diari perogol terhebat

Nabi SAW bersabda:’’Kelak,umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar mengerumuni hidangan mereka”Salah seorang bertanya:’’Adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu?’’Nabi SAW menjawab:’’Tidak,pada ketika itu bilangan kalian ramai,namun kalian seperti buih di lautan dan Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan ‘Wahn’ ke dalam hati kalian”.Salah seorang bertanya:’’Apa itu Wahn wahai Rasulullah?’’Nabi SAW menjawab:”Cintakan kehidupan dan membenci kematian”{Abu Dawud dan Ahmad}

Aku tertanya-tanya berapa lamakah lagi umat Islam perlu merintih.Pihak Barat yang diketuai oleh Britain dan Perancis,mula menjajah dunia Islam pada kurun ke-19.British mula melebarkan pengaruhnya dan sedikit demi sedikit meruntuhkan pemerintahan Khilafah.Wujudlah watak-watak seperti “Lawrence of Arabia”.Seterusnya perang yang dilancarkan oleh pejuang kebangsaan Arab terhadapa Khilafah Uthmaniyyah.Pengkhianat seperti “Faisal,anak lelaki Sharif Hussain Mekah” yang dipergunakan oleh oleh British.

1915

Britain memulakan penaklukan ke atas Iraq.

1917

Deklarasi-Balfour,Britain mempersiapkan penubuhan “Israel”

General Allenby(Ketua pasukan Britain) menduduki Palestin pada 11 November 1917.General Allenby 1917 di Palestin menyatakan ‘’Hari ini Perang Salib telah berakhir”

1918

Kuasa kolonial menakluki ibu negara Khilafah,Istanbul pada tahun 1918

Selat Bospuros jatuh di bawah kekuasaan Britain dan Perancis.

1922

20 November 1922,Persidangan Lausanne bermula.

Britain menuntut 4 perkara:

1-Sistem khilafah mesti dihapuskan.

2-Khalifah mesti dibuang negeri.

3-Harta khalifah mesti dirampas.

4-Negara Turki yang baru mesti didirikan atas dasar sekular.

Mustafa Kamal mula mengeluarkan ugutan dan bertindak licik bagi memastikan semua pihak yang tidak bersetuju,menerima tuntukan Britain.Setelah gagal dalam usahanya,Mustafa Kamal lalu membubarkan persidangan parlimen secara paksa,Namun,selepas pemilihan yang baru,persidangan parlimen yang kedua juga tidak menerima tuntutan itu.Dia tetap menuruti kehendak Britain melalui konspirasi politik secara paksa.Salah seorang Ahli Parlimen ‘’House of Commons” memprotes Lord Curzon(dalang kepada Perjanjian Lausanne) dengan mempersoalkan ‘’Kenapa Turki diberi kemerdekaan sedangkan negara Arab ditakluki?”Terhadap soalan ini Lord Curzon menjawab:”Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi kerana kita telah menghancurkan kekuatan rohnya:Khilafah dan Islam”.

Seterusnya,khalifah dikepung dan diusir.

1924

3 Mac 1924.Khilafah dihapuskan.Seterusnya Mustafa Kamal mengisytiharkan penghapusan Khilafah di Istanbul dan Khalifah dikepung serta dibuang negeri pada pagi hari yang sama.Inilah harga yang perlu dibayar kepada Britain untuk dia menjadi Presiden Republik Turki sekular yang baru.

Mustafa Kamal:”Pejuang-pejuang,kita harus bergerak dengan objektif utama kita!Kita kan teruskan perancangan kita untuk perubahan.”

Sistem pendidikan Barat diperkenalkan.Tulisan Latin diperkenalkan dan tulisan Arab dimansuhkan.

1938

1938.Duta AS Joseph Clark:”Nama Mustafa Kamal akan terus abadi sebagai penubuh negara Turki Moden yang baru dan namanya akan terus terpahat di lembaran sejarah”.

