setan la ko!

syahadatkan-us

‘’Setan la ko!’’

‘’Perangai macam setan!’’

‘’Perangai sundal sebijik macam setan!’’

     Ungkapan yang sering digunakan tatkala marah menguasai diri .Boleh dikatakan ianya adalah ungkapan biasa yang digunakan dikalangan masyarakat sekarang terutamanya di kalangan remaja.

     Perkataan ‘’setan’’ acap kali digunakan walhal mereka sendiri tidak mengenali apakah@siapakah ‘’syaitan’’ itu sebenarnya.

      Maka,marilah kita sedikit sebanyak ‘’berkenalan’’ dengan syaitan .

 

 SYAITAN

Syaitan adalah golongan jin yang menderhaka, sombong, pengacau dan fasik.

Allah s.w.t. telah memberi amaran kepada orang yang beriman supaya tidak

mengikut jejak langkah syaitan, kerana syaitan itu sentiasa menggoda dan

menyuruh manusia supaya melakukan kejahatan, seperti yang jelas tersebut dalam

 

Surah an-Nur ayat 21:

‘’Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkahlangkah

syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan,

maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji

dan yang mungkar.’’

 

Dari awal lagi Allah s.w.t. telah memberi peringatan kepada manusia bahawa

syaitan itu adalah musuh. Oleh sebab itu manusia mesti menganggapnya sebagai

musuh.

Dalam Surah Faatir ayat 6 Allah berfirman:

 

‘’Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu, maka anggaplah ia musuh,

kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya

menjadi penghuni api yang menyala.’’

 

Dalam Surah al-An’am ayat 112 & 113, perkataan syaitan juga dirujuk kepada

manusia yang bersifat atau kelakuannya seperti syaitan.

 

‘’Dan demikian juga, Kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh iaitu syaitansyaitan

yang terdiri daripada jenis manusia dan jin, sebahagian daripada

mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan yang indahindah

untuk menipu.’’

 

Selain itu dalam Surah al-Baqarah ayat 14, perkataan syaitan juga dirujuk kepada

pemimpin-pemimpin kaum munafik dan kafir kerana mereka itulah yang telah

menyesatkan pengikut-pengikut mereka:

 

‘’Dan bila mereka pergi mendatangi syaitan-syaitan mereka (pemimpin),

mereka berkata: Sesungguhnya kami tetap sependirian dengan kamu, kami

hanya berolok-olok.’’

78

 

Syaitan juga dirujuk kepada sesuatu yang kotor, busuk atau penyakit sebagaimana

yang tersebut dalam sebuah hadis yang berbunyi:

 

‘’Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Engkau daripada syaitan

jantan dan betina.’’

Al-khubth (syaitan jantan) dan Al-khabaith (syaitan betina) adalah bakteria atau

bibit penyakit yang banyak terdapat di tempat-tempat kotor seperti tandas.

 

     Kenal dah siapakah@apakah ‘’syaitan’’ tu?Kepada siapa atau apakah perkataan ‘’syaitan’’ itu dirujuk?Rupa-rupanya aku sendiri pun pernah berjumpa dengan ‘’geng-geng setan’’ ni yer.

      Secara kesimpulannya,’’syaitan’’ berada dimana-mana sahaja dan ‘’syaitan’’ yang ‘’dirujuk’’ sebagai  ‘’syaitan’’ juga  ‘’bersepah-sepah’’ dimana-mana juga.

 

p/s:aku kenal gak ngan beberapa  ‘’ekor’’ setanJ

 

Advertisements

kita mana boleh kahwin!anti ikut jemaah lain,ana ikut jemaah lain

 

tudong_beyondfacevalue

FIKRAH KITA BERBEZA?

‘’Ana tengok anta ni masih tak dapat bagi komitmen 100% kepada fikrah yang kita pegang’’

‘’Fikrah aku dengan ko berbeza,kita mana boleh bekerjasama’’

‘’Fikrah aku lebih baik dari fikrah ko!’’

‘’Kita mana boleh kahwin,ana ikut jemaah lain,anti ikut jemaah lain’’

    Di atas adalah ungkapan-ungkapan yang sering digunakan.Ungkapan yang pada pendapat aku perlu diperbetulkan kerana lebih menjerumuskan ke arah perpecahan dan bukannya kea rah kesatuan.’’Perbezaan fikrah’’ yang sering diperdebatkan bukanlah disebabkan oleh ‘’perbezaan fikrah Islamiah’’ tetapi disebabkan oleh oleh ‘’perbezaan fikrah jemaah’’.’’Perbezaan fikrah jemaah’’ tersebut hanyalah disebabkan oleh ‘’sedikit perbezaan dalam cara kerja(cara berdakwah)”.

