PM Turki maki Israel?

Davos World Economic Summit,seronok aku tengok bila tengok PM Turki maki si Shimon Peres.Nampakla juga macam tegas kan,tak jelas sangatla apa yang PM Turki tu cakap kan tapi padanla muka si Peres tu.Selepas ni,Turki takkan datang dah di summit kat Davos tu,tu katanya la.Betul ker tak kita tunggu dan lihat ajelah yer.

Tak kisahla Turki tu sendiri negara sekular ker apa,tapi tindakan PM dia ‘time’ tu memang berani la.Tak taulah,kalau lain yang dimaksudkan lain pula yang aku faham kan.

Continue reading

Advertisements

laporkan tok guru kepada SPRM

aku copy n paste dari:

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/01/saya-memohon-gerak-laporkan-tok-guru.html

Saya mengucapkan tahniah kepada bakal Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang bersungguh-sungguh untuk memastikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disiasat dan didakwa kerana mengarahkan pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu (lihat laporan Malaysiakini “Khir Toyo dakwa ada bukti terhadap MB Selangor“).
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) kerana membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid yang disifatkan oleh gerakan itu telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Sehubungan itu saya memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk membantu mangsa kekejaman rejim haram Israel.

Dana kerajaan negeri ternyata akan digunakan kerana Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Haji Husam Musa berkata, jumlah berkenaan akan dikutip melalui agensi-agensi di bawah kerajaan negeri.

Menurut Husam lagi, sumbangan itu bukan sahaja dari perbendaharaan negeri tetapi juga melalui agensi-agensi milik kerajaan negeri (lihat berita Harakah “Kelantan sumbang RM1 juta bantu rakyat Palestin“).

Saya juga memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk memberikan bantuan sejumlah RM1 juta kepada mangsa banjir di Johor pada Januari 2007 lalu (lihat berita Harakah “Banjir di Johor: Kelantan sumbang RM1 juta“).

Tok Guru sendiri mengakui, sumbangan dari kerajaan negeri itu dikeluarkan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk meringankan beban penderitaan mangsa tersebut.

Sebagai Mursyidul Am PAS, Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana ramai rakyat Johor yang menjadi ahli PAS atau sekurang-kurangnya beragama Islam.

Begitu juga mengenai sumbangan kepada rakyat Palestin. Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana majoriti penduduk wilayah Palestin yang ditakluki adalah saudara-maranya. Allah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya (hanyalah) orang-orang mu’min itu bersaudara” (Al-Hujuraat :10).

Saya sangat mengharapkan budi baik dan kesungguhan Gerak untuk menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan yang beliau mempunyai kepentingan dengannya di mana dana kerajaan negeri yang digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor itu pasti akan disumbangkan juga kepada ahli-ahli PAS yang turut menjadi mangsa banjir sedangkan Tok Guru sendiri adalah pemimpin PAS.

Lebih dari itu, dalam penggunaan dana kerajaan negeri sama ada kepada mangsa banjir di Johor atau mangsa keganasan Israel di wilayah Palestin yang ditakluki, Tok Guru juga ternyata mempunyai kepentingan peribadi dan kepentingan bercanggah kerana rakyat Johor dan Palestin yang beragama Islam adalah saudara-maranya.

Penggunaan dana kerajaan negeri untuk membantu saudara-mara sendiri juga melibatkan conflict of interests atau kepentingan bercanggah.

Sekali lagi, budi baik dan kesungguhan Gerak dalam menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru adalah sangat diharapkan (Permohonan kepada Gerak ini diilhamkan oleh Nur Aflah).

diari perogol terhebat

Nabi SAW bersabda:’’Kelak,umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar mengerumuni hidangan mereka”Salah seorang bertanya:’’Adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu?’’Nabi SAW menjawab:’’Tidak,pada ketika itu bilangan kalian ramai,namun kalian seperti buih di lautan dan Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan ‘Wahn’ ke dalam hati kalian”.Salah seorang bertanya:’’Apa itu Wahn wahai Rasulullah?’’Nabi SAW menjawab:”Cintakan kehidupan dan membenci kematian”{Abu Dawud dan Ahmad}

Aku tertanya-tanya berapa lamakah lagi umat Islam perlu merintih.Pihak Barat yang diketuai oleh Britain dan Perancis,mula menjajah dunia Islam pada kurun ke-19.British mula melebarkan pengaruhnya dan sedikit demi sedikit meruntuhkan pemerintahan Khilafah.Wujudlah watak-watak seperti “Lawrence of Arabia”.Seterusnya perang yang dilancarkan oleh pejuang kebangsaan Arab terhadapa Khilafah Uthmaniyyah.Pengkhianat seperti “Faisal,anak lelaki Sharif Hussain Mekah” yang dipergunakan oleh oleh British.

1915

Britain memulakan penaklukan ke atas Iraq.

1917

Deklarasi-Balfour,Britain mempersiapkan penubuhan “Israel”

General Allenby(Ketua pasukan Britain) menduduki Palestin pada 11 November 1917.General Allenby 1917 di Palestin menyatakan ‘’Hari ini Perang Salib telah berakhir”

1918

Kuasa kolonial menakluki ibu negara Khilafah,Istanbul pada tahun 1918

Selat Bospuros jatuh di bawah kekuasaan Britain dan Perancis.

1922

20 November 1922,Persidangan Lausanne bermula.

Britain menuntut 4 perkara:

1-Sistem khilafah mesti dihapuskan.

