Ditembak penyangak Rusia yang mabuk

blinded

Tiga kali disoal siasat Polis Rusia

 

        Pengalaman pertama bagi aku disoal siasat polis Rusia.Kes nya tidaklah seberapa bagi aku,aku sendiri pun dah ingat-ingat lupa apa yang terjadi pada malam tu.Tapi,tiba-tiba semalam aku dipanggil sekali lagi dan disoal-siat sekali lagi.Bila dikira-kira,rupa-rupanya itu sudah kali ketiga aku dipanggil utk menceritakan perkara yang sama.Aku juga ditanya dengan soalan-soalan  yang hampir sama.Dengan nada yang agak marah aku menengking pegawai polis perempuan yang kurus melidi tu,’’dah dua kali saya menerangkan perkara yang sama!!!!!!”,tetapi dengan selamba  dia menjawab,’’saya tidak mendengar nya,sila terangkan sekali lagi’’.Memang,polis ni memang sengaja cari kerja.Padahal di tangan dia memang jelas ada salinan report yang terdahulu.Aku pun terangkanla sekali lagi kepada si polis tu dengan penuh rasa menyampah dan malasnya.

   Kali pertama aku dipanggil utk disoal siasat,ada 5 pegawai polis yang datang dan ambil keterangan aku.Kali pertama tu agak mendebarkanla.Pakaian polis-polis tu pun ala-ala gerak khas gitu.Aku pun berceritala dengan sejujur-jujurnya apa yang berlaku pada malam tu.Lebih kurang pukul 2 pagi,aku dan Daus(blockmate) masuk ke dapur,nak masak-masakla sikit.Lapar tiba-tiba malam tu,hujung-hujung minggu kan,menu malam tu,kari ayam.Biasala,bila perasaan ‘’rajin’’ menguasai diri,kari jualah menjadi menu pilihan hati.

     Macam biasalah,kami pun sama-samalah menggoreng bawang,tumis apa-apa yang patut.Tiba-tiba,aku seolah-seolah dengar bunyi,seolah-seolah ada benda yang dibaling ke tingkap.Owhhh,hujan ais rupa-rupanya.So,aku pun dengan selamba badaknya pergi jerla kat tingkap,mula-mula macam tak perasan lagi,then selang beberapa ketika,tembakan bertalu-talu mengenai tingkap.Tutt!Tutt!Tutt!Kecut la jugak perut aku time tu.Tapi,disebabkan umur aku masih panjang,ditakdirkan kedua-dua lapisan tingkap kaca tu tertutup rapat.So,peluru tu hanya menembusi  lapisan pertama kaca tebal tu dan meretakkan lapisan kedua cermin tingkap tu.

    Bila dah macam reda sikit,aku pun pergila kat tingkap dan cuba kira berapa das yang si penyangak tu tembak kan.Kira punya kira,ada dalam 8 das tembakan.Aku pun termenung sekejap,kalau ditakdirkan tingkap tu terbuka apalah yang akan terjadi kat aku kan.Kalau cermin yang tebal tu boleh tembus dengan senangnya,aku dapat rasakan bukanlah satu masalah yang besar untuk peluru tu menembusi kulit aku yang lembut ini.Aha,lembut!

   Tapikan,dalam dok berlakunya tembakan tu semua kan,kari aku dan Daus masak dengan jayanya.Malamtu seolah-seolah berlalu begitu sahaja.Bagi kami la,semua tu tak perlulah nak diperbesarkan.Tapi tanpa pengetahuan kami,kes tu dilaporkan kepada pihak-pihak yang tertentu dan akhirnya sampai ke pengetahuan pihak polis.Aku amat berharapla penjenayah tu tak dapat ditangkap.Malasnya rasa hati kalau nak kena naik turun mahkamah ker ape.

    Nak ambil keterangan pun dah jadi satu masalah,dengan polis-polis yang tak reti bahasa inggeris ni,nak jugak bercakap dalam bahasa rusia,macam itik ngan ayam la jadinya.Betapa hidup aku disusahkan dengan kes ini diperbesarkan.Sampai sekarang aku tidak mengetahui,siapakah gerangan si tukang repot itu.

   Kalau nak diperbesarkan,masa first year dulupun aku pernah  jer kena pukul ngan mamat-mamat skinhead Russia ni.Tapi aku tahu sangat,kalau diperbesarkan,benda-benda camtu akan lagi menyusahkan hidup aku.Bila benda-benda camni berlaku bukannya ada orang nak tolong ker apa,nak tak nak terkontang-kanting jugakla seorang diri.Baik diamkan dan berdoa benda tu tak berulang.Kalau kat Malaysia tu takpela kan.Ni kat tempat orang,lawan-lawan pun macam tak guna.Bersabar jerla banyak-banyakkan.

    Dah habis jer belajar kat Rusia ni aku nak bom satu Nizhny ni,biar mati semua penduduk-penduduk dia yang bagi jahat-jahat.Ehe,tu kalau nak ikutkan perasaan marahla.Memang betul sangatla kata pepatah,’’hujan emas di  negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lagi baik negeri sendiri”

    Aku dikhabarkan oleh pihak-pihak tertentu bahawa,yang penembak tu dah ditangkap.Dia sedang mabuk pada ketika tu dan menggunakan sejenis “air pistol’’ yang merbahaya.Pihak polis dikatakan akan mengambil tindakan.Tapi faham-faham jerla,polis Rusia punye tindakan kan.Aku hanya mampu tergelak dalam hati bila mendengar nya.

 

p/s:kepada sesiapa yang berniat nak datang belajar kat Rusia,better reconsider..hi3.

 

 

4 thoughts on “Ditembak penyangak Rusia yang mabuk

  1. hahahha. peja kesian ko kan? org lain buat hal ko lak g kene kuar masuk balai. hehhehe. x pe2 sabor ajor la k. len kali lempang jer pompuan tuh. huhuhhuh. bodow sgt x reti wat keje. tau naknyusahkan owg jer. ekceli diorg tuh just nak ko cite byk kali. pastuh nak comparekan cite2 ko tuh same ke x. kalau x same diorg just ignore jer repoet tuh sbb diorg kate korg tipooo. huhhuh

  2. hahaha..
    iye aku ingt agik tym 1st yr tuh..
    aku ngn ko bru balek clas mase tuh..
    gile cuak weyh ak peja..
    siyes peja..
    kalu la die xpgg ak..ak mmg lari tinggalkan ko!
    hahaha..
    xde la..
    ak siyes wiso weyh..
    mane la taw tetb die kuarkan piso ko hape ko..
    pas2 die bunuh ko..xp0n ak..
    dah la die pgg ak kuat nk mamp0s!
    gile nk benapas p0n xb0le kot..
    tp ak agik iso ko tuh..
    da la mamat tuh big size!
    pas2 die d0k tumb0k2 ko..
    ish..jahatnye die.
    sab0 jela..

    but..alhamdulillah..
    last2 kte slamat gak..=)
    tetb ak ase mcm dlm pilem industan la pulak..
    kahkah..

    kah0 na pyar hai??
    =b

  3. Hehe..lama dok jupe tuan blog nih..

    Memang leceh btol polis2 nih..ape bole wat. ade org xreti jaga mulut. bknnya nak g tnya kita dhulu sblom repot komanden. hampeh…

    Apepon yg terjadi pada mlm tu, ternyata kari kite memang sedap. Hihi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s