    Sudah menjadi kebiasaan juga,yang sering membangkitkan perkara tersebut kebiasaannya hanyalah ‘’pihak-pihak bawahan’’ dan bukannya ‘’orang-orang atasan’’ jemaah-jemaah tersebut.Kelakuan orang-orang  bawahan tersebutlah yang sering memeningkan pihak atasan. J

BUKAN SEBAB PERPECAHAN

  Sedikit perbezaan dalam cara kerja tidak perlulah dilihat sebagai satu sebab yang membawa kepada perpecahan.Namun jadikan sedikit perbezaan ini sebagai satu rahmat yang mampu menutupi dan melengkapi kelemahan yang ada.Saling melengkapi di antara satu sama lain.

  Tidak perlulah menjatuhkan,memburukkan atau terus-terusan memperbesarkan perkara-perkara tersebut.Tidak perlulah menyebarkan kelemahan-kelemahan pihak lain dan teruslah memantapkan strategi serta memperkasakan tenaga kerja yang sedia ada.

FIKRAH PERJUANGAN ISLAM

 Perjuangan  Islam pada  hari  ini merupakan warisan perjuangan  dari  Rasulullah  SAW.  Semasa  hayatnya, baginda telah melaksanakan  tugas  perjuangan  dengan  penuh tabah dan ketaqwaan.  Apa yang  diimpikan oleh baginda tidak lain ialah untuk mempastikan Islam terus terbela, berkembang dan memerintah dunia ini. 

MANHAJ PERJUANGAN ISLAM

Fikrah perjuangan Islam merujuk kepada manhaj (sistem) perjuangan Islam yang menepati ciri-ciri Islami. Perjuangan Islam adalah bermatlamat untuk menegakkan u’budiyyah kepada Allah dan menolak toghut sepenuhnya. Proses perjuangan ini hendaklah dilaksanakan mengikut manhaj yang mengandungi ciri-ciri yang tertentu iaitu:

a. Rabbaniyyah

b. Syumuliyyah

c. Inqilabiyyah

d. ‘Alamiyyah

PRINSIP-PRINSIP UMUM DALAM MANHAJ PERJUANGAN ISLAM

Dalam Sirah Rasulullah SAW, terdapat pelbagai bentuk tindakan yang telah dilakukan untuk mencapai matlamat menegakkan Daulah Islamiyyah. Berikut adalah beberapa prinsip umum dari perjuangan Rasulullah SAW:

a) Risalah Dan Jalan Penyampaian Yang Jelas

b) Bergerak Mengikut Kemampuan

c) Melaksanakan Hazar (Waspada)

d) Menimbang Kemaslahatan Dakwah Demi Tuntutan Syari’at

     Apa yang aku gariskan di atas hanyalah rangka ringkas tanpa huraian yang panjang lebar.Bagi mengetahui huraian yang lebih lanjut,perkara tersebut bolehlah dicari dan dirujuk dengan inisiatif sendiri.

      Berpandukan kepada maksud umum syari’at Islam ini, maka setiap tindakan yang dilakukan hendaklah menetapi dua prinsip khusus iaitu menolak kemudharatan dan menghilangkan kesempitan. Untuk menepati prinsip ini, Harakah Islamiyyah hendaklah melaksanakan amar ma’aruf nahi mungkar dalam masyarakat dengan menekankan dua faktor penting iaitu berhikmah dalam segala tindakan dan mengambil kira waqi’ (keadaan semasa).

BERLAINAN JEMAAH?

  Berlainan jemaah bukanlah satu sebab yang perlu digunakan bagi mencetuskan perpecahan.Jadikan perkara tersebut sebagai satu rahmat yang melengkapi kekurangan yang ada.Tidak perlulah bermasam muka,tuduh menuduh dan berebut mad’u  yang seterusnya akan hanya menyumbang kepada perpecahan.

 

 

 

lebihan doktor menjelang 2015

    

      Bila aku baca ”tajuk” artikel tu,agak terkejut jugala.Mane taknya,dengan wujudnya  satu ”trend” dah pelajar-pelajar yang boleh dikatakan agak cemerlang dalam akademik ramai yang akan ambil medik.Taknakla,golongan-golongan macam ni pula yang banyak menganggur.

 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_29.htm

    ”Ambillah perubatan,nanti senang nak dapat kerja”,modal yang sering digunakan oleh segelintir mak ayah.Disebabkan itu jugalah,wujud segelintir pelajar  yang terjun dalam bidang ni hanya disebabkan ”suruhan”  mak ayah semata-mata.Bila dah mula belajar,ada yang jadi berminat untuk teruskan,namun ada juga segelintir yang tidak mampu menyemai  perasaan minat tu dan seterusnya merugikan mereka sendiri juga.

