Malaysian Night 2

2-21

Hiburan Yang Dibolehkan Oleh Islam

     Kali ni aku cubala menulis dengan perkataan yang baik dan tidak kasar.Sasaran blog yang aku tulis sebenarnya takla seperti yang telah berlaku sebelum ni,ingatkan sekadar kid,member2 aku jerla yang baca,tak sangka la sampai ada senior sume yang baca.Yerla,for wut,aku bukan sape2 kat Nizhny,orang biasenye akan baca blog orang2 yang macam femes2 la kan,aku ni sape?skadar nak cakap2 ngan budak2ni bolehla.

   Kepada yang terasa dengan tulisan aku yang terdahulu tu aku mintak maaf banyak2la.Memang silap aku menggunakan perkataan2 yang tidak sepatutnya.Insyaallah aku akan menggunakan perkataan2 yang lebih sopan,aku pon telah membuang perkataan2 yang tidak sopan yang ada dalam post yang terdahulu.Buat pe nak gaduh2,bila orang tegur aku,aku terima jerla bcoz benda tu tak elok kan.Kalau ada apa2 yang tidak betul lagi,sila tegurla aku akan cuba memperbaiki gaya penulisan aku.Tapi hanya ‘’gaya penulisan semata2’’ tetapi bukan ‘’ isi penulisan’’ yang aku cuba nak sampaikan.

    Alhamdulillah,sahabatku,Leokid telah memperjelaskan dan cuba menyampaikan kembali apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya.Aku memang tak pandai la nak menggunakan ayat sebaik yang dia gunakan tapi aku akan cuba memperbaiki.

    Oklah,meh kita sama2 tgkla apakah hiburan yang dibolehkan oleh Islam,bagi yang non-muslim aku tak tahula dan memang tak nak komen apa2 sebab aku memang tak tahu apa yang boleh dan tidak boleh dalam agama mereka.Bagi orang Islam adalah certain benda yang perlu diambil berat:

1-Sekadarnya sahaja.

Marilah kita dengarkan kisah seorang sahabat yang mulia, namanya Handhalah al-Asidi, dia termasuk salah seorang penulis Nabi. Ia menceritakan tentang dirinya kepada kita sebagai berikut. Satu ketika aku bertemu Abu Bakar, kemudian terjadilah suatu dialog:

 

                Abu Bakar: Apa khabar, ya Handhalah?

                Aku: Handhalah berbuat nifaq!

                Abu Bakar: Subhanallah, apa katamu?

                Aku: Bagaimana tidak! Aku selalu bersama Rasulullah s.a.w., ia menuturkan kepadaku tentang Neraka dan Syurga yang seolah-olah Syurga dan Neraka itu saya lihat dengan mata-kepalaku. Tetapi setelah saya keluar dari tempat Rasulullah s.a.w., kemudian saya bermain-main dengan isteri dan anak-anak saya dan bergelimang dalam pekerjaan, maka saya sering lupa tutur Nabi itu!

                Abu Bakar: Demi Allah, saya juga berbuat demikian!

                Aku: Kemudian saya bersama Abu Bakar pergi ke tempat Rasulullah s.a.w.

                Kepadanya, saya katakan: Handhalah nifaq, ya Rasulullah!

                Rasulullah: Apa!?

                Aku: Ya Rasulullah! Begini ceritanya: saya selalu bersamamu. Engkau ceritakan kepada saya tentang Neraka dan Syurga, sehingga seolah-olah saya dapat melihat dengan mata-kepala. Tetapi apabila saya sudah keluar dari sisimu, saya bertemu dengan isteri dan anak-anak serta sibuk dalam pekerjaan, saya banyak lupa!

 

                Kemudian Rasulullah s.a.w, bersabda: “Demi Zat yang diriku dalam kekuasaannya! Sesungguhnya andaikata kamu disiplin terhadap apa yang pernah kamu dengar ketika bersama aku dan juga tekun dalam zikir, nescaya Malaikat akan bersamamu di tempat tidurmu dan di jalan-jalanmu. Tetapi hai Handhalah, saa’atan, saa’atan! (berguraulah sekadarnya saja!). Diulanginya ucapan itu sampai tiga kali.” (Riwayat Muslim)

2-Seterusnya kalau yang melibatkan muzik contohnya(rujuk Ihya’ Ulumuddin,vol 2,page 283-301).Dalam tu menjelaskan ada 3 komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa ke masa:

    1-Zaman@waktu:Kalau melalaikan tak boleh.

