pakai tapi bogel(pantun aku tulis khas kat bawah)

   Erm,aku bacala artikel yang ”member” aku tulis,then nak tergelak la sebab sebelum ni adela ”orang” kata die tak penah tgk pun orang ”berbogel” pergi ”mana2”.

Ni la petikan  dari artikel yang die tulis:

BATAS PERGAULAN DALAM MAJLIS

 

Pertama; hendaknya setiap muslim wajib menjaga pandangan matanya bagi mengelakkan fitnah.

 

Kedua; hendaknya setiap muslim wajib melindungi aurat masing-masing dengan berbusana yang mematuhi kehendak Islam agar terhindar daripada fitnah. Dalam konteks wanita, Allah melarang wanita Islam daripada tabarruj (maksudnya: berhias) melalui firman-Nya, “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu bertabarruj jahiliah seperti orang-orang jahiliah terdahulu…” (maksud Surah Al-Ahzab: 33).

 

Berhubung dengan ayat ini, Imam Mujahid berkata, “suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Inilah yang dimaksudkan sebagai tabarruj al-jahiliah.” Imam Qatadah pula berkata, “suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang mengghairahkan. Inilah yang dimaksudkan dengan tabarruj al-jahiliah  yang terdahulu.” Manakala Imam Muqatil bin Hayyan berkata, “tabarruj berlaku apabila kaum wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher, rantai dan subang mereka”. (Sumber: Al-Asas fi at-Tafsir oleh Said Hawwa)

 

Dalil wajib menutup aurat: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau bapa suami mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita muslim, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…” (maksud Surah an-Nur: 31)

 

Di samping itu, Nabi Muhammad pernah berkata, “ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Lelaki yang pada tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun berbogel dan berlenggang-lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian.” (hadis riwayat Muslim)

 

Dalil-dalil di atas sebenarnya bertujuan untuk memuliakan kaum wanita dan menyuruh mereka agar sentiasa menjaga kemuliaan itu di samping memelihara sebarang kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka seperti kecantikan.

 

Menutup aurat bukannya lambang penindasan bagi wanita sebaliknya lambang ketinggian harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita jahiliah. Ibarat anda memiliki emas, takkanlah anda mahu menunjukkah kepada khalayak. Bahkan mesti anda mahu menyimpannya di tempat paling selamat. Begitu juga halnya akan aurat.

 

Maka dapatlah kita simpulkan bahawa kewajipan menutup aurat bukanlah sebagai pilihan individu. Malah lebih kepada pematuhan terhadap agama. Jika alasan lapuk seperti ‘tak perlulah judge melalui luaran, tapi tengoklah hati masing-masing’ masih dimainkan, hal ini sudah tidak relevan. Mana mungkin seorang wanita yang baik, patuh dan taat akan berani melanggar suruhan Tuhannya? Sudah tentu mereka akan mengenakan tudung dan menutupi aurat mereka tanpa mengira di mana atau bila. Jelaslah, hanya wanita yang ingkar, rosak hatinya sahaja yang berani mengingkari kewajipan ini.

 

Ketiga; tidak bercampur antara lelaki dan wanita. Hal ini diungkapkan Abu Asied, “Rasulullah SAW pernah keluar dari masjid dan pada saat itu bercampur-baur antara lelaki dan wanita di jalan, maka baginda bersabda, “mundurlah kalian (wahai kaum perempuan), bukanlah untuk kalian berada di tengah-tengah jalan, bahagian kalian ialah di pinggir jalan (hadis riwayat Abu Dawud).

 

Selain itu, Ibnu Umar berkata, “Rasulullah SAW melarang lelaki berjalan di antara dua wanita.” (hadis riwayat Abu Dawud).

 

Dalil-dalil ini tidak bermaksud untuk mengongkong pergerakan wanita Islam. Ia juga tidak bermaksud tempat bagi kaum wanita hanyalah di dalam rumahnya sahaja kerana Khalifah Umar al-Khattab RA pernah melantik seorang wanita yang bernama Ummu As-Shifa binti Abdullah menjadi penyelia pasar di Madinah. Islam mengizinkan wanita untuk keluar dari rumah untuk memenuhi keperluan yang baik, seperti mencari ilmu sama ada yang fardhu-ain atau fardhu kifayah, menziarahi ibu bapa serta mencari rezeki yang halal demi memenuhi keperluan hidup sekadar menurut batas-batas yang telah ditetapkan.

 

 

Keempat; tidak berbuat sesuatu yang dapat mendekatkan diri pada perbuatan zina, apatah lagi melakukannya. Misalnya berkhalwat.

 

Kelima; menjauhi bicara yang tidak perting dan sia-sia seperti berbual kosong.

 

Atas sebab-sebab di atas, maka perlulah etika Islami patut diambil kira, bukannya ditolak ke tepi dengan hanya mengutamakan nafsu serakah yang tak akan habis-habis dimomokkan dengan perkara duniawi.

 

            Panjang  jugakla artikel yang die tulis,tapi aku potong sekerat jerla,”full version” masih dalam simpanan.

 

Bila baca artikel tu rasa nak berpantun plak:

 

Pakai baju ketat-ketat,pakai seluar sendat-sendat,

Pakai skirt sekerat-sekerat,pakai tudung singkat-singkat,

Wai(why) u rase u hebat-hebat,u ade makan nerakaproof punya ubat??

Ai(i) saje sakat-sakat,manetau pasni u reti nak betobat.

 

(hak ciplak terpelihara)

 

p/s:aku telah merosakkan pantun melayu,ha3

 

 

 

 

 

    

 

 

4 thoughts on “pakai tapi bogel(pantun aku tulis khas kat bawah)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s