SUDAN DEATHWASH

    Tidak perlulah menyalahkan sesiapa,setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.Yang penting,sebelum membuat keputusan mintalah petunjuk dari Allah.Insyaallah pertolonganNYA sentiasa bersama kita.

     Aku sendiri pada awalnya tidaklah terlalu berminat untuk menceburi bidang ni.Namun,setelah beberapa ketika,minat itu datang dengan sendirinya.Alhamdulillah berkat pertolongan ALLLAH.

      Tak kenal maka tak cinta,bila dah jatuh cinta ni,barulah tahu langit ni tinggi ker rendah.:)

p/s:xm lambat lagi!tahun depan!now,cuti-cuti mode,ehe

jim?isma?pas?karisma?pks?

JIM?ISMA?PAS?KARISMA?PKS?

    Mungkin ramai telah membaca artikel yang ditulis oleh Ustaz Asrizal yang bertajuk ,’’Kenapa anda berdakwah siri 3(saya nak jadi wakil!)’’.Kepada yang telah membacanya mungkin anda sedikit sebanyak telah melupainya dan kepada yang belum membacanya mungkin anda boleh membuka hati untuk membacanya.

http://saifulislam.com/?p=944

    Sekadar ingin berkongsi sahaja.Aku bukanlah orang yang layak rasanya untuk berkata apa-apa tentang jemaah atau yang sewaktu dengannya.Hanyalah sedikit perkongsian sahajalah yang mampu aku tawarkan.

     Mungkin ada segelintir yang kurang bersetuju tentang artikel tersebut,namun kebenarannya tetap ada.Aku hanya bercakap tentang apa yang aku alami sahaja.

Contohnya,’’*** lebih baik sebab pas kurang tarbiah’’,aku sering mendengar isu ini ditimbulkan,diucapkan berulang-ulang kali.Diucapkan kepada aku,diucapkan kepada junior dan perkara tersebut terus-terusan diucapkan dan diulang-ulang perbuatan tersebut tanpa rasa bersalah walau sekelumit sekalipun.Perkara tersebut kurang selari dengan kehendak akal aku dan sedikit sebanyak menyalahi kehendak hati aku.Aku kurang pasti,apakah yang mereka akan dapat dengan menceritakan kelemahan pihak lain bagi meraih sokongan bagi pihak mereka.Adakah sekadar dijadikan modal untuk perbualan?Adakah memang ikhlas?

     Walaupun ikhlas,rasanya kurang tepatlah cara yang digunakan itu.

MEMPERSOALKAN KEPUTUSAN ORANG LAIN

    Bagi aku,setiap orang ada kecenderungan untuk memilih apa yang dirasakan sesuai dengan diri dia.Namun,ada segelintir pihak masih suka mempersoalkan keputusan yang orang lain buat.Seolah-olah HANY A  cara kerja mereka yang betul dan HANYA program mereka yang bagus.

‘’Apa yang kau dapat dengan pergi ke sana’’,antara ayat yang digunakan.

    Bagi aku,matlamat kita adalah satu,namun sedikit perbezaan dalam cara kerja merupakan lumrah.Saling melengkapi antara satu sama lain.Aku tidak nampak apakah keperluan dalam terus-terusan mempersoalkan tindakan orang lain tanpa asas yang kukuh.

Ada setengah orang,siap ‘’repot’’ kat ustaz lagi,budak ni tak pergi ‘’program’’ kat ‘’sini’’ tapi pergi ‘’program lain’’ dekat sana.Bila dah sampai tahap tu,bagi aku,no komenla.

Bacalah ‘’artikel tu’’ dengan teliti,aku sekadar ingin berkongsi sahaja,baca sekali dengan komen-komennya sekali.Aku bukanlah penyokong kuat sesiapa.Anggaplah aku ‘’neutral’’ buat seketika.Ehe.Bagi aku artikel yang ditulis oleh Ustaz Asrizal tu memang realiti yang berlaku.Sangat bernas!5 bintang!

p/s:aku pun tak pi program kat ‘’sini’’J,maybe nak cari yang kat ‘’sana’’ juga kot.

bilik?kedai kopi?qaedah sulbah?

  KEDAI KOPI  

 Sehari dua ni terasa sedikit terganggu,membuatkan aku sakit kepala dan agak serabut dengan sikap sesetengah orang yang nampaknya terkeliru dengan ‘’status’’ bilik aku.Nampaknya ada sesetengah orang menganggapnya lebih kepada ‘’ kedai kopi’’@’’musalla awam’’ atau apa-apa ajelah.

    Namun,bagi aku sendiri,aku lebih suka mentafsirkan bilik aku ni sebagai tempat privasi di mana aku merehatkan badan,melakukan sedikit sebanyak ibadah dan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh dianggap privasi dan tidak perlu kepada sampainya kepada pengetahuan orang luar.

