28
Feb
11

Nizhny Novgorod State Medical Academy

Nizhny Novgorod State Medical Academy merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang perubatan yang terdapat di Russia.

Terletak di Nizhny Novgorod,beberapa ratus KM dari Moscow,lebih kurang satu jam perjalanan dengan jalan udara atau 5@6 jam dengan kereta bergantung kepada keadaan.

Setelah hampir 5 tahun berada di Academy ni,apa yang boleh disimpulkan tentang pengajian disini ialah jika anda bercita-cita untuk datang ke sini,lupakanlah.

Diulangi sekali lagi,jika anda bercita-cita untuk menyambung pelajaran di sini,LUPAKANLAH!!

Sebabnya mudah sahaja,banyak lagi tempat lain yang lebih bagus.Namun,anda mungkin boleh datang belajar di sini jika sudah berada di tahap ‘terpaksa’ atau ‘terdesak’.Pendek kata,kalau dah tempat lain tak nak terima,datanglah ke sini.Kalau tempat lain pun menawarkan peluang pengajian yang sama,pertimbangkanlah untuk ke tempat lain atau mungkin anda akan berasa menyesal apabila telah sampai dan belajar di sini.

Kenapa saya berkata demikian?Mungkin berdasarkan pengalaman peribadi dan pandangan peribadi semata-mata.Setiap orang mungkin mempunyai pandangan yang berbeza tapi saya yakin pasti ramai pelajar di sini yang bersetuju dengan pandangan saya.

Kenapa?Jawapan yang tepat hanya ada pada orang yang telah melalui pengalaman belajar di sini,mungkin pada orang yang berurusan dengan ‘orang-orang Russia’ di sini.Kadang-kadang terlintas di fikiran.Orang Russia ni ‘orang’ ker???

Advertisement

0 Responses to “Nizhny Novgorod State Medical Academy”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.