bila hidup tanpa pendirian

Harini,suhu boleh dikatakan tidaklah berapa sejuk,-6.Dapat jugalah keluar walaupun tersangat amatlah malas.”Window shopping”  la kononnya,ehe,akhirnya balik bawa roti ngan kek juga.Makanan jugalah yang jadi keutamaan,ehe.

Kebaikan itu elok budi pekerti dan dosa itu getaran dalam diri.Sejak dua menjak ni,”mood” aku seakan-akan tidak stabil dibelenggu ”keserabutan” yang amat sangat.Nasib baiklah ,xm dah habis dan kelas pun takde sekarang.Cuti-cuti malaysia la kononnya,aha.

180720080041

(adik aku jadi model arini,nurnadia)

Bila ”masalah” mencengkam kemas kepala otak aku ni,berfikir tentang adik-adikku membuatkan kepala otak aku ni tenang sedikit sebanyak.

Dari apa yang aku dapat pelajari,menabur janji ni terlalu la mudah namun untuk memenuhinya bukanlah satu tugas yang mudah.Tanpa disedari disebabkan kemanisan mulut sendiri kita telah mengecewakan ramai orang. ”Wakil-wakil rakyat” sibuk menjanjikan pembangunan,sibuk menjanjikan itu dan ini,tapi bila terpilih,10 janji yang ditabur,nak tunai 5 pun susah.Bercakap memang senang,nak buat,Allah sajelah yang tahu.

Hidup juga kelihatan kurang bermakna bila dikemudi tanpa tujuan dan matlamat yang betul.Bila tiba waktu-waktu tertentu,kita  merasakan seolah-olah ade ”sumtin wrong” la dengan diri kita ni,tapi bila dicari2,semua kelihatan ”lengkap”.”Lengkap” dengan segala keperluan dunia,”lengkap” pada zahirnya.Namun,pincang di sana sini bila dipandang dengan mata rohani.

18072008001

(nurnadia n nurbalqis-”anak2ku”,ehe)

”Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olahnya engkau orang berdagang,atau orang yang sedang melalui di jalan(pengembara).”………hingga akhir hadis.(hadis 40 dalam buku hadis 40)

Nasihat yang tersangatlah tepat,sesuai untuk dijadikan panduan hidup.Setiap orang yang ingin mengecapi hidup bahagia penuh makna di dunia dan mengecapi kesenangan nan abadi di akhirat perlulah mengamati dan menghayati maksud-maksud yang tersirat daripada hadis tersebut.

Aku merasakan pengembaraan aku sekarang ni,telah sampai ke padang pasir yang luas terbentang,dipancari sinar matahari yang terik membakar.Aku tercari-cari,di manakah ‘oasis’ yang dapat melegakan kehausan di hati.Namun,dari perjalanan yang ibarat si tempang cacat yang ‘tuahnya’ sahaja membenarkan ia berdiri,’oasis’ yang dicari,kaktus berduri yang ditemui.

Sayyidina Ali pernah menggambarkan keadaan dunia dan akhirat dengan jelas seperti berikut:

”Sesungguhnya dunia ini telah berangkat membelakangi,dan sesungguhnya akhirat itu berangkat menghadapi(mendatangi) dan bagi tiap-tiap daripada keduanya ada putera-puteranya.Maka jadilah kamu dari putera-putera akhirat dan janganlah kamu jadi dari putera-putera dunia.Kerana sesungguhnya hari ini hari amal dan tiada perhitungan,sedang keesokannya hari perhitungan dan tiada amal”

Maka jelaslah dunia ini tempat untuk beramal dan bukanlah sekadar tempat untuk bersenang-lenang.

Bila hidup di dunia ibarat ”berdagang”,maka sudah semestinya ”kampung halaman” jualah yang saban hari dirindui.Sebelum pulang ke ”kampung halaman” maka sediakanlah ”bekalan” yang secukupnya sebelum ”utusan” datang menjemput kita pulang.

Sebagai pengembara yang dalam perjalanan menuju ”ke suatu tempat”,maka sudah pastinya memerlukan bermacam keperluan dan bekalan  semasa dalam perjalanannya.Andaikata,bekalan dan keperluan tersebut tidak dicari dengan harapan akan mendapat ihsan tatkala menyusur jalan ”pengembaraan”,maka mungkin diri akan terlantar hina penuh sengsara.

img_1241

(di suatu ketika dahula,masa muda-muda dulu)

Aku dapat merasakan ”pengembaraan” aku ”seolah-olah” baru bermula.Agak liat dan perit jugalah bila diri sudah ”berusia” tetapi baru bertatih dalam menuju ”pengembaraan yang sebenar”.

Moga hidup akan menjadi lebih bermakna,lebih bahagia dan sama-samalah kita menjadi ”putera akhirat” dan bukannya raja dunia semata-mata.

p/s:terasa sudah sampai masanya untuk aku didampingi ”sang puteri”🙂

2 thoughts on “bila hidup tanpa pendirian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s