     Maka berbunga-bungalah hatiku ini,jika yang datang dengan tujuan untuk solat bersama-sama,namun ketahuilah jika ingin solat isyak waktunya ialah pada pukul 8 malam,bukannya 8.15 baru datang dan borak-borak,gelak-gelak lepastu dah nak dekat 9 malam baru solat.Alangkah baik dan bertimbang rasanya kalau waktu yang ditetapkan itu dituruti.Setelah selesai solat,bersalam-salaman,maka pulanglah dengan hati yang tenang ke bilik masing-masing.Maka lapanglah dadaku,legalah  hatiku.

     Aku tidak berminat untuk ambil tahu apakah topik yang sering diborakkan,tazkirah?nasihat?saja-saja nak bercakap disebabkan dah terlalu banyak sangat benda yang hendak disampaikan.Perkara-perkara tersebut  tidak pernah menarik minatku kerana aku berpendapat setiap benda ada lapangannya yang tersendiri dan waktunya yang tersendiri.

      Kadang-kadang,walaupun melihat aku di meja study dan sedikit sebanyak cuba menelaah pelajaran,aku seolah-olah  tidak wujud dan perbualan tetap diteruskan tanpa rasa bersalah serta mengambil kira ‘’tuan bilik’’ sedang pening kepala memahami,menghafal dan sedikit sebanyak cuba menghadam benda-benda yang telah dipelajari.

    ‘’Tau tak,aku yang sedang bercakap telefon di ‘’rumah’’ aku sendiri pun disuruh memperlahan suara kerana diorang nak meeting!panas aku!’’

Itulah  antara petikan kata-kata yang digunakan oleh seorang sahabat tatkala meluahkan sedikit sebanyak masalah yang terbuku dihatinya.Aku seolah-olah telah  memahami sedikit sebanyak isi yang tersirat disebalik kata-kata yang sahabatku cuba sampaikan.’’Rumah’’,kerana di ‘’negara’’ tempat mereka ‘’belajar’’ mereka tinggal di rumah yang disewa dengan berkongsi dengan beberapa pelajar lain.Kebetulan,sahabat aku itu,tidak terlibat dengan ‘’aktiviti-aktiviti’’ yang digerakkan oleh rakannya.Namun,’’rumahnya’’ digunakan  sebagai tempat melakukan ‘’meeting’’ yang sedikit sebanyak mengganggunya dirumahnya sendiri.Terasa diri berada di suatu tempat yang asing dan seolah-olah hak sendiri dinafikan.

       Alangkah indahnya hidup ini,jika masing-masing menghormati hak orang lain,bersopan santun.Agak tercabar juga kesabaran aku ketika aku berkali-kali ‘’terjaga dari tidur’’.Terjaga bukannya dengan kehendak aku sendiri,tetapi disebabkan oleh terkejut oleh kehadiran atau perlakuan pihak-pihak yang tertentu.Adakah aku perlu meminta izin sesiapa untuk tidur dibilik sendiri?perlu meminta izin pada pukul berapakah aku perlu tidur dan bangun?Namun,mungkin menahan perasaan dan cuba bersabar merupakan perkara yang terbaik boleh aku lakukan setakat ini.

   Tidak dinafikan hal-hal tersebut sedikit sebanyak mengganggu hidupku sebagai hamba Allah yang hina yang penuh kelemahan dan mempunyai perasaan.Apa yang aku ‘’rasakan’’ ini adalah disebabkan kelemahan diri sendiri.Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan itu datangnya dari diri aku sendiri dengan izin Allah.

AL-QAEDATUL SULBAH

    Beberapa tahun yang lepas,aku dikenalkan dengan bahan rujukan yang bertajuk ‘’al-qaedatul sulbah’’.Sekadar ingin ‘’berkongsi’’ bahan ringan yang mungkin berat untuk dilaksanakan.Namun,setiap perkara ada permulaannya dan apa yang aku cuba kongsi disini bolehla dikatakan sebagai pengenalan sahaja.Masih banyak yang masih boleh digali dan dicari dari orang-orang yang lebih arif.Aku hanya sampaikan apa yang sedikit sebanyak aku ketahui,itu sahaja.Ambillah manfaat daripadanya walaupun sedikit.

MAKSUD

  Yang dimaksudkan al Qaedatul Sulbah ialah suatu golongan yang dianggap sebagai ‘’core group’’, first liner ataupun barisan kepimpinan yang mesti lahir melalui satu proses penapisan yang rapi iaitu tapisan pentarbiahan ilmu, kefahaman dan amali.