Mustafa Kamal:”Turki secara hakiki merupakan sebuah negara demokrasi,saya yakin Amerika yang telah lama menempa laluan ideal (demokrasi) ini adalah rakan negara Turki dan pembantunya.Bukan itu sahaja,ini mungkin akan mencipta dunia yang penuh kasih sayang di mana semua prejudis akan terhapus dan semua negara di dunia ini akan hidup dalam keamanan dan kesejahteraan”.

1947

November 1947.PBB mendeklarasi pemecahan Palestin tidak lewat dari 16hb Mei,sebuah kerajaan sementara bagi kaum Yahudi akan mula berfungsi dengan sokongan dan bantuan dari PBB di Palestin.

“Kaum Yahudi memerlukan tempat untuk mereka tuju,adalah menjadi sikap saya bahawa kerajaan Amerika tidak akan berdiam diri melihat mangsa keganasan Hitler tidak dibenarkan membina hidup baru’’-Harry S Truman,U.S President,1945-1953.


1948

1948:Israel dideklarasi dan pengusiran kaum Muslimin diperhebatkan.

Pada tahun 2000 Israel mula menggunakan senjata kimia.

‘’Aina antum!Aina antum!” jeritan yang didengari di sana sini.Ibu mencari2 anak-anak mereka,kakak mencari2 adik-adiknya dan bermacam perpisahan dan penderitaan yang terpaksa mereka tanggung.Betapa banyak darah telah ditumpahkan demi penubuhanmu wahai ‘Israel’ dan betapa banyak airmata penderitaan yang mengalir lantaran ‘membelamu’ wahai Israel.

“Al-Aqsa mengharapkan,menyeru dan memanggil kaum Muslimin dan anak-anak di tanah Isra Rasulullah SAW dibunuh oleh kaum Yahudi seolah-olah mereka ini bagaikan serangga dan mereka menyeru kepada Ummah..lindungi kami.Kaum wanita mencucurkan airmata mereka di Masjidil Aqsa,mereka menjadi balu,mereka dibunuh dan kemuliaan mereka dicabut di atas bumi mereka.Lantas apakah yang dilakukan oleh kaum Muslimin??Kaum Muslimin di Baitul Maqdis telah meminta pertolongan dari kalian,dari para pemimpin kaum Muslimin yang khianat dan dari anak-anak Umat Islam yang mendakwa bahawa mereka ini merupakan para pengikut Rasulullah Al-Mustafa SAW,lantas apakah yang dilakukan oleh umat Islam??Apakah umat ini mengikuti apa yang dilakukan oleh Rasulullah?Apakah mereka melakukan apa yang telah dilakukan oleh Muhammad Rasulullah SAW?Tidak sama sekali!Dan saya bertanya kepada kalian wahai kaum Muslimin,saya bertanya kepada kalian….bagaimanakah kelak kalian akan berhadapan dengan Allah SWT di hari kiamat,ketika kalian berdiri di hadapan Allah SWT yang mengetahui segala yang tersirat dan tersurat.Bagaimakah kalian akan berhadapan dengan Allah?Ketikamana yang bersama dengan kalian adalah seorang anak dari kaum Muslimin di Palestin.Ia berkata,Ya Allah,Ya Tuhan,Aku telah meminta pertolongan dari umat Islam,namun umat Islam tidak menjawab penggilanku.

Algeria

1.5 juta orang awam dibunuh oleh tentera Perancis.Jijik rasanya apabila melihat bagaimana tentera Perancis menyediakan para Muslimah untuk dirogol,mereka menelanjangi muslimah-muslimah tersebut dengan paksa dan memandikan mereka sebelum dirogol.Dengan bangga tanpa perikemanusiaan,mereka bergambar dengan muslimah yang tidak ditutupi seurat benangpun.

Kahsmir

1947.Pembunuhan beramai-ramai kaum Muslimin di Kashmir bermula.

3370 diseksa sehingga mati.