    2-Makan@tempat:merujuk kepada suasana,situasi dan majlis dimana muzik tu dipersembahkan.Boleh fikir sendiri kot macamana.Aku cakap lebih2 kan ada yang marah plak.Buka otak untuk sama2 kita berfikir,jangan cuba sedaya upaya mencari kesalahan aku,pastu letak komen ‘anonymous’ plak tu.

    3-Ikhwan@aktiviti muzik tu sendiri:contohnya muzik tu melibatkan pergaulan ngan manusia2 yang tak baik moralnya,pegang sane pegang sini,dan yang selebihnya…pikir sendiri la.Kita orang Islam kan,rasenye takdela sejahil tu sampai benda2 macam ni pon tak tahu kan.

Menurut Imam Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi kayu ukur@neraca samada boleh atau tak,kalo ikut tiga2 ni bolehla.

    Tu aku sekadar menuliskan guideline ringkas la,nak mengetahui yang selebihnya bolehla rujuk buku sendiri,jgnla takut utk mendalami ilmu agama kita sendiri.Mungkin kita tak boleh berubah dalam masa yang singkat,tapi mungkit sedikit sebanyak bila kita belajar dan terus belajar,ada benda yang akan berbekas di hati

 

                “Hai orang-orang yang beriman! Jangan ada satu kaum merendahkan kaum lain sebab barangkali mereka (yang direndahkan itu) lebih baik dari mereka (yang merendahkan).” (al-Hujurat: 11)

 

    Aku tidak berniat utk merendahkan sesiapa kerana aku sentiasa menganggap diri aku lebih rendah dari orang lain.Ikhlas aku cakap,aku tidak mensasarkan artikel aku kepada individu2 tertentu sahaja.Aku bercakap secara general bila melihat benda yang tidak betul pada pandangan aku.

    So,sekali lagi aku mintak maaf banyak2 kalau ‘’gaya bahasa penulisan’’ aku menyinggung perasaan orang yang tertentu.Aku dah cuba mengubahnya,namun aku tetap mempertahankan ‘’isi penulisan’’ yang aku cuba nak sampaikan.

p/s:aku baru je buat blog,ehe,tak pandai menulis lagila,sori ya!

               

 

 

Advertisements

Malaysian NighT,DIOLAH KEMBALI DENGAN BAHASA YANG LEBIH BAIK(for muslim only,maaf ayat mungkin menyinggung perasaan tapi stand aku tetap tak berubah)

Terlebih dahulu saya meminta maaf sekiranya post ini mencetuskan perasaan marah dan/atau tidak puas hati dalam kalangan sesetengah pihak.(ARTIKEL INI TELAH DIOLAH KEMBALI,SAYA MENGAKUI KESILAPAN PENGGUNAAN BAHASA YANG KASAR PADA ARTIKEL YANG TERDAHULU,SAYA MINTA MAAF)

Apa yang ditulis melalui post ini adalah dari pandangan dan pemerhatian peribadi saya.

Mungkin cara saya agak kasar, namun saya yakin apa yang saya nyatakan adalah benar. Sama ada anda mahu menerima atau tidak apa yang saya nyatakan, terpulang kepada anda.

Sekali lagi, saya memohon maaf atas cara saya. Namun, saya sama sekali tidak akan menarik balik penulisan saya ini. Sebarang komen hendaklah ditujukan kepada isi penulisan ini, manakala komen yang menyerang peribadi saya tidak akan saya siarkan. Harap maklum.(utk yang muslim jer,bagi yang non-muslim harap jangan tersinggung,saya tidak arif tentang apa yang dibolehkan dan yang tidak boleh dalam agama kamu,saya sekadar bercakap utk yang Islam sahaja)(HANYA UTK ORANG ISLAM SAHAJA PERKARA INI DITUJUKAN,HARAP FAHAMLA BAHASA MELAYU KERANA SAYA BANYAK MENERIMA KOMEN MENGHINA AGAMA ISLAM YANG TAK DAPAT SAYA ACCEPT)

3-190

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi Academy tempat aku belajar ni,setiap tahun akan mengadakan satu acara yang dinamakan sebagai Malaysian Night.Kebiasaannya majority pelajar yang mengambil bahagian dalam persembahan pada malam tersebut ialah junior 1st Year yang baru datang.Merekalah yang akan menyanyi,berlakon,bersajak dan sebagainya.