SUATU KEMESTIAN

   Pembentukan golongan tersebut merupakan suatu tuntutan bagi menggerakkan dakwah kerana ia adalah satu sunnah yang pernah berlaku sebelum ini.Contohnya,golongan muhajirin dan ansar yang banyak membantu Rasulullah dalam mengembangkan dakwah di Madinah khususnya dalam kerja-kerja pertarbiahan masyarakat dan dalam perkara-perkara yang memerlukan pengorbanan harta dan nyawa.

HARTA DAN NYAWA?

     Adakah kita mempunyai kesanggupan untuk menghabiskan harta dan meletakkan nyawa sebagai taruhan dalam menyampaikan dakwah Islam?Jika ya,Alhamdulillah.Semoga Allah terus-terusan memberikan pertolonganNYA.Jika tidak?Jangan berputus asa,kerana setiap benda ada permulaannya dan setiap perubahan atau anjakan memerlukan masa dan istiqamah yang mantap.Lakukan perubahan walaupun sedikit,namun perubahan yang istiqamah dalam terus-terusan mencari kebenaran dan bukannya perubahan mendadak yang hanya akan bertapak sementara di dalam jiwa.

     Bila sedikit sebanyak mempelajari tentang pembentukan ‘’penggerak’’ ini,terlalu amat banyak lagi perubahan yang perlu aku lakukan pada diri sendiri.

 MEMPELAJARI SATU KEPERLUAN

    Aku berpendapat mempelajari sesuatu merupakan satu keperluan.Mungkin buat masa sekarang kita masih belum mampu untuk mengamalkan sepenuhnya apa yang kita pelajari,namun bukankah dengan mempelajari itu telah membuktikan bahawa kita telah mengambil satu langkah untuk melakukan perubahan pada diri?Itu adalah pendapat peribadi semata-mata.Terus sambung kepada Al-Qaedatul Sulbah.

KEPENTINGAN DAN FUNGSI

1-Tapak yang kukuh dalam merancang dan merencanakan.’’Mastermind’’ di dalam kegiatan-kegiatan dakwah yang dijalankan.

2.  Kumpulan yang penting yang akan bertindak sebagai pemangkin di dalam skop dakwah dan pentarbiahan .

3. Tulang belakang dalam jamaah Islam dan masyarakat Islam.

4. Golongan yang senantiasa konsisten, iltizam dan istiqomah terhadap dasar dan manhaj yang benar.

PEGANGAN YANG PERLU DALAM MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS KEPIMPINAN DALAM BERDAKWAH

1-Bersungguh-sungguh memegang amanah dah mengembangkan Kitab Allah.

2-Ilmu dan hikmah.

3-Mempunyai sifat belas kasihan.

4-Bersih dari segala pencemaran dosa.

5-Taat,taqwa dan berdisiplin.

6-Berbakti kepada orang tua.

7-Tidak sombong dan angkuh.

8-Tidak pernah derhaka.

   Rasanya,cukupla setakat itu sahaja sebagai pencetus atau permulaan dalam mempelajari apakah itu Al-Qaedatul Sulbah.Jika ada yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut,rujuklah kepada orang yang lebih arif dan jika berkeinginan untuk mendapatkan huraian penuh artikel ini.Aku bersedia untuk berkongsi bahan yang aku ada.

   Berdasarkan pertimbangan aku yang mungkin betul dan salah ini,aku berpendapat ‘’kurang sesuai’’ untuk berkongsi ‘’bahan penuh’’ secara umum.Cukuplah kepada orang-orang yang ikhlas berminat untuk mempelajari dan cuba memahami.

p/s:kalau nak,boleh minta ngan aku,nanti hantar melalui email

 

 

 

 

 

 

nanti aku masuk syurga ker neraka?

 AIDILADHA   

Sambutan Aidiladha kelihatan sedikit suram bagi aku,kelas tetap diteruskan seperti biasa dan kali ini merupakan kali ke-3 aku menyambut Aidiladha di bumi Nizhny Novgorod ni.Nak mengatakan terlalu rindu untuk beraya di Malaysia,erm….rasanya takdelah sangat,nak kata tak rindu,erm…macam adalah jugak sedikit sebanyak rasa rindu tu.Kurang pasti dengan perasaan sendiri.Mungkin itulah jawapan terbaik bagi persoalan tersebut.

ISLAM

      Bila menyebut tentang Islam,yang pasti,Islam ni bukanlah seperti kuih.Ambil bahagian yang kita nak dan buang bahagian yang kita tak nak.Menjadi tanggugjwab kita bagi menerima dan mengamalkan Islam secara menyeluruh.Mungkin diri sendiri masih belum mampu untuk menjadi seorang Islam yang baik,namun sama-samalah kita mencuba,berusaha dan terus mengerah segala keringat yang ada dalam memperbaiki diri dari masa ke masa.Terasa diri ni masih terlalu banyak nista yang terpalit.Insyaallah akan mencuba untuk terus memperbaiki diri.Mungkin untuk melakukan perubahan secara mendadak ,aku masih belum mampu rasanya.Namun,dari masa ke masa perubahan perlu dilakukan walaupun sedikit.Terlalu pedih rasanya azab neraka kan.Huhu.