Hampir 100,000 dipenjara tanpa perbicaraan.

Beribu-ribu wanita dirogol.

Lebih 70,000 syahid.

Bosnia(1992-19995)

1995.Pembunuhan beramai-ramai di Sebrenica,8373 terbunuh.

‘’Anda sekarang di bawah perlindungan tentera PBB”-wakil PBB mengishtiharkan sebelum diserahkan kepada ‘jagaan’ tentera Serbia.

PBB menyerahkan kaum Muslimin kepada tentera Serbia.

[Ratko Mladic:Ketua tentera Serbia]’’Hari ini,pada 11 Julai 1995,di Sebrenica Serbia,ketika Serbia akan manyambut hari sucinya,kami menyerahkan bandar ini kepada Negara Serbia sebagai peringatan kepada penentangan terhadap kaum Turki masanya sudah tiba untuk membalas dendam terhadap kaum Muslimin”.

“Anak-anakku,anak-anakku,apakah yang telah Mladic lakukan kepada anak-anakku??”

“Ibumu sendirian wahai anakku,kau telah kehilangan abangmu dan bapamu.”

Chechnya

1992.Pembunuhan beramai-ramai Rusia ke atas kaum Muslimin di Chechnya

“Di manakah tentera kaum Muslimin?Mengapa pertolongan tentera antarabangsa yang dipinta?Dimanakah tentera Mesir?Di manakah tentera Syria?Di manakah tentera Jordan?Di manakah tentera negara-negara Teluk?Di manakah tentera Yemen?Di manakah tentera Algeria?Di manakah tentera Indonesia?Di manakah bom-bom tentera Pakistan?dan untuk siapakah bom-bom ini dihasilkan?dan untuk siapakah tentera-tentera ini disediakan?Wahai manusia!Aku bersuara untukmu dalam kesedihan dengan kepiluan di dalam hatiku,aku bersuara untukmu dan aku mengingatkan:Suatu hari nanti kalian akan berdiri di hadapan Allah SWT yang Maha Mengetahui .Yang akan bersamamu pada hari Kiamat adalah anak kecil,yang berkata,Wahai Tuhanku,Umat Islam telah mengecewakan aku,Umat Al-Quran telah mengecewakan aku dan Ramadahan berlalu tanpa umat ini berbuat apa-apa.Bilakah Umat Islam akan bangun?Bilakah ia akan sedar akan permasalahan utamanya?Bilakah umat ini akan kembali kepada Islam?Apakah yang kalian nantikan lagi atas apa yang akan dilakukan oleh kaum Kuffar?Apakah kalian menanti sehingga kaum Kuffar melakukan sesuatu yang lebih buruk dari ini?Demi Allah mereka telah melakukkannya!

Gujerat 2002

Ratusan muslimah dan anak-anak perempuan dirogol dan kemudian dibakar oleh kaum Hindu.

Turki Hari Ini

Pakaian Islam dihalang.

Afghanistan

2001.AS dan konco-konconya menceroboh Afghanistan dengan kerjasama pasukan Pakatan Utara.

Iraq 2003

‘’Kami telah mendengar kata-kata pemerintah Iran dan ulama Iran memberi amaran kepada Amerika agar tidak menyentuh tempat-tempat suci di Najaf dan Karbala.Sungguh pelik kata-kata ini dan Islam apakah ini wahai pemerintah Iran??Adakah Najaf dan Karbala itu lebih mulia dari Kaabah?Tidakkah kalian ketahui bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

”Kehancuran Kaabah itu adalah lebih kecil di sisi Allah berbanding pembunuhan seorang Muslim”

Apakah batu-batuan lebih mulia bagi kalian berbanding darah kaum Muslimin?Islam apakah yang kalian serukan?Dan Quran apakah yang kalian imani?Atau adakah kalian membaca Al-Quran dengan pandangan Amerika?dan memahami Islam melalui pemahaman Amerika?Atau apakah Islam yang kalian ikuti ini tidak mengandungi ayat Allah apabila Allah mengatakan:

”Dan sekiranya mereka meminta pertolongan kalian(ketika mereka diserang) kerana Islam,kalian mestilah menolong mereka”

Atau apakah Islam yang kalian ikuti tidak mengandungi sabda Rasulullah:

”Seorang Muslim itu adalah saudara Muslim yang lain.Ia tidak menzaliminya,mengkhianatinya atau menyerahkannya(kepada yang menzaliminya)”.

