bilik?kedai kopi?qaedah sulbah?

  KEDAI KOPI  

 Sehari dua ni terasa sedikit terganggu,membuatkan aku sakit kepala dan agak serabut dengan sikap sesetengah orang yang nampaknya terkeliru dengan ‘’status’’ bilik aku.Nampaknya ada sesetengah orang menganggapnya lebih kepada ‘’ kedai kopi’’@’’musalla awam’’ atau apa-apa ajelah.

    Namun,bagi aku sendiri,aku lebih suka mentafsirkan bilik aku ni sebagai tempat privasi di mana aku merehatkan badan,melakukan sedikit sebanyak ibadah dan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh dianggap privasi dan tidak perlu kepada sampainya kepada pengetahuan orang luar.

     Maka berbunga-bungalah hatiku ini,jika yang datang dengan tujuan untuk solat bersama-sama,namun ketahuilah jika ingin solat isyak waktunya ialah pada pukul 8 malam,bukannya 8.15 baru datang dan borak-borak,gelak-gelak lepastu dah nak dekat 9 malam baru solat.Alangkah baik dan bertimbang rasanya kalau waktu yang ditetapkan itu dituruti.Setelah selesai solat,bersalam-salaman,maka pulanglah dengan hati yang tenang ke bilik masing-masing.Maka lapanglah dadaku,legalah  hatiku.

     Aku tidak berminat untuk ambil tahu apakah topik yang sering diborakkan,tazkirah?nasihat?saja-saja nak bercakap disebabkan dah terlalu banyak sangat benda yang hendak disampaikan.Perkara-perkara tersebut  tidak pernah menarik minatku kerana aku berpendapat setiap benda ada lapangannya yang tersendiri dan waktunya yang tersendiri.

      Kadang-kadang,walaupun melihat aku di meja study dan sedikit sebanyak cuba menelaah pelajaran,aku seolah-olah  tidak wujud dan perbualan tetap diteruskan tanpa rasa bersalah serta mengambil kira ‘’tuan bilik’’ sedang pening kepala memahami,menghafal dan sedikit sebanyak cuba menghadam benda-benda yang telah dipelajari.

    ‘’Tau tak,aku yang sedang bercakap telefon di ‘’rumah’’ aku sendiri pun disuruh memperlahan suara kerana diorang nak meeting!panas aku!’’

Itulah  antara petikan kata-kata yang digunakan oleh seorang sahabat tatkala meluahkan sedikit sebanyak masalah yang terbuku dihatinya.Aku seolah-olah telah  memahami sedikit sebanyak isi yang tersirat disebalik kata-kata yang sahabatku cuba sampaikan.’’Rumah’’,kerana di ‘’negara’’ tempat mereka ‘’belajar’’ mereka tinggal di rumah yang disewa dengan berkongsi dengan beberapa pelajar lain.Kebetulan,sahabat aku itu,tidak terlibat dengan ‘’aktiviti-aktiviti’’ yang digerakkan oleh rakannya.Namun,’’rumahnya’’ digunakan  sebagai tempat melakukan ‘’meeting’’ yang sedikit sebanyak mengganggunya dirumahnya sendiri.Terasa diri berada di suatu tempat yang asing dan seolah-olah hak sendiri dinafikan.

       Alangkah indahnya hidup ini,jika masing-masing menghormati hak orang lain,bersopan santun.Agak tercabar juga kesabaran aku ketika aku berkali-kali ‘’terjaga dari tidur’’.Terjaga bukannya dengan kehendak aku sendiri,tetapi disebabkan oleh terkejut oleh kehadiran atau perlakuan pihak-pihak yang tertentu.Adakah aku perlu meminta izin sesiapa untuk tidur dibilik sendiri?perlu meminta izin pada pukul berapakah aku perlu tidur dan bangun?Namun,mungkin menahan perasaan dan cuba bersabar merupakan perkara yang terbaik boleh aku lakukan setakat ini.

   Tidak dinafikan hal-hal tersebut sedikit sebanyak mengganggu hidupku sebagai hamba Allah yang hina yang penuh kelemahan dan mempunyai perasaan.Apa yang aku ‘’rasakan’’ ini adalah disebabkan kelemahan diri sendiri.Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan itu datangnya dari diri aku sendiri dengan izin Allah.

AL-QAEDATUL SULBAH

    Beberapa tahun yang lepas,aku dikenalkan dengan bahan rujukan yang bertajuk ‘’al-qaedatul sulbah’’.Sekadar ingin ‘’berkongsi’’ bahan ringan yang mungkin berat untuk dilaksanakan.Namun,setiap perkara ada permulaannya dan apa yang aku cuba kongsi disini bolehla dikatakan sebagai pengenalan sahaja.Masih banyak yang masih boleh digali dan dicari dari orang-orang yang lebih arif.Aku hanya sampaikan apa yang sedikit sebanyak aku ketahui,itu sahaja.Ambillah manfaat daripadanya walaupun sedikit.