AKU DAN ORANG LAIN

       Sedikit renungan untuk memperingati diri sendiri yang serba kekurangan lagi hina dan juga untuk orang-orang yang berminat untuk membuka hati bagi menerima kebenaran risalah Allah:

 

Firman-firman Allah SWT yang bermaksud:

Apa sahaja yang Rasul memberikan kepada kamu, maka ambillah. Dan apa sahaja yang dia (Muhammad) melarang, maka jauhkan darinya….

[Al Hasyr: 7]

Dan apa sahaja yang dia (Muhammad) ucapkan itu, sesungguhnya bukanlah bersumber daripada hawa nafsunya, melainkan wahyu yang diwahyukan (kepadanya).

[An-Najm: 4]

Jadi adakah hanya sebahagian sahaja yang kamu ambil dari Kitab itu yang kamu percayai, dan kamu menolak bahagian lainnya? Apakah ganjaran dari kalangan kamu yang melakukan yang demikian selain dari kehinaan di dunia? Dan di Hari Akhirat kamu akan dikenakan siksa yang amat berat..…

[Al-Baqarah: 85]

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud membeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: ‘Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)’, serta bermaksud (dengan perkataan itu) untuk mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan.

[An-Nisaa’: 150-151]

“…..Barangsiapa tidak memutuskan perkara (hukum) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir.”

[Al-Maa-idah: 44]

“……Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

[Al-Maa-idah: 45]

 Hai rasul sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu dan jika kamu tidak kerjakan (apa yang diperintahkan itu beerti) kamu tidak sampaikan risalah-Nya.

 [Al-Maaidah ayat 67]

 “Sesungguhnya orang-orang yang menyebunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan yang jelas dan petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati.

[Al-Baqaroh ayat 159]

 

 

Rasulullah bersabda:

 

Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah dia berusaha mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (berbuat demikian) hendaklah dia mencegahnya dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu (berbuat demikian) hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya dan demikian itu adalah iman yang paling lemah.

[Hadis RiwayatMuslim daripada Abu Said al-Khudri]

Wahai manusia sesungguhnya Allah berfirman kepada kamu; “Perintahkanlah (manusia melakukan) maaruf dan tegahlah (mereka daripada mungkar, sebelum (sampainya masanya) kamu berdoa kepada-Ku tetapi Aku tidak memperkenankannya, kamu meminta (sesuatu) kepada-Ku tetapi Aku tidak memberikannya kepadamu, (perintah dan tegahlah) sebelum (sampai masanya) kamu minta pertolongan-Ku tetapi Aku tidak menolong kamu.

[Hadis Riwayat Ibnu Majah]

Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, kamu mestilah menyerukan kepada kemakrufan dan mencegah daripada kemungkaran, ataukah Allah SWT akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada kamu, sehinggalah apabila kamu berdoa, maka Dia tidak akan mengabulkan doa kamu.

[Hadith Riwayat At-Turmizi daripada Huzaifah Al-Yaman]

Sesungguhnya Allah tidak menilai ke atas rupa kamu serta harta kekayaan kamu, akan tetapi Dia hanya menilai hati dan amal perbuatan kamu.

[Hadith Riwayat Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah]

Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing

[Hadith Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

 

Mereka itu berkelompok (hizb) Allah, Ingatlah bahawa kelompok Allah itulah yang pasti menang

[Al-Mujadilah ayat 22]

Apabila kamu ditolong oleh Allah, maka tidak akan ada yang sanggup mengalahkan kamu. Maka siapakah yang dapat menolong kamu setelah (pertolongan) Allah? Dan kepada Allah lah orang-orang beriman hendaklah bertawakkal.

[Ali Imran: 160]

 

 

      Bila baca,bila renung,bila faham,hati mungkin sedikit sebanyak akan tercuit.Rasa tersentuh,namun untuk berubah dan  menerima sepenuhnya apa yang diperintahkan mungkin sedikit susah atau mungkin juga terlalu susah sebenarnya.Bukan kerana apa yang diperintahkah itu susah,namun disebabkan hati telah terdidik untuk susah melaksanakan perkara tersebut.Iman didada mungkin masih senipis kulit bawang atau mungkin lebih nipis dari itu.Semoga Allah akan terus menolong aku dalam cuba memperbaiki diri.Semoga Allah terus memberi peluang kepadaku untuk terus melakukan perubahan yang perlu aku lakukan sebelum terlambat.

p/s:mungkin arini,mungkin esok atau mungkin sekarang ini,kematian bakal menjelma….agak-agak kalau dalam keadaan sekarangla,neraka ker syurga tempat kembali??