Lantas,pengkhianatan apakah ini wahai pemerintah Iran??Dan bagaimanakah kalian akan bertemu dengan Allah kelak??Dan apakah yang kalian akan katakan kepadaNYA?Apakah yang kalian akan katakan??Apabila anak-anak Afghanistan,Palestin dan Iraq membuat tuntutan ke atas kalian di hadapan Allah dan kalian mendakwa bahawa kalian bersama dengan Islam.Wahai para pemerintah Iran!!Bertaqwalah kepada Allah!!Bertaqwalah kepada Allah dan bebaskanlah diri kalian dari ‘wahn’(cinta dunia dan takutkan mati)”

Iraq:Tentera Britain memukul dan mengganasi kanak-kanak di atas jalanraya.Inilah yang dinamakan ‘kekuatan’ oleh tentera Britain.

“Adakah ini yang dinamakan KEBEBASAN oleh Bush?Adakah ini penyelesaian demokratik Bush bagi orang-orang Arab dan kaum Muslimin?Adakah aku harus membayar dengan enam nyawa untuk demokrasinya?Aku tidak ingin kebebasannya,abangku dan anak-anaknya terbunuh..darah dibadanku ini adalah buktinya”-seorang lelaki menceritakan kisah dukanya.

“Lihatlah ini!Tiadakah lagi nilai kemanusiaan?Apakah perasaan anda bila melihat anak kecil menangisi ibunya dan bapanya?Dimanakah nilai kemanusiaan??Di manakah perginya keprihatinan?”-seorang perempuan merintih dengan apa yang berlaku pada dirinya.

“Para pemimpin pengkhianat mengatakan:Kami tidak dapat berbuat apa-apa di hadapan Amerika.Amerika adalah negara yang kuat,bahawa ia adalah negara gergasi,sebuah superpower!Kita semua telah menyaksikan bagaimana negara superpower ini ditundukkan di Lebanon apabila kaum Muslimin menghancurkan markas AS.Kita semua melihat bagaimana kafir AS yang disembah oleh para pemimpin ini,telah ditundukkan di Somalia,bagaimana kaum Muslimin di Somalia memalukan AS.Sembahan ini,Hobal ini yang disembah Mubarak.Para pemimpin ini yang takut kepada AS berdoa kepad AS dan mereka meminta-minta kepada AS.Mereka percaya kepada AS,bahawa AS lah yang memberi dan mengambil nyawa.Kalian tidak mempunyai pilihan dan tidak ada tempat untuk berlindung kecuali kembali kepada Al-Quran agar kekuasaan Islam dapat didirikan di bumi Allah.Sesungguhnya Allah memelihara dengan kekuasaan apa yang tidak dipelihara dengan Al-Quran.Allah tidak menurunkan Quran untuk hanya dibaca ke atas mereka yang sudah tidak bernyawa di antara kita atau agar ayat-ayatnya dijual sebagai jampi atau untuk menjadi perhiasan pada dinding-dinding dan ruang-ruang.Sesungguhnya Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai hidayah bagi umat manusia agar mereka mengambilnya,yang dengan rahmatnya manusia akan dibebaskan dari kegelapan kepada cahaya dan melepaskan manusia dari belenggu perhambaan(sesama manusia) kepada penyembahan Tuhan manusia dan melepaskan manusia dari kesempitan hidup kepada keluasan dunia dan akhirat!Saya menyeru kepada kalian wahai saudaraku!Agar kalian bangun dan membuangkan debu-debu yang sudah terlalu lama melekat di tubuh kalian dan berusaha bersama-sama dengan saudara-saudara kalian yang bekerja keras.Saudara kalian yang dipercayai,yang berusaha sedaya-upaya mereka untuk mengembalikan kegemilangan Islam dengan mengembalikan Khilafah buat kali kedua melalui tariqah Rasulullah SAW agar kalian memenuhi tanggungjawab kalian terhadap Allah maka janganlah kalian saling mengkhianati dan membohongi sesama sendiri,mintalah pertolongan Allah dalam menjalankan tanggungjawab ini agar Allah mengurniakan kemuliaan kepada kalian di dunia dan akhirat dan mendapat keredhaannya”.

