Makhluk Halus Menyerang Nizhny(Universitiku)!Bomoh Hebat diPerlukan Segera!!

takut!!
takut!!

     

     Sejak aku mula menjejakkan kaki ke bumi  Nizhny ini,benda yang pertama sekali membuatkan aku terpikat ialah perempuan2nya yang cantik2.Bila aku tengok sebelah kiri nampak muka iras macam Angelina Jolie,bila aku tengok sebelah kanan plak,nampak muka perempuan sebijik macam ‘’Lana Lang” yang dalam citer Smallville tuh.Kalau yang lelaki2 kat sini plak,aku tak suka sangatla.Pagi2 lagi mulut dah bau arak,dengan jaket yang dipakai entah berapa lama tak basuh pon aku taktau,berbau macam  nak muntah rasanya.Bosan2 yang lelakinya suka belasah orang,aku pon dah penah kena belasah ngan mamat Russian ni suatu ketika dahulu.Sampai sekarang aku tak suka ngan lelaki2 Russian ni tapi bila lelaki2 Russian Muslim yang jumpa kat masjid tu baikla plak diorang ni.

 Habis dah cerita pasal orang Rusia ni,balik kepada tajuk  di atas.

     Sejak aku mula2 sampai lagi di Nizhny ni,sebenarnya tempat pelajar2 kat sini telah dihantui@dirasuki oleh sejenis makhluk halus yang sememangnya sangat halus,kalau nak difikirkan secara logik mungkin agar sukar menangkap makhluk2 tersebut.

Antara ciri2 yang ada pada makhluk tersebut ialah:

1-Sememangnya sangatla halus,aku pernah terpandang,jelas makhluk2 tersebut kelihatan sebesar ibu jadi sahaja@mungkin lagi kecil.

2-Bilangannya sangat banyak .

3-Memiliki kebolehan yang pelbagai.

4-Boleh berubah bentuk.

5-Boleh membunuh.

6-Hanya boleh mempamerkan kehebatan sebenar apabila sampai ke tahap2 yang tertentu sahaja.

7-Memiliki rupa yang pelbagai dan pelik yang mungkin boleh ditafsirkan sangat menakutkan.

     Sebenarnya masalah ini telah menghantui tempat kami sejak mula2 aku ngan kawan2 lain menjejakkan kaki ke Nizhny ni lagi.Namun,sejak bilakah masalah ini bermula,aku sendiri pun kurang pasti.

Kemungkinan asal –usul makhlus halus tersebut:

1-Mungkin juga diterbangkan dari Malaysia(maybe makhluk2 halus tersebut adalah milik pelajar2 Nizhny sendiri).Scary!!!!!!!!(Terutama pelajar lelaki)

2-Mungkin juga diperolehi daripada perantaraan orang2 Rusia yang tertentu.

3-Mungkin telah sedia ada bermastautin disini sejak dahulu lagi.

Menggerunkan????

     Makhluk2 halus tersebut sebenarnya telah banyak merasuk pelajar2 Nizhny terutamanya pelajar2 lelaki.Kenapa?Kebiasaannya makhluk2 halus lebih suka merasuki pelajar2 perempuan,namun makhluk2 halus yang aku nyatakan ini lebih menyukai kaum lelaki.Aku dikhabarkan oleh seorang kawan perempuan bahawa  kaum perempuan sebenarnya telah immune kepada makhluk2 halus jenis ini.Ini kerana perempuan telah diberikan “vaccination’’ oleh ibu bapa mereka sejak lahir lagi.Kebetulan bila anak2 lelaki lahir,ibu bapa dapati bahawa ‘’special vaccine’’ tersebut telah habis dari simpanan mereka.

Adakah ini satu kebetulan semata2????!!!!!

 

Tidak!!!!Anda telah silap!!!

 

Ini sebenarnya adalah perancangan rapi yang telah diatur oleh makhluk2 halus tersebut…..hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyelinap masuk dan mengganggu kehidupan harian kaum lelaki!!!!

 

Aku pada mulanya agak terkejut bila mula2 terserempak dengan makhluk2 halus  tersebut,namun,lama kelamaan aku sendiri pon seolah2 telah dirasuk.Maybe sekarang pon aku masih dalam rasukan makhluk halus tersebut….ketika masa dan ketika  aku menulis artikel ini,mungkin juga makhluk2 halus tersebut balik ke rumah2 meraka untuk berehat buat seketika.

 

Selamatkan diriku ini!!!!!!!!!!Bomoh sakti yang sangat hebat diperlukan segera!!!Hubungi aku di no hp

+7920040404……selamatkan aku dan kawan2 aku segera dari makhluk halus yang bernamaaaa………………….

 

 

D.O.T.A

 

P/S:JANGAN MARAH KALAU RASA TERTIPUDENGAN TAJUK DI ATAS,AKU BOSAN2 SEBENARNYE NI…EHE

 

 

               

 

 

5 thoughts on “Makhluk Halus Menyerang Nizhny(Universitiku)!Bomoh Hebat diPerlukan Segera!!

  1. salam.setan,iblis ,mhkhluk halus sekalipun tdak dpt membunuh manusia kecuali manusia itu mmbunuh diri mereka sendiri kerana tak tahn dgn cabaran berhadapn mereka.Ingat,hanya Tuhan sahaja yg dpt menarik nyawa hamba2 -Nya.Tak kiralah makhluk halus itu wujud ke tidak di tempat saudara tp kita kene selalu igt bahawa benda2 itu mmg wujud dan hanya Al-quran sebagai benteng segalanya.Tidak perlulah rujuk kpd bomoh2 yg tk berlandaskan al-quran ,takut amalan kita tdak diterima 40 mlm.wanauzubillah..

  2. Wslm.utk si kacak,sebenarnya ‘makhluk halus’ yang dimaksudkan disini bukanlah ‘makhluk halus’ yang sebenar,ia lebih kepada watak2 kartun dalam ‘computer game’..yang boleh dikatakan sangat popular ‘D.O.TA’,manakala ‘bomoh’ yang saya maksudkan disini ialah ‘manusia’ yang mampu memberi nasihat atau melakukan perubahan,sudah semestinya saya sendiri takkan merujuk kepada bomoh yang tidak berlandaskan AL-Quran kerana saya sendiri dikelilingi oleh ustaz2 yang boleh dikatakan mempunyai sedikit sebanyak kemampuan dalam menangani masalah2 yang dikaitkan dengan makhluk halus,setan dan iblis ni.wallahua’lam.

  3. Salam Peja.

    ya rabbi. ks ingatkan apa benda la td. rupanya dota! ingtkan anai2 perosak ke, bedbug ke, tungau ke. huhu. adakah kamu dh dijangkiti n tu sbbnya kamu tulis psl ni =p hati2. jgn biar sampai kamu terbunuh.😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s