Malaysian Night 2

2-21

Hiburan Yang Dibolehkan Oleh Islam

     Kali ni aku cubala menulis dengan perkataan yang baik dan tidak kasar.Sasaran blog yang aku tulis sebenarnya takla seperti yang telah berlaku sebelum ni,ingatkan sekadar kid,member2 aku jerla yang baca,tak sangka la sampai ada senior sume yang baca.Yerla,for wut,aku bukan sape2 kat Nizhny,orang biasenye akan baca blog orang2 yang macam femes2 la kan,aku ni sape?skadar nak cakap2 ngan budak2ni bolehla.

   Kepada yang terasa dengan tulisan aku yang terdahulu tu aku mintak maaf banyak2la.Memang silap aku menggunakan perkataan2 yang tidak sepatutnya.Insyaallah aku akan menggunakan perkataan2 yang lebih sopan,aku pon telah membuang perkataan2 yang tidak sopan yang ada dalam post yang terdahulu.Buat pe nak gaduh2,bila orang tegur aku,aku terima jerla bcoz benda tu tak elok kan.Kalau ada apa2 yang tidak betul lagi,sila tegurla aku akan cuba memperbaiki gaya penulisan aku.Tapi hanya ‘’gaya penulisan semata2’’ tetapi bukan ‘’ isi penulisan’’ yang aku cuba nak sampaikan.

    Alhamdulillah,sahabatku,Leokid telah memperjelaskan dan cuba menyampaikan kembali apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya.Aku memang tak pandai la nak menggunakan ayat sebaik yang dia gunakan tapi aku akan cuba memperbaiki.

    Oklah,meh kita sama2 tgkla apakah hiburan yang dibolehkan oleh Islam,bagi yang non-muslim aku tak tahula dan memang tak nak komen apa2 sebab aku memang tak tahu apa yang boleh dan tidak boleh dalam agama mereka.Bagi orang Islam adalah certain benda yang perlu diambil berat:

1-Sekadarnya sahaja.

Marilah kita dengarkan kisah seorang sahabat yang mulia, namanya Handhalah al-Asidi, dia termasuk salah seorang penulis Nabi. Ia menceritakan tentang dirinya kepada kita sebagai berikut. Satu ketika aku bertemu Abu Bakar, kemudian terjadilah suatu dialog:

 

                Abu Bakar: Apa khabar, ya Handhalah?

                Aku: Handhalah berbuat nifaq!

                Abu Bakar: Subhanallah, apa katamu?

                Aku: Bagaimana tidak! Aku selalu bersama Rasulullah s.a.w., ia menuturkan kepadaku tentang Neraka dan Syurga yang seolah-olah Syurga dan Neraka itu saya lihat dengan mata-kepalaku. Tetapi setelah saya keluar dari tempat Rasulullah s.a.w., kemudian saya bermain-main dengan isteri dan anak-anak saya dan bergelimang dalam pekerjaan, maka saya sering lupa tutur Nabi itu!

                Abu Bakar: Demi Allah, saya juga berbuat demikian!

                Aku: Kemudian saya bersama Abu Bakar pergi ke tempat Rasulullah s.a.w.

                Kepadanya, saya katakan: Handhalah nifaq, ya Rasulullah!

                Rasulullah: Apa!?

                Aku: Ya Rasulullah! Begini ceritanya: saya selalu bersamamu. Engkau ceritakan kepada saya tentang Neraka dan Syurga, sehingga seolah-olah saya dapat melihat dengan mata-kepala. Tetapi apabila saya sudah keluar dari sisimu, saya bertemu dengan isteri dan anak-anak serta sibuk dalam pekerjaan, saya banyak lupa!

 

                Kemudian Rasulullah s.a.w, bersabda: “Demi Zat yang diriku dalam kekuasaannya! Sesungguhnya andaikata kamu disiplin terhadap apa yang pernah kamu dengar ketika bersama aku dan juga tekun dalam zikir, nescaya Malaikat akan bersamamu di tempat tidurmu dan di jalan-jalanmu. Tetapi hai Handhalah, saa’atan, saa’atan! (berguraulah sekadarnya saja!). Diulanginya ucapan itu sampai tiga kali.” (Riwayat Muslim)

2-Seterusnya kalau yang melibatkan muzik contohnya(rujuk Ihya’ Ulumuddin,vol 2,page 283-301).Dalam tu menjelaskan ada 3 komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa ke masa:

    1-Zaman@waktu:Kalau melalaikan tak boleh.

    2-Makan@tempat:merujuk kepada suasana,situasi dan majlis dimana muzik tu dipersembahkan.Boleh fikir sendiri kot macamana.Aku cakap lebih2 kan ada yang marah plak.Buka otak untuk sama2 kita berfikir,jangan cuba sedaya upaya mencari kesalahan aku,pastu letak komen ‘anonymous’ plak tu.

    3-Ikhwan@aktiviti muzik tu sendiri:contohnya muzik tu melibatkan pergaulan ngan manusia2 yang tak baik moralnya,pegang sane pegang sini,dan yang selebihnya…pikir sendiri la.Kita orang Islam kan,rasenye takdela sejahil tu sampai benda2 macam ni pon tak tahu kan.

Menurut Imam Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi kayu ukur@neraca samada boleh atau tak,kalo ikut tiga2 ni bolehla.

    Tu aku sekadar menuliskan guideline ringkas la,nak mengetahui yang selebihnya bolehla rujuk buku sendiri,jgnla takut utk mendalami ilmu agama kita sendiri.Mungkin kita tak boleh berubah dalam masa yang singkat,tapi mungkit sedikit sebanyak bila kita belajar dan terus belajar,ada benda yang akan berbekas di hati

 

                “Hai orang-orang yang beriman! Jangan ada satu kaum merendahkan kaum lain sebab barangkali mereka (yang direndahkan itu) lebih baik dari mereka (yang merendahkan).” (al-Hujurat: 11)

 

    Aku tidak berniat utk merendahkan sesiapa kerana aku sentiasa menganggap diri aku lebih rendah dari orang lain.Ikhlas aku cakap,aku tidak mensasarkan artikel aku kepada individu2 tertentu sahaja.Aku bercakap secara general bila melihat benda yang tidak betul pada pandangan aku.

    So,sekali lagi aku mintak maaf banyak2 kalau ‘’gaya bahasa penulisan’’ aku menyinggung perasaan orang yang tertentu.Aku dah cuba mengubahnya,namun aku tetap mempertahankan ‘’isi penulisan’’ yang aku cuba nak sampaikan.

p/s:aku baru je buat blog,ehe,tak pandai menulis lagila,sori ya!

               

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s