“Pada ketika keberadaan sebagai seorang Muslim itu bermakna kalian terdedah kepada kezaliman ketika keganasan dan Islam menjadi suatu yang sinonim,keganasan ini diperkenalkan melalui peperangan dan kekejaman yang penuh penipuan dan pembohongan keganasan kebudayaan adalah apa yang kita alami apabila ribuan majalah dan program TV menggambarkan Islam sebagai ancaman bahaya ke atas tamadun manusia.Oleh itu,kita juga mempunyai tugas untuk memperjelaskan kebenaran dan mendedahkan keburukan dan jenayah AS dan konco-konconya.Contohnya,yang kita lihat mengenai penjara-penjara rahsia CIA jelas menggambarkan bahawa mereka memerlukan tempat-tempat di mana penyeksaan yang paling kejam boleh dilakukan di mana seorang Muslim dipaksa untuk memilih samada berdiam diri atau membuat pengakuan salah.Serangan-serangan ke atas Islam dan Negara Islam ini,wahai Muslimin dan Muslimat,mengharuskan kita untuk kembali kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah semata-mata dalam pemikiran kita,pendirian kita,perlakuan kita dan tindakan kita.

“Adakah kalian tidak bergerak wahai umat Islam?Sampai bila dan akan berdiri Khilafah di atas jalan kenabian”

Dick Cheney”Mereka berbicara tentang menegakkan semula apa yang boleh kita gambarkan Khilafah abad ke 7 yang diperintah dengan hukum syara’,interpretasi al-Quran yang tegar.

Charles Clark”Mantan setiausaha dalam negeri UK.6 Oktober 2005.”Tidak boleh ada perundingan mengenai penegakkan semula Khilafah dan tidak boleh ada perundingan langsung dalam usaha menerapkan hukum syara’”

Eric Edelman,pembantu setiausaha pertahanan AS,6 Oktober 2006:”Masa depan Iraq samada akan dikuasai oleh pengganas yang akan mengembangkan sayap mereka dan kemungkinan bagi mereka menegakkan khilafah atau mereka akan dihancurkan bagi kita kegagalan di Iraq tidak boleh dijadikan pilihan”.

John Abizaid,komandan AS di timur tengah:”Mereka akan cuba untuk menegakkan semula khilafah bagi seluruh dunia Islam.Kita perlu belajar apa yang mereka ingin lakukan dari mulut-mulut mereka sendiri”

Bush:”Para militan percaya dengan mengawal suatu negara atau kawasan mereka akan dapat menyatukan kaum Muslimin,membolehkan mereka menggulingkan semua kerajaan moderat di kawasan tersebut dan menubuhkan sebuah empayar Islam radikal yang meliputi kawasan dari Sepanyol hingga ke Indonesia”

“Mereka cuba untuk mengambil-alih kerajaan-kerajaan dari Amerika Utara ke Asia Selatan dan mendirikan semua Khilafah yang mereka harapkan suatu hari nanti akan meliputi seluruh dunia.Mereka telah merancang dan mengedarkan peta di mana sempadan kebangsaan dihapuskan dan menggantikannya dengan sebuah empayar ekstrimis global”

