Serangan ke atas Gaza satu Rahmat?

mutiara-iman

‘Serangan’ Gaza satu bala berhikmahkan ‘rahmat’?

     Kadang-kadang aku terfikir,serangan ke atas Gaza ni seolah-seolah satu bala dari Allah  atas perpecahan umat Islam itu sendiri.Mungkin apa yang terlintas di fikiran aku ni salah,kurang tepat atau jauh terpesong dari realiti yang sebenar,namun,sebagai seorang Muslim aku tetap berasa sedih dan berharap agar kezaliman ke atas saudara-saudara seagama yang berada di Gaza  akan cepat sampai kepada penamatnya.

295879393l

Abdul Azis yang kemudiannya digelar Imam Samudera memilih gelaran tersebut bagi dirinya kerana ‘imam’ bermaksud ketua dan pemimpin,manakala ‘Samudera’ bermaksud lautan yang luas,lautan yang cantik,kadangkala menakutkan,kadangkala membuatkan kita terpegun dan kadangkala ia membuatkan kita gerun ketakutan.Baginya darah seorang Muslim walaupun tumpah setitik sekalipun,ianya takkan dibiarkan begitu sahaja.Setiap titik darah yang tumpah pasti akan dibela kembali.Katanya,’’tindakan balas adalah apa yang kamu lihat dan bukanlah apa yang kamu dengar’’.

      Mungkin setiap perkataan yang diungkapkan oleh mereka yang dilabel sebagai ‘pengganas’  mempunyai maksud yang mendalam.Sedikit sukar untuk difahami,namun tiada salah rasanya jikalau kita sedikit sebanyak cuba meneliti.

     Mungkin kepentingan politik mengatasi segalanya,itulah realiti yang dapat dilihat mengikut pengamatan aku.Dunia Islam sendiri masih kurang bersatu,masih banyak pertelagahan sesama sendiri,darah umat Islam masih banyak yang ditumpahkan oleh orang Islam sendiri.Contohnya peristiwa ‘Masjid Merah’ yang berlaku di Pakistan.Seingat aku,orang yang digempur yang berada di dalam masjid tersebut adalah Islam dan orang-orang yang menggempur masjid tersebut juga adalah Islam.Aku kurang pasti ‘masalah sebenar’ yang membawa kepada peristiwa tersebut tetapi realitinya tetap Islam vs Islam.

      Seingat aku,darah umat Islam hanya halal untuk ditumpahkan pada tiga perkara seperti yang tertulis di dalam Buku Hadis 40 Imam Nawawi,Hadis 14.Tiga tempat yang mana halal darah orang Islam itu ialah apabila seorang yang telah berkahwin berzina,orang Islam yang membunuh orang Islam yang lain dan orang yang murtad.Untuk kefahaman yang lebih baik,bolehlah rujuk kembali hadis tersebut.

     Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,mungkin dengan berlakunya kezaliman ini,mata seluruh pemimpin-pemimpin umat Islam akan terbuka luas dan hati-hati mereka akan tergerak untuk mencari jalan ke arah kerjasama yang lebih baik dan menguntungkan umat Islam keseluruhannya.Cukuplah segala kekejaman yang berlaku,cukuplah penindasan yang terpaksa ditanggung oleh umat-umat Islam di tanah tempat tumpah darah mereka dan cukuplah dengan segala tipu helah serta sandiwara pemimpin-pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri.

       Kalau kita tengok cerita-cerita ‘epik’,bila berlakunya peperangan,’Raja’@’Ketua’ merekalah yang akan berada di barisan yang paling hadapan sekali bagi.Sama-sama berjuang dengan askar-askar mereka dan cuba sedaya upaya mempertahankan rakyat mereka.Namun,lihatlah realiti yang berlaku sekarang.Apabila berlakunya peperangan atau apa-apa bala bencana,pemimpin-pemimpin ni la yang awal-awal cabut lari.Tingallah rakyat jelata menanggung segala akibatnya.

      Teringat kat Omar Mokhtar,yang sehingga akhir hayatnya berusaha sedaya upaya berjuang mempertahankan  Islam dari ‘penjajah’ yang baginya tidak berhak berada di bumi  kelahirannya.Setiap lelaki mempunyai dua waktu dalam hidupnya iaitu waktu ketika hidupnya dan waktu anaknya(selepas kematian).Maka,tidak perlulah takut dalam memperjuangkan Islam kerana perjuangan kita pasti akan disambung oleh generasi yang seterusnya.Berjuang dan teruslah berjuang.

                                                                       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s