susah nak buat benda baik ni kan

Macam biasalah,bila musim sejuk ni,nak buat semua benda pun macam malas je.Benda yang senang dibuat,tak lain tak bukan ialah tidur.Sejak akhir-akhir,sesetengah benda buat aku berfikir,kadang-kadang bila kita nak buat sesuatu benda yang baik pun banyak halangan nya.Aku tertanya-tanya,apa la yang menyebabkan benda tu berlaku kan?

jawad

Aku pun kurang pasti apakah jawapan yang paling sesuai kepada persoalan yang bermain-main difikiran aku ni.Namun,perkara tersebut membuatkan aku terfikir,betapa pentingnya pembentukan INDIVIDU MUSLIM dan seterusnya KELUARGA MUSLIM.Buat masa sekarang,sebagai seorang pelajar,aku dapat merasakan seolah-olah perkara tersebut sangatlah penting dalam mewujudkan acuan yang betul dalam membina kehidupan sebagai seorang Muslim.Hidup ni menjadi tidak keruan,berserabut,tanpa arah tujuan kadang-kadang bila tiada panduan dan hanyut dibuai sejuta persoalan.

alliance5

Bosan,muak,jelak dah kan tengok orang Islam ditindas oleh orang-orang bukan Islam yang sesetengahnya sememangnya tidak lagi layak dipanggil manusia.Namun,lagilah jelak,lagilah bosan dan lagilah muak bila orang Islam ditindas dan dianiaya oleh orang Islam sendiri.Tiada lagi nilai kemanusiaan dan bila perkara tersebut berlaku,sering menjadi pertanyaan,salah siapakah semua itu?

Mencari kesalahan orang lain memang mudah,namun,untuk menghitung kesalahan dan memperbaiki diri sendiri tu mungkin sedikit susah kan.

Individu muslim,keluarga muslim,masyarakat muslim,negara muslim dan sehinggalah ke akhirnya ustaziyatul alam.Perkara yang sering menjadi bualan,menjadi target kita kan.Seronok mendengarnya,seolah-olah ”step step” yang teratur rapi,prosedur yang saling berkaitan antara satu dengan yang lain.Menjadi tanggungjawab kitalah dalam bersama sama menyusun gerak dan mengerah kerja dalam merealisasikan perkara tersebut.Sibuk merancang,namun tanpa usaha dalam melaksanakan,rasenye sia-sia la jugak jadinya.

budak

Bila dah berusia 23 tahun ni,aku telah mula berfikirla sedikit sebanyak,keluarga bagaimanakah yang ingin aku bina.Hidup bagaimanakah yang ingin aku lalui dan kebahagian yang bagaimanakah yang ingin aku kecapi.Akhir sekali,Islam yang bagaimanakah yang bakal aku berikan kepada keluarga dan masyarakat.Ditakdirkan aku mempunyai anak ”di suatu hari ” nanti,sanggupkah aku melihat nasib anak perempuan aku yang gebu dan putin tu terpenjara di sebalik pagar yang berduri??Kalau ditakdirkan benda tersebut berlaku,rasanya tiada siapa yang patut dipersalahkan lagi,dan selayaknya diri sendiri jugalah yang patut dipertanggungjawabkan,nampaknya masih terdapat kepincangan dalam pembentukan individu dan keluarga muslim dan jauh sekali pembentukan negara Islam.

kurus

Kalau kat tempat lain,ramai yang mati kebulur tak cukup makan.Tapi kalau dekat Malaysia ramai yang mati terlebih makan.Tatkala saudara-saudara kita berdukacita,kita seronok hanyut dalam lagha.Tatkala nyawa mereka dipertaruhkan kita sibuk melebarkan pengaruh,sibuk dengan segala urusan yang tanpa sedar telah membuatkan kita lupa tentang saudara-saudara kita sendiri.

Tengokla hadis 13 dalam buku hadis 40,

“Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.”

Kalaulah kita betul-betul hebat dalam bercinta,pasti perkara tersebut tidak akan berlaku.Maknanya,kita masih gagal dalam mengenal erti cinta yang sebenar.Masih banyak yang perlu kita pelajari tentang cinta.Mungkin kita ni,hanya hebat dari segi nafsu,”cinta” berbaur nafsu,cinta bercampur nafsu atau sebenarnya nafsu semata-mata.Terkeliru,yang manakah nafsu,dan yang manakah cinta.Seolah-olah kaca yang membawa watak sebagai permata.

blue-mosque-ed10582

Sama-samalah kita berdoa,sama-samalah kita berusaha dalam menjadi insan yang lebih baik dan terus-terusan sama-sama memperbaiki diri.Semoga Islam terus menyinar dan membawa rahmat keseluruh alam.

6 thoughts on “susah nak buat benda baik ni kan

  1. yang baik mmg susah nak dibuat, sebab ganjarannya besar.. yang jahat senang nak buat sebab hukumannya besar…

    bukan susah nak susah.. bukan senang nak senang..

  2. tulah,kadang2 bila kita nak buat baik siket je,macam2 tanggapanlah ada.Buat baik tak kena,buat jht pun sama.Susah jugak kita nak memahamkan orang ni.Kena mula dari yang paling bawahla rasenye.Wujudkan dulu individu n keluarga muslim n dari situlah mungkin akan wujudnya masyarakat yang dpt menilai erti kebaikan yang sebenar.

  3. bukan susah nak susah.. bukan senang nak senang..tul2 sokong tanpa bantahn

    camtu la bila Islam dagang..dan majoriti apa yg Islam sarankn baik2 belaka..tapi byk sgt cinta dunia yg melalaikn kita dari wat kebaikan di dunia

  4. pic yg org yg tk pakai seluar tu sapa? taliban ke? ayuh sama2 naik kan syiar islam..kelak kita pijak kepala mereka (org yahudi dn sekutu) pulak!

  5. yerlah,taliban la tuh,pasal yang kat afghan tuh,teruk jugak skarang,aku tgk al-jazeera punya berita,berjuta2 takde kerja pun.Even utk satu dolar sehari pun diorang sanggup kerja tapi tu pun susah nak dapat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s