi aku,terlalu susahlah hendak mempercayai perkara-perkara yang disiarkan seratus peratus.

Kalau baca ‘’harakah’’,konfem la ‘’pembangkang’’ yang semua bagusnya.Kerajaan ini tak kena,itu tak kena.Kalau baca Utusan,baca Metro atau banyak lagi,’’terasa’’ bagaikan pihak kerajaan la yang semua betulnya.Pening-pening!Maka,aku lebih suka untuk menyambung tulisan aku ini dengan perkataan ‘’kalau’’.So,faham2lah,kalau aku dah letak perkataan kalau tuh,maknanya aku sendiri pun tak tahulah samada perkara itu betul atau tak.Sekadar ingin menimbulkan persoalan,atau mungkin juga ingin mengundang perbincangan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan.

‘’Kalau’’ betullah ahli-ahli politik yang kat Perak tu lompat semata-mata kerana tawaran wang ringgit semata-mata,ataupun mungkin habuan lain yang mungkin terlalu lumayan untuk ditolak,maka tidak takutkah mereka dengan Allah?Macamana nak jawab kalau Allah tanya bila dah ‘’kojol’’ lepas ni?Adakah rakyat yang mengundi wakil-wakil rakyat tersebut redha dengan perbuatan tersebut?

‘’Kalau’’ betullah ahli2 politik tersebut beralih arah kerana ingin menegakkan kebenaran dan memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat,maka semoga mereka mendapat balasan yang baik dari Allah.Semoga Allah akan terus menguatkan hati-hati mereka dalam menepis segala cemuhan dan fitnah yang mungkin dilontarkan oleh pihak2 yang tertentu.Namun,jika mereka tergolong dalam golongan yang khianat,maka semoga Allah memberi balasan atau bala yang setimpal ke atas mereka.

‘’Kalau’’ betullah,yang kes Altantuya tu melibatkan pemimpin negara kita,maka habislah punah ranah Malaysia lepas ni.Namun,jika kes tu sememangnya tidak langsung melibatkan pemimpin negara kita maka betapa berdosanya orang-orang yang sering mengaitkan ‘’dia ‘’dengan kes tersebut.Bayangkan berapa banyak pahala yang ‘’dia’’ dapat.Namun,kita sama-samalah berdoa,semoga sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain akan insaf dan bertaubat.Jika masih meneruskan segala kejahatan yang sering mereka lakukan,maka,azab Allah yang pedihlah menanti ‘’mereka2’’ ni.Bayangkan kalau api yang kita gunakan kat dunia ni hanyalah 1/70 daripada panasnya api neraka,maka rasakanlah panggangan api neraka yang tak mampu difantasikan oleh akal tentang betapa panasnya bahang neraka itu.

dsc02606

Kita tengoklah,macam Syeikh Ahmad Yasin tuh,dengan badannya yang lumpuh,matanya yang buta pun,Israel bunuh pakai Apache.Padahal,’’beliau’’ belajar kat University Ain Syams kat Mesir tu pun tak sempat habis.’’Degree’’ ape kebenda sangat yang ‘’beliau’’ ada kan.Tapi,kita boleh tengok ‘’aura’’ seorang pemimpin hebat ni.Menjadi sumber ‘’inspirasi’’ orang-orang bawahannya.Kematiannya ditangisi jutaan ummat.Ketiadaannya membuatkan jutaan hati luluh,jutaan mata menitiskan air mata.Itulah ‘’pemimpin’’ yang sebenar bagi aku.Kalau setakat pergi belajar tinggi2,balik Malaysia dok melahap harta negara buatpe,dok tipu duit rakyat ape ker hal nya.Orang-orang macamni,memang akan dimalukanla bila Allah dah bagi buku catatan amalan masing2.

Akhir sekali,’’main point’’ yang aku nak cuba sampaikan kat sini ialah moga yang benar akan tertegak dan yang batil akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.Siapa betul,siapa salah,aku sendiri pun tak tahu.Nak menuding jari,aku tak berani kerana amat sukar untuk mempercayai sumber2 yang masing2 mempunyai kepentingan di dalamnya.Baca dari sumber milik pembangkang,maka pembangkanglah yang nampak benar dan jika baca dari sumber milik kerajaan,maka kerajaanlah yang nampak bagusnya.Mungkin,orang2 yang betul2 terlibat dalam perkara tersebut lebih mengetahui perkara yang sebenar dan semoga mereka tidak akan pernah berputus asa dalam menegakkan kebenaran dan semoga Allah akan sentiasa menolong mereka.

Amiin.

4 thoughts on “Moga Mampus Cepat

  1. aiwah..yeap..tul tu..misal kata kalau bca paper pun..newspaper a kata lain newspaper b kata lain..ikut akal sendiri kena la investigate sendiri buat newspaper c…ish mana smpt doktor nk wat cmtu..

  2. taktaula,buat msa skrg,spe yg ckp nk tegakkan islam sy sokong,even yg ckp cmtu pun mcm xleh pcye sgt,but at least die ckp cmtu,if xbuat,jwblah ngan Allah pasni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s