majlis kufur?

Bismillah al-Rahman al-Rahim

 

 

 

 

Buat kaum muslimin yang yakin akan keagungan Islam,

Yang yakin akan keutuhan Islam,

Yang merindukan kembalinya kehidupan Islam,

Yang mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas

Cintanya kepada harta , keluarga dan jiwanya sendiri.

 

Untuk Kaum Muslimin yang dinyatakan oleh Allah:

“Dan orang-orang yang mencurahkan kemampuannya

Semata kerana Kami,niscaya pasti Kami

Tunjuki jalan Kami”,

 

Untuk orang-orang yang saya cintai,

Yang sanggup mengorbankan apa yang dimilikinya

untuk kemuliaan dan keagungan agamaNya,

Risalah ini aku persembahkan..

 

 

     Sejak awal penciptaan manusia lagi, Allah Subhanahu Wa Ta’aala telah memberikan dua jalan bagi manusia iaitu jalan keimanan kepada Allah SWT dan RasulNya serta apa yang diturunkan kepadanya dan jalan kedua ialah jalan kekufuran.Menjadi tanggungjawab dan sudah menjadi suatu perkara yang fitrah bagi kita, seharusnya memilih jalan yang akan menguntungkan kita di dunia dan akhirat.Mungkin jalan yang sedang kita lalui membawa sedikit kegembiraan di dunia tetapi bakal mengundang seksaan perit di akhirat kelak,dan mungkin juga jalan yang kita sedang lalui sedikit ‘susah’ namun Insyaallah bakal mengundang kesenangan yang abadi.’Susah’ yang boleh ditakrifkan dengan pelbagai maksud,susah yang sememangnya susah,susah yang sebenarnya senang dan susah yang………………….

 

  Dewasa ini, kita melihat pertembungan di antara keimanan dan kekufuran telah mencapai kemuncaknya di pentas dunia iaitu pertembungan di antara umat Islam dan kuasa kufur yang diketuai oleh Amerika dan sekutunya. Ketika ini kita telah menyaksikan kezaliman Amerika yang menzalimi umat Islam, menceroboh tanah umat Islam dan menyebarkan kehidupan kufur dan Kapitalis dikalangan umat Islam.

 

 

 

     Realitinya merekalah yang merupakan pengganas yang sebenar, yang secara fanatiknya menggunakan industri mereka untuk melancarkan peluru berpandu, kereta kebal dan askar untuk membunuh beribu-ribu orang dari Iraq ke Palestin dan Kashmir untuk mendapatkan kekayaan meterial mereka.

 

Dan apabila diperkatakan kepada mereka, ‘Jangan melakukan kerosakan di muka bumi ini’, mereka mengatakan: ‘Kami hanya melakukan keamanan’. Sesungguhnya merekalah yang melakukan kerosakan tetapi mereka tidak mengetahui

[Al-Baqarah: 11-12]

 

     Mereka melaung-laungkan sekularisma dan demokrasi supaya hukum Allah SWT hanya berperanan di dalam masjid, munajat, Ramadhan dan ibadah lainnya, manakala idea-idea, nilai, undang-undang dan sistem buatan manusia iaitu Kapitalisme yang mengawal politik, ekonomi, sistem sosial dan apa-apa yang berkaitan dengan kehidupan. Sasaran kempen ini meliputi semua kawasan dan negara kaum muslim.

 

Sesungguhnya orang-orang kuffar akan membelanjakan kekayaan untuk menghalang manusia kepada jalan Allah (agama-Nya)….

[Al-Anfaal: 36]

 

     Idea sekularisme, Kapitalisme dan demokrasi telah wujud selama 30 tahun lalu. Adakah ia dapat memberikan suatu yang baik dan bermoral kepada masyarakat? Yang pasti jenayah, korupsi, ketidakadilan yang melampau dan kebergantungan umat Islam kepada negara lain adalah kerana ianya berpunca dari pengambilan dan penerapan sistem kufur ini dalam kehidupan kaum Muslimin.

 

     Islam dan Kapitalisme/Sekularisme tidak boleh berdiri bersama-sama iaitu berada pada jalur yang sama atau seiring. Kecintaan kita kepada Allah SWT dan Rasul-Nya menjadi suatu keharaman untuk kita mendiamkan diri terhadap sistem buatan manusia yang wujud dalam masyarakat. Islam memerintahkan kita untuk menerima sistem yang datangnya daripada Allah SWT dalam semua kehidupan masyarakat dan individu dari sudut sosial, ekonomi dan sistem politik.

 

Allah SWT memberikan amaran kepada kita iaitu:

 

Apa sahaja yang Rasul memberikan kepada kamu, maka ambillah. Dan apa sahaja yang dia (Muhammad) melarang, maka jauhkan darinya….

[Al Hasyr: 7]

 

Jadi adakah hanya sebahagian sahaja yang kamu ambil dari Kitab itu yang kamu percayai, dan kamu menolak bahagian lainnya? Apakah ganjaran dari kalangan kamu yang melakukan yang demikian selain dari kehinaan di dunia? Dan di Hari Akhirat kamu akan dikenakan siksa yang amat berat..…

[Al-Baqarah: 85]

 

“…..Barangsiapa tidak memutuskan perkara (hukum) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir.”

[Al-Maa-idah: 44]

 

“……Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

[Al-Maa-idah: 45]

 

“……Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.”