2-Khalifah mesti dibuang negeri.

3-Harta khalifah mesti dirampas.

4-Negara Turki yang baru mesti didirikan atas dasar sekular.

Mustafa Kamal mula mengeluarkan ugutan dan bertindak licik bagi memastikan semua pihak yang tidak bersetuju,menerima tuntukan Britain.Setelah gagal dalam usahanya,Mustafa Kamal lalu membubarkan persidangan parlimen secara paksa,Namun,selepas pemilihan yang baru,persidangan parlimen yang kedua juga tidak menerima tuntutan itu.Dia tetap menuruti kehendak Britain melalui konspirasi politik secara paksa.Salah seorang Ahli Parlimen ‘’House of Commons” memprotes Lord Curzon(dalang kepada Perjanjian Lausanne) dengan mempersoalkan ‘’Kenapa Turki diberi kemerdekaan sedangkan negara Arab ditakluki?”Terhadap soalan ini Lord Curzon menjawab:”Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi kerana kita telah menghancurkan kekuatan rohnya:Khilafah dan Islam”.

Seterusnya,khalifah dikepung dan diusir.

1924

3 Mac 1924.Khilafah dihapuskan.Seterusnya Mustafa Kamal mengisytiharkan penghapusan Khilafah di Istanbul dan Khalifah dikepung serta dibuang negeri pada pagi hari yang sama.Inilah harga yang perlu dibayar kepada Britain untuk dia menjadi Presiden Republik Turki sekular yang baru.

Mustafa Kamal:”Pejuang-pejuang,kita harus bergerak dengan objektif utama kita!Kita kan teruskan perancangan kita untuk perubahan.”

Sistem pendidikan Barat diperkenalkan.Tulisan Latin diperkenalkan dan tulisan Arab dimansuhkan.

1938

1938.Duta AS Joseph Clark:”Nama Mustafa Kamal akan terus abadi sebagai penubuh negara Turki Moden yang baru dan namanya akan terus terpahat di lembaran sejarah”.

Mustafa Kamal:”Turki secara hakiki merupakan sebuah negara demokrasi,saya yakin Amerika yang telah lama menempa laluan ideal (demokrasi) ini adalah rakan negara Turki dan pembantunya.Bukan itu sahaja,ini mungkin akan mencipta dunia yang penuh kasih sayang di mana semua prejudis akan terhapus dan semua negara di dunia ini akan hidup dalam keamanan dan kesejahteraan”.

1947

November 1947.PBB mendeklarasi pemecahan Palestin tidak lewat dari 16hb Mei,sebuah kerajaan sementara bagi kaum Yahudi akan mula berfungsi dengan sokongan dan bantuan dari PBB di Palestin.

“Kaum Yahudi memerlukan tempat untuk mereka tuju,adalah menjadi sikap saya bahawa kerajaan Amerika tidak akan berdiam diri melihat mangsa keganasan Hitler tidak dibenarkan membina hidup baru’’-Harry S Truman,U.S President,1945-1953.

Continue reading

hantu pun berdukacita

Ade sesetengah orang,kalau sakit pelik sikit je,hah,kena rasuk ‘hantu’,kalau kalah pilihanraya pun,hah sebab ada pengundi ‘hantu’.Maka berdukacitalah segala ‘hantu-hantu’,betapa mereka dipersalahkan dalam segala hal.

Rasanya,tidak perlulah hanya mempersalahkan ‘hantu’ semata-mata.Banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya perkara-perkara yang tidak ‘memuaskan’ hati pihak-pihak yang terbabit.Bila ‘menang’ jer pilihanraya,maka sibuklah mewarwarkan bahawa terbukti ‘pengundi hantu’ tidak wujud.Betul ker?

Continue reading

gengster terhebat

Inilah berita yang ‘agak hebat’ dalam menggambarkan ‘kehebatan’ orang melayu tatkala ‘kehebatan’ Islam yang sebenar perlu dibangkitkan.

islamicdesktop30

Aku ‘copy n paste’ jer terus dari laman web harian metro di bawah ni:

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090121090852/Article/index_html

KUALA LUMPUR: Rahsia seorang rakyat Malaysia yang dikatakan hidup mewah seperti raja terbongkar apabila dia ditahan kerana dipercayai menjadi ketua sebuah kumpulan gengster yang turut terbabit dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa di Thailand.

Kerana kelicikan lelaki itu memaksa polis Thailand mengambil masa sehingga dua tahun bagi mengumpul bukti serta membongkar kegiatan haram kumpulan berkenaan.

Hasil kegiatan jenayah itu polis Thailand, turut merampas aset kumpulan jenayah berkenaan yang bernilai lebih sejuta baht atau RM103,616.

Continue reading

bila hidup tanpa pendirian

Harini,suhu boleh dikatakan tidaklah berapa sejuk,-6.Dapat jugalah keluar walaupun tersangat amatlah malas.”Window shopping”  la kononnya,ehe,akhirnya balik bawa roti ngan kek juga.Makanan jugalah yang jadi keutamaan,ehe.

Kebaikan itu elok budi pekerti dan dosa itu getaran dalam diri.Sejak dua menjak ni,”mood” aku seakan-akan tidak stabil dibelenggu ”keserabutan” yang amat sangat.Nasib baiklah ,xm dah habis dan kelas pun takde sekarang.Cuti-cuti malaysia la kononnya,aha.

180720080041

(adik aku jadi model arini,nurnadia)

Continue reading