-sekadar memuhasabah diri sendiri-

 

    

 

 

majlis kufur?

Bismillah al-Rahman al-Rahim

 

 

 

 

Buat kaum muslimin yang yakin akan keagungan Islam,

Yang yakin akan keutuhan Islam,

Yang merindukan kembalinya kehidupan Islam,

Yang mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas

Cintanya kepada harta , keluarga dan jiwanya sendiri.

 

Untuk Kaum Muslimin yang dinyatakan oleh Allah:

“Dan orang-orang yang mencurahkan kemampuannya

Semata kerana Kami,niscaya pasti Kami

Tunjuki jalan Kami”,

 

Untuk orang-orang yang saya cintai,

Yang sanggup mengorbankan apa yang dimilikinya

untuk kemuliaan dan keagungan agamaNya,

Risalah ini aku persembahkan..

 

 

     Sejak awal penciptaan manusia lagi, Allah Subhanahu Wa Ta’aala telah memberikan dua jalan bagi manusia iaitu jalan keimanan kepada Allah SWT dan RasulNya serta apa yang diturunkan kepadanya dan jalan kedua ialah jalan kekufuran.Menjadi tanggungjawab dan sudah menjadi suatu perkara yang fitrah bagi kita, seharusnya memilih jalan yang akan menguntungkan kita di dunia dan akhirat.Mungkin jalan yang sedang kita lalui membawa sedikit kegembiraan di dunia tetapi bakal mengundang seksaan perit di akhirat kelak,dan mungkin juga jalan yang kita sedang lalui sedikit ‘susah’ namun Insyaallah bakal mengundang kesenangan yang abadi.’Susah’ yang boleh ditakrifkan dengan pelbagai maksud,susah yang sememangnya susah,susah yang sebenarnya senang dan susah yang………………….

 

  Dewasa ini, kita melihat pertembungan di antara keimanan dan kekufuran telah mencapai kemuncaknya di pentas dunia iaitu pertembungan di antara umat Islam dan kuasa kufur yang diketuai oleh Amerika dan sekutunya. Ketika ini kita telah menyaksikan kezaliman Amerika yang menzalimi umat Islam, menceroboh tanah umat Islam dan menyebarkan kehidupan kufur dan Kapitalis dikalangan umat Islam.

 

 

 

     Realitinya merekalah yang merupakan pengganas yang sebenar, yang secara fanatiknya menggunakan industri mereka untuk melancarkan peluru berpandu, kereta kebal dan askar untuk membunuh beribu-ribu orang dari Iraq ke Palestin dan Kashmir untuk mendapatkan kekayaan meterial mereka.

 

Dan apabila diperkatakan kepada mereka, ‘Jangan melakukan kerosakan di muka bumi ini’, mereka mengatakan: ‘Kami hanya melakukan keamanan’. Sesungguhnya merekalah yang melakukan kerosakan tetapi mereka tidak mengetahui

[Al-Baqarah: 11-12]

 

     Mereka melaung-laungkan sekularisma dan demokrasi supaya hukum Allah SWT hanya berperanan di dalam masjid, munajat, Ramadhan dan ibadah lainnya, manakala idea-idea, nilai, undang-undang dan sistem buatan manusia iaitu Kapitalisme yang mengawal politik, ekonomi, sistem sosial dan apa-apa yang berkaitan dengan kehidupan. Sasaran kempen ini meliputi semua kawasan dan negara kaum muslim.

 

Sesungguhnya orang-orang kuffar akan membelanjakan kekayaan untuk menghalang manusia kepada jalan Allah (agama-Nya)….

[Al-Anfaal: 36]

 

     Idea sekularisme, Kapitalisme dan demokrasi telah wujud selama 30 tahun lalu. Adakah ia dapat memberikan suatu yang baik dan bermoral kepada masyarakat? Yang pasti jenayah, korupsi, ketidakadilan yang melampau dan kebergantungan umat Islam kepada negara lain adalah kerana ianya berpunca dari pengambilan dan penerapan sistem kufur ini dalam kehidupan kaum Muslimin.

 

     Islam dan Kapitalisme/Sekularisme tidak boleh berdiri bersama-sama iaitu berada pada jalur yang sama atau seiring. Kecintaan kita kepada Allah SWT dan Rasul-Nya menjadi suatu keharaman untuk kita mendiamkan diri terhadap sistem buatan manusia yang wujud dalam masyarakat. Islam memerintahkan kita untuk menerima sistem yang datangnya daripada Allah SWT dalam semua kehidupan masyarakat dan individu dari sudut sosial, ekonomi dan sistem politik.

