gengster terhebat

Inilah berita yang ‘agak hebat’ dalam menggambarkan ‘kehebatan’ orang melayu tatkala ‘kehebatan’ Islam yang sebenar perlu dibangkitkan.

islamicdesktop30

Aku ‘copy n paste’ jer terus dari laman web harian metro di bawah ni:

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090121090852/Article/index_html

KUALA LUMPUR: Rahsia seorang rakyat Malaysia yang dikatakan hidup mewah seperti raja terbongkar apabila dia ditahan kerana dipercayai menjadi ketua sebuah kumpulan gengster yang turut terbabit dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa di Thailand.

Kerana kelicikan lelaki itu memaksa polis Thailand mengambil masa sehingga dua tahun bagi mengumpul bukti serta membongkar kegiatan haram kumpulan berkenaan.

Hasil kegiatan jenayah itu polis Thailand, turut merampas aset kumpulan jenayah berkenaan yang bernilai lebih sejuta baht atau RM103,616.

Lebih mengejutkan apabila sindiket diketuai warga negara Malaysia dikenali sebagai Abu Bakar Sulaiman, itu dikatakan turut mempunyai hampir 1,000 orang pengikut di seluruh Thailand dengan menjana pendapatan dari hampir 58 buah pusat perjudian di negara itu.

Dalam serbuan di semua hampir 58 buah pusat perjudian di sekitar Bangkok, pada Sabtu lalu, selain menahan suspek, polis Thailand turut merampas sejumlah besar wang tunai serta jam tangan berjenama dipercayai diuruskan oleh sindiket berkenaan.

Selain pengedaran dadah kumpulan sama dipercayai terbabit dalam mengatur keputusan perlawanan bola sepak antarabangsa, menjalankan kegiatan jenayah culik, peras ugut, pengedaran dadah, pemalsuan dokumen, pengubahan wang haram serta beberapa pembunuhan.

Ketua Jabatan Jenayah Terancang Polis Thailand, Mejar General Pongpat Chayaphan, dilaporkan berkata pihaknya terpaksa menggunakan peralatan canggih bagi mengesan serta melumpuhkan kegiatan kumpulan berkenaan yang dikatakan mendapat perlindungan dikalangan pegawai kerajaan negara itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s