hantu pun berdukacita

Ade sesetengah orang,kalau sakit pelik sikit je,hah,kena rasuk ‘hantu’,kalau kalah pilihanraya pun,hah sebab ada pengundi ‘hantu’.Maka berdukacitalah segala ‘hantu-hantu’,betapa mereka dipersalahkan dalam segala hal.

Rasanya,tidak perlulah hanya mempersalahkan ‘hantu’ semata-mata.Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya perkara-perkara yang tidak ‘memuaskan’ hati pihak-pihak yang terbabit.Bila ‘menang’ jer pilihanraya,maka sibuklah mewarwarkan bahawa terbukti ‘pengundi hantu’ tidak wujud.Betul ker?

Aku sebagai manusia biasa,tidak pernah percaya lah bahawa keadilan sebenar akan tertegak selagi mana al-quran dan sunnah tidak digunapakai dalam pembentukan kerajaan dan negara.

Aku pun kurang bersetujulah kiranya,’demokrasi’ sahajalah satu-satunya cara dalam memilih pemimpin negara.Adakalanya ‘rakyat’ tu sendiri gagal dalam menilai siapakah yang terbaik dalam mentadbir negara.Bayangkan,bila pergi kepada kumpulan penagih dadah,suruh mereka pilih antara heroin dan roti,konfem diorang akan pilih heroin daripada roti kan.Ini kerana akal mereka sendiri telah dikuasai keinginan nafsu songsang yang menggagalkan mereka dalam menilai antara betul dan salah dan yang manakah sebenarnya permata dan kaca.

Sudah terbukti kan ‘demokrasi cara barat’ tidak menyelesaikan masalah dalam memilih pemimpin yang terbaik kan.

Harapnya,Malaysia akan jadi lebih baik dan rakyat makin bijak dalam memilih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s