[Al-Maaidah: 47]

 

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”

[Al-Maa-idah: 50]

 

 

Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-lankah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

[Al-Baqarah: 208]

 

    Adakah ‘sistem’ yang  kita jalani sekarang mematuhi kehendak di atas?jika tidak, menjadi suatu keharaman bagi kita mendiamkan diri?apakah peranan kita?apakah yang mampu kita buat?adakah kita sebenarnya dalam diam menyokong sistem tersebut?Persoalan-persoalan mudah yang boleh kita ajukan pada diri sendiri dan menjawabnya dengan jujur.

 

 

      Hari ini, tiba masanya untuk semua umat Islam mengambil sepenuhnya Islam sebagai sistem kehidupan dalam masyarakat dan mengambil bahagian dalam pertembungan di antara Islam dan kufur. Bagaimanakah kita boleh mengaku mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya dan pengikut sebenar Rasul-Nya, sedangkan kita membiarkan idea, emosi dan aktiviti kufur yang tersebar luas dalam masyarakat kita. Kita tidak boleh mendiamkan diri terhadap pertembungan ini, kerana ia berkaitan dengan keimanan kita semua.

 

    Bagaimanakah pula dengan majlis-majlis yang menggabungkan unsur Islam dan kufur?Perlukah kita menyertainya?Menyokongnya?Meng’’innocent’’ kan diri dan sama-sama menghadirinya?Mungkin ada sesetengah manusia yang berpandangan bahawa hanya Islam sahaja belum cukup untuk menangani variasi kehidupan yang pelbagai,maka mereka mencampurkan-adukkan unsur kufur bagi menambah variasi dalam gaya dan persembahan mereka.Mungkin ada yang menganggap Islam ini,seolah-olah ‘sejenis kuih’,boleh diubahsuai,boleh ditokok tambah,hanya ‘makan’ bahagian-bahagian yang digemari dan ‘buang’ bahagian-bahagian yang gagal memuaskan nafsu diri.

 

      Sekiranya tanggungjawab ini kita tidak endahkan dan pedulikannya bermakna kita membiarkan kehancuran pada masyarakat. Telah tiba masanya kita berdiri di samping Rasulullah SAW, para sahabatnya dan kaum muslimin yang ikhlas yang telah bertembung dangan kekufuran dalam jangka masa yang agak lama. Hanya merekalah yang akan berjaya di akhirat dengan izin Allah SWT.

 

     Maka,adakah menjadi keperluan bagi kita untuk melibatkan diri dalam ‘’sesuatu benda’’ yang jelas memasukkan unsur-unsur kufur didalamnya?perlukan kita menyibukkan diri menyiapkan segala ‘prop’,segala ‘iklan’,segala benda sekalipun yang menyumbang kepada kejayaan dalam penganjuran aktiviti-aktiviti yang jelas terdapat unsur kufur didalamnya.

     

 

     Dengan jumlah yang melebihi 1/6 populasi dunia, tanah yang sangat luas dan kekayaan semulajadi yang melimpah ruah, tetapi kita sebagai umat Islam seolah-olah tinggal dalam keadaan yatim piatu apabila kawasan dan kaum Muslim diserang. Ini kerana negara kaum Muslimin sekarang ini dihambakan kepada pemikiran sistem dan polisi barat yang batil. Negara kufar merancang untuk mengawal kekayaan umat Islam secara ketenteraan, politik, ekonomi dan juga intelektual.

 

Allah SWT telah berjanji kepada kaum Muslimin yang berusaha ke arah jalan-Nya mendapat pertolongan dan kemenangan-Nya.

 

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah (Agama-Nya), niscaya Dia akan menolong kamu dan menetapkan telapak kakimu.

[Surah Muhammad: 7]

 

 

Wallahua’ lam

 

 

 

 

 

 

 

 

8 thoughts on “majlis kufur?

  1. artikel2 gini xde pulak orang nak bangkang/marah2. hehe.

    bila guna ayat2 quran, tau pulak dia senyap.
    bila x guna ayat2 quran, bising bangar.

    slalu duk sebut “sami’na waata’na” (kami dengar dan kami taat) dalam ayat aamana-rasul….

    part “sami’na” (kami dengar) tu dah setel dah.
    tinggal part “waata’na” (kami taat) tu je yg duk sangkut lagi.

    berperang dengan syaitan2 di sekeliling yg sibuk menghasut kot.

    apa2pun, ingatlah Allah da bgtau kat 45:8,

    “orang yg mendengar ayat2 Allah ketika dibacakan kepadanya, namun dia tetap menyombongkan diri seakan-akan tidak mendengarnya. Maka peringatkanlah dia dengan azab yang pedih”

    ke, kita nak jadi supo yg Allah kabo ni,
    “maka tidakkah mereka menghayati al-quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?” [47:24]

    😀

  2. salam..
    alhamdulillah. artikel cukup jelas. insyaallah, setelah membaca artikel ni, harap, kita sebagai orang yang boleh berfikir dengan waras dan matang, dapat faham, aplikasi, dan berusaha membetul diri, menambah ilmu, dan bertindak. lahirkan keharmonian islam sebenar.

  3. wslm.Insyaallah sentiasa mencuba dalam menggunakan ‘bahasa’ yang difahami semua,colourful sikit tulisan kali ni.Hi3

  4. hahahaha. smpat gak ko nak berpoyo kejap yer. neway good job. keep up thegood work. Allah sentiasa berada di sisi org yang benar😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s