Bila kita tengok secara general,acara ni nampak macam biasa jer,takde apa2 yang tak elok pon.Tapi bila kita tengok2 balik,perhati2 balik,erm…bagi aku sendiri acara seperti ni perlu dihentikan segera kerana jelas menyimpang dari agama Islam.

Kenapa aku berkata demikian?

1-Percampuran antara lelaki dan perempuan jelas berlaku tanpa kawalan.

2-Persembahan2 yang diadakan jelas terlalu sekular dan menyimpang dari landasan agama.Bila menyanyi@menari,wujudnya percampuran antara lelaki dan perempuan dan pada ketika2 tertentu ada persentuhan yang berlaku.(siap ada fashion show lagi)

3-Tetamu2 yang hadir jelas tidak menjaga adab.Membuka aurat secara berleluasa.Time tu la kalau yang perempuan, make up bukan main lagi,siap buat rambut,dye rambut,rambut yang biase itam,time Malaysian Night ni la jadi perang la, la,macam2la benda yang mengarut.(YANG ISLAM JER K!)

4-Masa yang tak kena pada tempat nya.Ada ketika jelas tidak menghormati waktu solat,mengambil masa yang lama untuk membuat persiapan,mengambil masa yang lama untuk ditamatkan dan kadang2 bila difikirkan,satu bentuk penganiayaan bagi junior2 yang perlu membuat persembahan pada malam tu.Baru jer diorang datang,nak kena sesuaikan diri lagi,homesick lagi,study anat yang susah lagi(derita fail control pon tak habis lagi) dan macam2 masalah lagi la.

Bagi pihak tertentu,mungkin menganggap benda ni,penting,satu kemestian dan tanggungjawab setiap pelajar.Yerla,adil la kan,setiap orang akan kena,setiap batch akan kena.Tanggungjawab kita la nak tunjukkan budaya Malaysia ni kat cikgu2 Russian ni,yerla,diorang pon berminat nak tengok,berminat nak tahu kan.Yang nak dipersoalkan disini bukanla keadilan,bukan juga tanggungjawab tapi adakah niat akan menghalalkan cara?Niat macam elok la jugak,nak berbaik2 ngan cikgu,nak tunjuk&nak promote Malaysia kan.Tapi…bolehker dengan cara macamtu.

Aku sendiri kurang pastila siapa yang bertanggungjawab dalam menguruskan benda2 ni,orang Islam?Non-Muslim?Bawah MSA?Tu tak kisahla kan.Tapi dari Islamic point of view,bolehkan majlis yang sedemikian diadakan?Sape tukang tanggung dosa ni?Penganjur?Tetamu?Orang yang membuat persembahan?So,bagi benda2 yang tak pasti camni baik tak payah buat jer senang kan.

Nasihat aku kepada budak2 1st Year YANG ISLAM SAHAJA

1-Boikot Malaysian Night!sehinggalah beberapa adjustment dibuat dan diselaraskan dengan kehendak Islam.Boikot!Jangan bagi kerja sama langsung!(BUKAN BOIKOT TERUS)

2-Beramai2 tidak menghadirkan diri pada majlis tersebut.(KALAU TAK UBAH JUGAK TAK PAYAH PEGI)

3-Jangan lakukan apa2 bayaran yang bersangkutan dengan majlis tersebut.(JANGAN BERSUBAHAT)

4-Bertanya dulu kepada orang yang lebih arif dalam agama samada majlis ini adalah majlis halal?majlis haram?majlis maksiat?

Aku sendiri pon,sebenarnya cuba menguatkan diri untuk tidak menghadiri majlis tersebut tapi ade je setan yang menghasut disebabkan oleh kelemahan diri aku sendiri.Sibuk2 dok kata kat orang jangan pergi,jangan pergi,tengok2 aku sendiri pon pergi.Tapi aku hanya ingin menyatakan benda yang sepatutnya kita sama2 buat dan bukannya menyatakan benda yang aku buat disebabkan oleh kelemahan iman aku sendiri.Dengan menulis ni,aku sebenarnya cuba mengingatkan diri aku sendiri apakan yang sepatutnya aku buat.

Bila majlis2 macam ni kan,kita boleh tengokla perbezaannya bila kita buat majlis2 yang berbentuk keagamaan ni:

1-Ramai yang hadir ngan pakaian2 smart2 smuanya tapi bila majlis2 yang Islamic ,siket sangatla yang hadir.