MAKSUD

  Yang dimaksudkan al Qaedatul Sulbah ialah suatu golongan yang dianggap sebagai ‘’core group’’, first liner ataupun barisan kepimpinan yang mesti lahir melalui satu proses penapisan yang rapi iaitu tapisan pentarbiahan ilmu, kefahaman dan amali.

SUATU KEMESTIAN

   Pembentukan golongan tersebut merupakan suatu tuntutan bagi menggerakkan dakwah kerana ia adalah satu sunnah yang pernah berlaku sebelum ini.Contohnya,golongan muhajirin dan ansar yang banyak membantu Rasulullah dalam mengembangkan dakwah di Madinah khususnya dalam kerja-kerja pertarbiahan masyarakat dan dalam perkara-perkara yang memerlukan pengorbanan harta dan nyawa.

HARTA DAN NYAWA?

     Adakah kita mempunyai kesanggupan untuk menghabiskan harta dan meletakkan nyawa sebagai taruhan dalam menyampaikan dakwah Islam?Jika ya,Alhamdulillah.Semoga Allah terus-terusan memberikan pertolonganNYA.Jika tidak?Jangan berputus asa,kerana setiap benda ada permulaannya dan setiap perubahan atau anjakan memerlukan masa dan istiqamah yang mantap.Lakukan perubahan walaupun sedikit,namun perubahan yang istiqamah dalam terus-terusan mencari kebenaran dan bukannya perubahan mendadak yang hanya akan bertapak sementara di dalam jiwa.

     Bila sedikit sebanyak mempelajari tentang pembentukan ‘’penggerak’’ ini,terlalu amat banyak lagi perubahan yang perlu aku lakukan pada diri sendiri.

 MEMPELAJARI SATU KEPERLUAN

    Aku berpendapat mempelajari sesuatu merupakan satu keperluan.Mungkin buat masa sekarang kita masih belum mampu untuk mengamalkan sepenuhnya apa yang kita pelajari,namun bukankah dengan mempelajari itu telah membuktikan bahawa kita telah mengambil satu langkah untuk melakukan perubahan pada diri?Itu adalah pendapat peribadi semata-mata.Terus sambung kepada Al-Qaedatul Sulbah.

KEPENTINGAN DAN FUNGSI

1-Tapak yang kukuh dalam merancang dan merencanakan.’’Mastermind’’ di dalam kegiatan-kegiatan dakwah yang dijalankan.

2.  Kumpulan yang penting yang akan bertindak sebagai pemangkin di dalam skop dakwah dan pentarbiahan .

3. Tulang belakang dalam jamaah Islam dan masyarakat Islam.

4. Golongan yang senantiasa konsisten, iltizam dan istiqomah terhadap dasar dan manhaj yang benar.

PEGANGAN YANG PERLU DALAM MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS KEPIMPINAN DALAM BERDAKWAH

1-Bersungguh-sungguh memegang amanah dah mengembangkan Kitab Allah.

2-Ilmu dan hikmah.

3-Mempunyai sifat belas kasihan.

4-Bersih dari segala pencemaran dosa.

5-Taat,taqwa dan berdisiplin.

6-Berbakti kepada orang tua.

7-Tidak sombong dan angkuh.

8-Tidak pernah derhaka.

   Rasanya,cukupla setakat itu sahaja sebagai pencetus atau permulaan dalam mempelajari apakah itu Al-Qaedatul Sulbah.Jika ada yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut,rujuklah kepada orang yang lebih arif dan jika berkeinginan untuk mendapatkan huraian penuh artikel ini.Aku bersedia untuk berkongsi bahan yang aku ada.

   Berdasarkan pertimbangan aku yang mungkin betul dan salah ini,aku berpendapat ‘’kurang sesuai’’ untuk berkongsi ‘’bahan penuh’’ secara umum.Cukuplah kepada orang-orang yang ikhlas berminat untuk mempelajari dan cuba memahami.

p/s:kalau nak,boleh minta ngan aku,nanti hantar melalui email

 

 

 

 

 

 

2 thoughts on “bilik?kedai kopi?qaedah sulbah?

  1. Assalamu ‘alaikum.. Qaedah sulbah? ada penerangan lagi? boleh tolong hantar melalui emel?
    Sebelum undur diri, nak minta maaf banyak2 kalau undangan conference yg kami semua buat tu mengganggu.. Betul juga, kalau selalu sangat buat majlis ilmu nanti takut bosan, macam hadis nabi.. aasif jiddan.

    Syukran jazeelan

  2. wslm,xdelah rasa terganggu ker apa,kalau ada masa boleh je join.Kalau bz taklehla.Kalau ada lagi,invite la.Tak rasa terganggu pun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s