Wahai Kaum Muslimin,Allah telah memerintah kita untuk melakukan yang terbaik untuk mengubah keadaan dunia Islam di mana kita menyatukan diri kita,membebaskan diri kita dan menerapkan Deen Allah,inilah yang diperintahkan oleh iman kita dan inilah yang dituntut oleh syahadah kita.Oleh itu,kami memanggil kalian kepada tugas yang mulia ini untuk menyokong Deen Allah.Allah berfirman,”Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kalian mengkhianati(amanah) Allah dan RasulNYA,dan janganlah kalian mengkhianati amanah kalian sedangkan kalian mengetahui”

Khalifahlah yang akan menghantar bala tenteranya setiap kali seorang Muslimah menjerit kerana kemuliaannya dicabuli.Khalifahlah yang akan menghantar bala tenteranya setiap kali emosi kita tergerak akibat dari penyerangan ke atas saudara-saudara kita.Khalifahlah yang akan membebaskan kawasan yang terjajah dan membawa Islam untuk seluruh umat manusia.Dengan izin Allah SWT.Wahai kaum Muslimin,berusahalah untuk Allah pasti Allah akan membantu kalian.Allah SWT berfirman:”Sekiranya kalian menyokong (jalan) Allah,pasti Allah akan membantu kalian dan meneguhkan kaki-kaki kalian”

Wahai kaum Muslimin,kalian adalah umat yang terkuat kerana aqidah kalian.Kalian adalah umat terkuat kerana sistem-sistem kalian.Kalian adalah umat terkuat keranan kedudukan strategik kalian.Kalian adalah umat terkuat kerana sumber alam yang ada pada kalian.Kalian adalah umat yang terkuat kerana bilangan kalian.Demi Allah,apa yang kalian perlukan hanyalah pemerintah yang ikhlas,taat serta mempunyai kesedaran politik yang tinggi dan kalian akan melihat bahawa Allah SWT mengatakan yang Haq di dalam firmanNYA,”Kemuliaan adalah di sisi Allah dan RasulNYA serta kaum Muslimin namun kaum munafik tidak mengetahuinya”

Allah juga berfirman:”Wahai orang-orang yang beriman,sambutlah panggilan Allah dan RasulNYA ketika DIA menyeru kamu kepada sesuatu yang memberikan kehidupan kepada kamu”

“Aku mampu membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan,menyediakan bekalan,berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya.Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus-menerus.Apabila diseru dia menyahut.Apabila dipanggil dia menjawab.Pulang dan perginya,perkataan dan bicaranya,kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya.Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah diletak atau dituntut ke atasnya.Dia berjihad di jalannya.Kamu dapat membaca pada garis wajahnya,melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat,kesakitan yang terpendam,keazaman yang benar,kesungguhan,cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya”-Imam Hassan Al-Banna-

Bersama-samalah kita meletakkan diri kita masing-masing dalam mana-mana Jemaah Islam yang diyakini dan berasaskan petunjuk Al-Quran dan Sunnah untuk sama-sama menyelamatkan diri kita daripada penyakit al-Wahn(cinta dunia dan takut mati) sebagaimana yang telah dipesan oleh Baginda Rasulullah SAW serta menyelamatkan kita dari azab api neraka.Islam pasti bangkit….Persoalannay,adakah kita salah seorang dari kadernya.Sesungguhnya ianya adalah ‘syurga’ hai sahabatku….

Bersatulah wahai umat Islam!

Bersatulah wahai gerakan-gerakan Islam,bernaunglah di bawah satu nama…”ISLAM”

“Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah”-Syeikh Mustafa Masyhur-

2 thoughts on “diari perogol terhebat

  1. saje jah..tu dalam bentuk video,aku tukar dalam tulisan plak,manetau ada yang tak tengok lagi,sambil2 untuk rujukan aku sendiri,kongsi la sekali dalam blog,ehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s