2-Tenaga kerja yang menjayakan ramai tapi bila yang buat majlis2 agama ni macam dah takde muka lain dah,adela mamat2 dua tiga orang ngan minah tiga empat orang.Sampai aku pon dah naik meluat tgk muka diorang,macam dah takde muka lain.Tapi bila M’sian Night ni ‘deco’ aje dah berapa banyak duit belanja.Bukan main lagi kalo bab2 berhibur ni.

Aku bukanla nak katakan bahawa berhibur ni tak boleh langsung tapi biarlah kena pada tempatnya,kena pada masanya dan kena kepada orang2 yang menghadirinya.

Hati Yang Bosan Akan Menjadi Hati Yang Mati.

Islam ni bukanlah agama yang membelakangkan fitrah manusia tapi tidak juga menghalalkan hiburan yang melampau2.Dok terkinja2 atas pentas tu buat apa,a,ada yang sanggup memperbodohkan diri sendiri.Cukup2la kot buat benda2 camtu.Jangan dok tiru sangatla benda tak molek  tu.(kalu bendo2 hok tok molek gak cepat bena niru nih,jange dok wak sumbak gitu mo gak)

Aku sendiri taktau dahla nak cakap apa ngan acara2  camni,ape yang aku boleh cakap kan,kita tukar jerla namanya,janganlah letak nama Malaysian Night,wat malu Negara aku jer,kita buat nama Maksiat Night!!!ok tak?Pastu dalam kad jemputan n promosi tu kita tulis la,(HANYA UNTUK ORANG ISLAM YANG TERLIBAT SAHAJA,TAK LARAT DAH NAK JAWAB KOMEN NON-MUSLIM YANG TAKTAHU PASAL ISLAM NI,JGN ANDA IGT SMUA BENDA YANG ORANG ISLAM BUAT DIBOLEHKAN OLEH ISLAM,TENGOK WAHAI2 ORANG ISLAM!APE YANG TELAH ANDA BUAT???ANDA TIDAK MENUTUP AURAT DAN ADA YANG TERSILAP FAHAM BAHAWA TIDAK MENUTUP AURAT BOLEH DALAM ISLAM,ANDA BERCAMPUR LELAKI DAN PEREMPUAN DAN ADA YANG MENGANGGAP ITU DIBOLEHKAN OLEH ISLAM,ANDA SILALAH TANGGUNG AKIBAT PERBUATAN ANDA DI DEPAN ALLAH NANTI)

MAKSIAT NIGHT!MAKSIAT NIGHT!MAKSIAT NIGHT KEMBALI LAGI!!

SEMUA YANG BERMINAT DENGAN HIBURAN MELAMPAU DIJEMPUT HADIR!

DATANG BUAT MAKSIAT!SAPE TAK DATANG RUGI!NANTI TAK DAPAT DOSA!!

Selagi tak adjust majlis tu sesuai ngan kehendak Islam,memang patut sangatla tukar nama,tak melambangkan Malaysia langsung Malaysian Night tu.Bila sebut Malaysia,agama rasminya Islam.Takkanla Islam camtu?

Kepada pihak2 tertentu,jadikanla Malaysian Night ni satu acara halal,aku pon seronok dan sangat bangga ngan Malaysia.Seronok jugak sekali sekali tengok orang menyanyikan lagu Melayu,buat tarian tradisional kan,yerlakan dok jauh dari Malaysia.At least malam tu terubatla jugak rindu di hati kan?Terhibur jugak hati.Hiburan yang sekadarnya sahaja…”sa’atan,sa’atan,sa’atan’’….(Sekadarnya,sekadarnya,sekadarnya)…….

p/s:rindukan Malaysia,sayangkan Malaysia,bangga jadi rakyat Malaysia,bangga dengan adat dan budaya Malaysia yang sebenar!:(

(JANGAN BUAT2 TAK FAHAM,SELURUH ISI KANDUNGAN DITUJUKAN BAGI YANG BERAGAMA ISLAM SAHAJA,KERANA ISLAM MEMANG LARANG BENDA TU,SAYA TAK MENGHINA AGAMA LAIN.HARAP HORMATI ISLAM JUGA,YANG BUKAN ISLAM MEMANG TAKKAN FAHAM SELAGI ANDA BUKAN ISLAM,HARAP MAAF SAYA TIDAK MEMPUNYAI BANYAK WAKTU UTK TERUS-TERUSAN MEMBERI PENJELASAN)