 

Allah SWT memberikan amaran kepada kita iaitu:

 

Apa sahaja yang Rasul memberikan kepada kamu, maka ambillah. Dan apa sahaja yang dia (Muhammad) melarang, maka jauhkan darinya….

[Al Hasyr: 7]

 

Jadi adakah hanya sebahagian sahaja yang kamu ambil dari Kitab itu yang kamu percayai, dan kamu menolak bahagian lainnya? Apakah ganjaran dari kalangan kamu yang melakukan yang demikian selain dari kehinaan di dunia? Dan di Hari Akhirat kamu akan dikenakan siksa yang amat berat..…

[Al-Baqarah: 85]

 

“…..Barangsiapa tidak memutuskan perkara (hukum) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir.”

[Al-Maa-idah: 44]

 

“……Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

[Al-Maa-idah: 45]

 

“……Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.”

[Al-Maaidah: 47]

 

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”

[Al-Maa-idah: 50]

 

 

Hai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-lankah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

[Al-Baqarah: 208]

 

    Adakah ‘sistem’ yang  kita jalani sekarang mematuhi kehendak di atas?jika tidak, menjadi suatu keharaman bagi kita mendiamkan diri?apakah peranan kita?apakah yang mampu kita buat?adakah kita sebenarnya dalam diam menyokong sistem tersebut?Persoalan-persoalan mudah yang boleh kita ajukan pada diri sendiri dan menjawabnya dengan jujur.

 

 

      Hari ini, tiba masanya untuk semua umat Islam mengambil sepenuhnya Islam sebagai sistem kehidupan dalam masyarakat dan mengambil bahagian dalam pertembungan di antara Islam dan kufur. Bagaimanakah kita boleh mengaku mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya dan pengikut sebenar Rasul-Nya, sedangkan kita membiarkan idea, emosi dan aktiviti kufur yang tersebar luas dalam masyarakat kita. Kita tidak boleh mendiamkan diri terhadap pertembungan ini, kerana ia berkaitan dengan keimanan kita semua.

 

    Bagaimanakah pula dengan majlis-majlis yang menggabungkan unsur Islam dan kufur?Perlukah kita menyertainya?Menyokongnya?Meng’’innocent’’ kan diri dan sama-sama menghadirinya?Mungkin ada sesetengah manusia yang berpandangan bahawa hanya Islam sahaja belum cukup untuk menangani variasi kehidupan yang pelbagai,maka mereka mencampurkan-adukkan unsur kufur bagi menambah variasi dalam gaya dan persembahan mereka.Mungkin ada yang menganggap Islam ini,seolah-olah ‘sejenis kuih’,boleh diubahsuai,boleh ditokok tambah,hanya ‘makan’ bahagian-bahagian yang digemari dan ‘buang’ bahagian-bahagian yang gagal memuaskan nafsu diri.

 

      Sekiranya tanggungjawab ini kita tidak endahkan dan pedulikannya bermakna kita membiarkan kehancuran pada masyarakat. Telah tiba masanya kita berdiri di samping Rasulullah SAW, para sahabatnya dan kaum muslimin yang ikhlas yang telah bertembung dangan kekufuran dalam jangka masa yang agak lama. Hanya merekalah yang akan berjaya di akhirat dengan izin Allah SWT.

 

     Maka,adakah menjadi keperluan bagi kita untuk melibatkan diri dalam ‘’sesuatu benda’’ yang jelas memasukkan unsur-unsur kufur didalamnya?perlukan kita menyibukkan diri menyiapkan segala ‘prop’,segala ‘iklan’,segala benda sekalipun yang menyumbang kepada kejayaan dalam penganjuran aktiviti-aktiviti yang jelas terdapat unsur kufur didalamnya.

     

 

     Dengan jumlah yang melebihi 1/6 populasi dunia, tanah yang sangat luas dan kekayaan semulajadi yang melimpah ruah, tetapi kita sebagai umat Islam seolah-olah tinggal dalam keadaan yatim piatu apabila kawasan dan kaum Muslim diserang. Ini kerana negara kaum Muslimin sekarang ini dihambakan kepada pemikiran sistem dan polisi barat yang batil. Negara kufar merancang untuk mengawal kekayaan umat Islam secara ketenteraan, politik, ekonomi dan juga intelektual.

 

Allah SWT telah berjanji kepada kaum Muslimin yang berusaha ke arah jalan-Nya mendapat pertolongan dan kemenangan-Nya.

 

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah (Agama-Nya), niscaya Dia akan menolong kamu dan menetapkan telapak kakimu.

[Surah Muhammad: 7]

 

 

Wallahua’ lam